Friday 29 June 2012

Perkataan "itu" menghadkan kejayaan kita

Assalammualaikum w.b.t

Boleh ke?

Susah tak?

Ermm...Mesti tak boleh punya la?

Ada orang nak ke?

Aduh macam tak boleh je ni...



Pernah tak kita pernah bermonolog atau terbit dalam kotak pemikiran kita sama seperti ayat-ayat di atas?

Pakcik ingin berkongsi satu kisah pelumba basikal. Satu hari beliau terlibat dalam kemalangan dan kesakitan menguasai setiap kayuhan beliau. Sampai tercetus satu perasaan sakit dan putus asa hendak mengejar kelompok pelumba di hadapan. Saat itu terbit dalam pemikiran beliau 'aku boleh, aku bukan penat, aku bukan letih, sakit aku tidak seberapa'. Pelumba tersebut yakin pemikiran yang negatif menghadkan kejayaan beliau dan beliau perlu lawan perkataan tersebut. Akhirnya beliau berusaha dan berjaya menamatkan perlumbaan bersama kelompok yang tadi telah meninggalkan beliau 5 minit kebelakang. Walaupun gagal menempatkan diri di podium namun senyuman terukir tatkala berjaya menamatkan perlumbaan. Peringkat seterusnya ada lagi.

Sebenarnya dalam diri kita telah wujud perkataan negatif. Apa yang kita perlu ialah kita lawan suara negatif ini dan teruskan perjuangan untuk mencapai kejayaan. InsyaAllah....

Berusahalah seperti esok merupakan hari terakhir kita di dunia ini...

Insan yang sedang belajar
 Osman. Z 

Monday 18 June 2012

Membina kejayaan..Mudah je...

Assalammualaikum w.b.t

Kali ini pakcik nak kongsikan bagaimana kita hendak membina kejayaan. Tidak kira apa jua haluan yang kita lalui seperti dalam pelajaran, kehidupan mahupun dalam kerjaya yang kita lakukan.

1) Dekatkan diri dengan Pencipta kerana tiada di dalam dunia ini yang mampu memberi kita peluang dan ruang malah senantiasa mendengar rintihan dan keluhan kita melainkan Dia.

2) Tanamkan matlamat utama kita yang positif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Sebagai contoh seorang pelajar menanam dalam dir bahawa hendak belajar sehingga suatu hari nanti kejayaannya dapat dikongsi dengan orang sekelilingnya. 

3) Anggap kritikan sebagai angin lalu yang membuatkan kita semakin kuat. Orang yang tidak tahu lebih suka mengkritik kerana pemikiran mereka tidak terbuka dengan sempurna.

4) Jadikan setiap saat adalah sangat bernilai.

5) Gunakan ruang dan peluang dengan berkesan disamping sentiasa menambah baik ilmu.

6) Fahami nilai pulangan kepada masyarakat. Maksudnya di sini, walau setinggi mana atau sehebat mana diri kita mahupun serendah mana kita, janganlah kita menjauhi masyarakat.

7) Jangan pernah mengalah dan terus-menerus mereflek diri kita.

InsyaAllah, semoga kita berjaya dalam membina kejayaan.

Insan yang sedang belajar

Osman. Z

Sunday 17 June 2012

Pengalaman Cuti Sem 7 pakcik...

Assalammualaiku...fuhhhhh...da berhabuk da belog pakcik ni, hehe..nak wat cam mano..balik kampung pakcik takde la dapat nak ber'online' sangat kan...Cuti kali ni la cuti yang agak bez bagi pakcik..

Pertama, alhamdulillah eksperimen pokok cili pakcik berjaya kali ini walaupun ada beberapa masalah yang timbul..sebenarnya eksperimen ini adalah kali kedua kalau tak silap..InsyaAllah bulan 8 atau 9 ni akan turun pokok ke tanah...moga-moga rezeki itu Allah perkenankan...

Kedua ialah pakcik ikut kawan pakcik ke KL untuk berniaga, kalau sebelum ini pakcik macam agak terikat dengan apa yang akan mendatangkan duit namun kali ini prospek perniagaan itu akan lebih mencapah dan luas..Satu benda yang perlu kita pegang ialah.."lakukan sesuatu dengan sepenuh hati dan anggap kritikan sebagai angin lalu dalam hidup".

Ketiga ialah ada beberapa nasihat orang-orang lama;

1) Bila da posting nanti, tackle surau atau masjid untuk bina perhubungan dengan masyarakat..

2) Buat duit tu tak salah namun jangn lupa dengan masyarakat

Keempat, ada kalanya kita ditimpa masalah amun kita mesti ingat yang Dia sentiasa ada dengan kita..Siapa Dia?? Allah...

Sekian beberapa kerat pengalaman pakcik, ada masa pakcik cerita lagi..sekadar jenguk2 belog pakcik ni....

Insan yang sedang belajar

Osman.Z