Saturday, 23 January 2016

Tips Menghadapi Tahun Yang Mencabar

Assalammualaikum. Fuhhhh penuh bersawang, rumput naik meninggi sampai ke bumbung blog pakcik ni. Lama betul tidak menulis. Ok hari ini pakcik akan mencoret hari-hari indah korang seperti biasa.

Tahun 2015 merupakan tahun sukar buat Malaysia Tanah Tumpah Darahku. Ekonomi Malaysia agak kelam sepanjang tahun 2015 dan tahun 2016 dijangka akan lebih mencabar. Sebenarnya ekonomi Malaysia mula tenat lebih awal lagi, namun kita belum sedar akan ketenatannya.

Ok kali ini pakcik tidak akan mencoret dalam bahasa ekonomi yang bombastik. Sebab pakcik pun bukan pakar sangat tentang ekonomi apatah lagi cuba merungkai permasalahan ini. Kang korang kata pakcik membongak sajo.

Ini tips-tips menghadapi tahun yang lebih mencabar atau kata lainnya tahun 2016.

  • Pelan bajet kewangan anda.
Jika tahun-tahun sudah korang pun bukan kisah tentang cashflow korang (lagi-lagi jenis makan gaji). Ubah sikap tersebut.

Mulai sekarang dan 90 tahun akan datang (kalau panjang umur), korang dah kena mula bajet kewangan korang setiap bulan. 

Contohnya kena ada pelan jangka pendek (dalam masa 3 tahun kita dah kena ada simpanan 3 kali dari jumlah gaji dan kecemasan 6 kali dari jumlah gaji dan pelan jangka panjang 10 hingga 20 tahun dari sekarang kita sudah mempunyai tabung persaraan sebanyak ratusan ribu. Tetapkan matlamat dan mula dari sekarang.

Kenal pasti sebarang ketirisan sebelum ini dalam takungan kewangan dan kawal semua perbelanjaan yang tidak perlu. Pastikan yang keluar tidak terlalu banyak melebihi yang masuk. Kalau tidak setiap bulan gali lubang tutup lubang.



  • Simpan, simpan, simpan dan beranak (labur bukan lebur)
    sumber:www.rezekipelaburan.com

Setiap bulan pastikan menyimpan. Ingat tetapkan berapa target simpanan bulanan kita.

Contohnya kita tetapkan minimum RM 100 setiap bulan. Setahun kita sudah ada RM 1200.

Sekiranya kita tetapkan sebulan RM 300. Setahun kita sudah ada RM 3600. Dan seterusnya.

Pokoknya simpan di tempat yang boleh diberanakkan tanpa ada isu melanggar hukum syariah. Contohnya ASB atau Tabung Haji. Bukan di mesin kuda atau seangkatan dengannya.

  • Jauhi Skim Cepat Kaya

Ada seorang rakan pakcik bertanya. Kalau kita join program ini, paling tidak setahun boleh jana sehingga 500 % keuntungan.

" Abah kau " jawab pakcik sambil mengekalkan kemachoan.

Ingat kalau ada jaminan keuntungan ditambah sehingga melebihi 100 % peratus setahun. Ko ludah kat tepi jalan, bukan muka orang tu. Kang silap-silap ke hospital nanti. Haha.

Skim cepat kaya ini sudah berevolusi. Kalau dulu jenis join Rm 450.00 jamin dapat RM 30 000.00 dalam masa setahun. Syaratnya cari downline lagi.

 

Kini Skim Cepat Kaya sudah berubah wajah lebih kepada struktur perniagaan. Program komoditi utama emas lah, minyak sawit lah, ikan keli lah. Padahal yang di pusing-pusing duit korang sahaja. Bila sudah tepu dan tiada prospek baharu. Maka tersontot lah beramai-ramai. Mulalah kata Melayu dengki, Cina tipu, India main kotor, kerajaan kapitalis, polis jahat dan macam-macam lagi. Puihhhhh skrip yang sama setiap kali tersontot.

  • Jana pendapatan tambahan

Jana pendapatan tambahan juga merupakan salah satu cara dalam menghadapi ekonomi yang tidak menentu ini. 

 

Tetapi awas sekiranya korang masih kerja makan gaji dan mula jam 7.00 pagi habis 5.00 petang. Elakkan menambah pendapatan ketika itu. Ingat korang dibayar untuk bekerja masa itu bukan membuat kerja yang bukan dalam skop kerja korang.

Jadi kalau mahu berniaga buatlah luar waktu anda bekerja hakiki. Baru berkat gaji. Gituuuuu.

Mulakan dengan apa yang ada dalam tangan. Ingat jangan buat pertaruhan besar pinjaman puluhan dan ratusan ribu. Statistik menyatakan lebih 90 % perniagaan melingkup dalam 3 hingga 5 tahun pertama. Jadi jangan buat pertaruhan besar.

Kawan pakcik mula berniaga dengan modal kurang dari RM 100.00 dan mula menjual dadih di kedai-kedai. Nanti pakcik akan stori kisanhnya dalam post akan datang.

  • Bersedekah

Dalam keadaan ekonomi stabil atau tidak. Bersedekah lah. Ingat tiada yang lebih tepat dan jitu janjinya melainkan janji Tuhan sekalian alam Allah SWT. Banyak cara bersedekah bukan sekadar wang ringgit sahaja.

Sekiranya kita bersedekah dengan ikhlas pada jalan Allah, Allah akan ganti lebih baik dari apa yang kita jangka. Boleh jadi dengan kestabilan kewangan, nikmat kesihatan, indah dalam berkeluarga dan pelbagai lagi di luar pemikiran manusia yang lemah ini.

Ingat pokoknya rajin bersedekah.

  • Jangan suka berhutang

 

Masalah utama orang kita terutamanya yang muda-mudi ini. Suka sangat berhutang. Berhutang yang tidak perlu. 

Contohnya berhutang membeli kereta mewah dengan komitmen bulanan mencecah RM 1000.00. Bayangkan ianya ibarat mendukung biawak hidup. Ingat kereta merupakan keperluan bukannya kehendak.

Belum-belum lagi dah manjakan diri dengan himpunan kad kredit. Swap sana swap sini. Hujung bulan ternganga bila tengok bil. 

Tidak salah beli kereta berhutang atau mempunyai kad kredit. Ingat kena sepadan dengan pemiliknya. Kalau boleh minimakan, minimakanlah. Jangan keterlaluan.




Ok lah sekian sahaja coretan yang ringkas mengenai tips mengahadapi tahun sukar ini dari pakcik. Kelak pakcik akan sambung coretan ini dengan lebih jitu dan persis. 

Ampun maaf atas kekurangan sekiranya ada.

Semoga Allah permudahkan urusan kita sepanjang tahun ini. Amiin.

Salam sayang,

Pakcik Osman .Z
  
 


Friday, 7 November 2014

Bila Pakcik Lama Tak mencarut ... Eh Mencoret ... Ngee... :)

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah. Dah setahun lebih menabur bakti di SK Sungai Bebangan. Dan selama itulah pakcik dah lama tak mencarut eh mencoret. Fuhhhh....

Bukan apa sebab bila pakcik nak "log in" memang sistem ni macam jeles. Tak bagi pakcik "log in". Nak kata belog tua pakcik ni pro pembangkang, tidak la pula. Apatah lagi berbaur perkauman memang tak lah kan. Nak kata feymes pun tak la. Eh sikit je...Haha...

Ok pertama kali pakcik nak kongsikan. Setahun ini agak "struggle" bagi pakcik (hah speaking omputih kau). Bukan apa, tahun ni pakcik ambil alih kelas Bahasa Inggeris. Hah bukan korang tak tahu pakcik punya tahap penguasaan bahasa ni kan. Hah kelaut. Bila pakcik ambil alih kelas Bahasa Inggeris memang pakcik agak "down" sebab susah untuk seorang yang berotak logik nak ambil bab bahasa ni. Tapi takpe pakcik cuba kekalkan hensem cuba yang terbaik juga. Alhamdulillah tahun ni masih tahun pembelajaran bagi pakcik. Sasaran pakcik tahun depan anak murid pakcik lulus 75%. InsyaAllah.

Anak murid pakcik tahun 1 dan tahun 2. Prospek kelas Bahasa Inggeris ni. Hehe.

Tahun ini juga merupakan tahun pembelajaran pakcik dalam Unit Kokurikulum sebagai setiausaha sukan sekolah. Yeahhhhh. Walaupun pakcik kaki bangku, namun sukan berbasikal dulu merupakan asas pakcik. Ehekkkk. Apa kena mengena ni. Haha. So sebagai guru novis, banyak yang pakcik perlu belajar untuk tahun seterusnya. Fighting!!!

Best Picture Of The Year. 80 metres sprint.

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Sg Bebangan 2014

Program Mini Jogathon 2014


Sukan Ragam PIBG @ Mini Jogathon
The Only Hensem BSMM among the Pengakap

We had joy and fun. Pengakap Entuloh.

Ayuh membatak perahu...ceewaaahhhhhhh...

Ha itu lah serba sedikit yang berlaku pada tahun ini. Malas pakcik nak letak banyak-banyak, korang bukan baca pun nanti kan. Haha.

Orang lain sibuk bawa zawjah. Pakcik rilek je bawak basikal. Gigih . Hehe

When a fat boy dancing on a MTB

I am novice recreational cyclist
Maka nak dijadikan cerita pakcik pun gigih bawa basikal naik flight. Haha. Dapat la merasa tergolek, mendaki, downhill di kawasan Sungai Bebangan yang memang mencabar ni. Tapi basikal pakcik dah jual. Sebab fokus lepas ni nak cari folding untuk light touring. Semoga dipermudahkan niat ni. Hehe.

Ok lah malas nak tulis lagi. Sebab korang pun meluat nanti nak baca. Sekian sampai sini saja penulisan mencoret pengalaman 2014. Tunggu coretan seterusnya. Pakcik akan upload video tahun ni. Tungguuuuuuuuu. :)

Adios !!! Assalammualaikum w.b.t 

Hidup ini bukan untuk bangun, makan, tidur, lepak, makan, tidur, bangun, tidur. Buatlah benda-benda gila. Baru ohsem!!!Bab agama jangan lupa juga. :)  



Thursday, 31 October 2013

Kisah seluar pendek dan brader berjubah

Tiba - tiba pakcik rasa nak menulis sebuah kisah benar (mungkin ditokok tambah untuk menambahkan dramatis cerita ini).

Sebenarnya dahulu semasa zaman jahiliah pakcik, pakcik suka sangat memakai seluar pendek ala-ala nak main bola tu. Ish apa peliknya kan. Bukan. Macam ni, pakcik suka sangat kalau keluar pergi town pakai seluar pendek.

Ek eleh, biasalah lelaki pakai seluar pendek kan. Apa salahnya.

Ok itu yang selalu bermain di minda pakcik pada masa itu. Pakcik berasa setakat pakai seluar pendek bukan apa sangat pun. Bukan buat maksiat pun kan.

Suatu hari pakcik seperti biasa berkostum (seluar pendek) berkehendakkan untuk ke town. Macam biasa zaman tu masih pakai wave 100 kaler biru. Pakcik pun start la motor dan memulakan perjalanan ke town.

Setibanya pakcik untuk memparkir motor pakcik di tepi hentian bas Batu Pahat. Seperti biasa lah kan, mula-mula lock handle, double stand kemudian kasi mangga spoket belakang. Ha kalau tak buat semua ni, silap-silap malaun curi motor dengan selamba je guna master key diorang sakau motor kapcai pakcik ni.

Setelah merapikan rambut (pakai helmet rambut konfem macam ribut) pakcik pun berlalu pergi. Selang beberapa langkah suatu suara menyergah telinga pakcik.

Brader berjubah: Assalammualaikum.....

Pakcik: Pusing dan krik..krik...krik...(pakcik macam terpaku dengan salam tersebut). Pakcik terpandang sesusuk tubuh seorang remaja lebih kurang usia pakcik, berjubah dan berdiri berhampiran motor pakcik.

Sambil termangu - mangu pakcik menjawab salam tersebut.

Brader berjubah: Bang ni kunci motor abang tertinggal dekat motor.

Pakcik: Eh..ye ke...terima kasih...(sambil mengambil kunci yang tergantung di motor)

Brader berjubah: Hati -hati bang. Assalammualaikum....

Pakcik: errr...Waalaikumussalam....

Sambil pakcik termangu melihat brader berjubah tadi berlalu pergi, pakcik macam blur.

Kisah ini bukan nak kongsikan cerita kunci motor pakcik yang tertinggal tadi, cuma pada masa tersebut pakcik macam tersedar dengan pemakaian pakcik. Berbanding brader tadi. Pemikiran kolot pakcik diselitkan gaya pemakaian sakai membuatkan ada satu jurang antara pakcik dengan brader tadi.


Iye lah orang kata don't judge a book by its cover.. Tapi dalam situasi ini pakcik cuma berasa disedarkan olehNya. Bukan nak suruh kita keluar town ke main boling siap berjubah. Cumanya tutuplah aurat itu. Itu yang paling penting.

Lagi satu mudahnya kalau tutup aurat ni, mana tahu dah masuk waktu solat dan di depan kita ada masjid. Kan senang terus ambil air sembahyang lepas tu solat berjemaah.

Kesimpulannya, berpakaian sebagaimana kita sebenarnya perlu berpakaian. Kalau kurang selesa pakai seluar panjang, seluar tiga suku kan ada. Janji tutup aurat.

# Pakcik bukan ustad. Cuma ada sedikit kisah nak dikongsikan. Baru cuba keluar lubang kejahilan, lumpur pun masih terlekat di badan. Assalammualaikum. Jagalah auratmu, ia begitu berharga ^____^

Sunday, 29 September 2013

Between Two Wings : Part 6 (Ikan oh Ikan Pekasam)

Setelah beberapa pakcik berguru dengan AFC (Asian Food Channel) dan TLC. Ha omputih kau gituuuu. Haha.  Maka dengan yakinnya darah seorang chef telah mengalir dalam diri pakcik. Amacam epik tak intro cerita pakcik kali ini. 

Ye lah kalau tiap kali tulis, cerita pasal pengalaman nak jadi cekgu. Mesti korang meluatkan. So pakcik cuba ubah angin sikit. Kali ini kita stori tentang ikan pekasam.

Ok kalau dulu masa zaman pakcik muda-mudi kat maktab. Pakcik pernah buat ikan kembung masin (kering) dan lepas tu pakcik cuba buat satu resipi yang agak meletoplah bagi pakcik.  Ikan Kembung Masin Masak Pedas Masam-Masam Manis.


Ok untuk kelainan kali ini, pakcik cuba buat ikan pekasam (cubaan pertama ni tau)

Bahan-Bahan:

1. Mestilah ada ikan dan sebaiknya ikan air tawar. (pakcik pernah dengar orang buat pekasam guna ikan gelama rasanya)

2. Garam

3. Asam keping

4. Beras (disangai dan ditumbuk halus)

5. Bekas yang siuman

Prosedur:

1. Ok langkah pertama pastikan ada ikan (tak kan nak guna ayam kan). Jangan lupa baca bismillah dan mulakan dengan membersihkan ikan tersebut.

Ha ini dia. Young Semah (kelah). Sekilo RM 15.00 je

2. Kemudian gaulkan bersama garam dan letakkan beberapa keping asam keping. Masukkan kedalam bekas dan simpan di dalam peti ais. Biarkan beberapa hari. Sabar dan tenang ok.

3. Setelah beberapa hari berada dalam keadaan sejuk, maka keluarkan ikan tersebut untuk proses yang berikutnya.

4. Sediakan beras (ikut berapa banyak korang suka). Kalau pakcik suka kalau beras banyak, nanti bila goreng. Kerangupan beras tu yang best woa.

Sebelum

dan selepas

5. Ok setelah berpeluh-peluh menyangai (ceh macam susah sangat). Maka kita keluarkannya dan masukkan ke dalam lesung batu. Pakcik guna lesung batu ni sebab nampak seronok sikit (jangan tumbuk kalau ada masalah dengan awek ke pakwe ke, takut kuat sangat sampai terabur semua beras tu nanti. Korang lenyek-lenyek dengan penuh kasih sayang)

Ok lenyekkan dengan penuh kasih sayang.

Jangan sampai terlalu halus, takut tekstur beras itu hilang
6. Setelah selesai dilenyek sehingga tidak terlalu halus. Maka korang bolehlah menggaulkannya bersama ikan korang tu.

Ok ni tangan pakcik, bukan cilok punya gambar. Hehe

7.Setelah itu kita simpan didalam bekas yang agak siuman. Dan simpan di dalam peti ais untuk hasil tahan lebih lama. Sekian.

Ok simpan dalam bekas macam ini.

Ok sekian sahaja perkongsian pakcik kali ini. Selamat mencuba. ^_^

* Rasa tak tau lagi macam mana. Rupa ada, harap rasa tak macam kaki la kan. Sekian.

Thursday, 19 September 2013

Between Two Wings : Part 5 (Ini Kisah Saya)




Dan disebabkan kelapangan masa (cewah macam lapang sangat kan). Maka pakcik cuba mengkompilasikan video pakcik. Secebis pengalaman pakcik berada di SK Sungai Bebangan, Kapit, Sarawak. 

Ini adalah kisah tidak seberapa pakcik berbanding pedalaman lain.

Selamat menonton. :)

 

Thursday, 5 September 2013

Part 4.2 : Buruj

" cikgu tu buruj pari kan yang bentuknya macam lelayang " tanya Saran dan Ladun dengan penuh minat.

" kalau kita nak lihat buruj Pari, kita kena lihat di hemisfera Selatan " jawab pakcik sambil buat muka kontrol hensem tatkala masih sukar untuk mengenalpasti dimana kedudukan buruj tersebut. Tatkala ini bulan September dan pakcik juga konfius kerana sepatutnya.... Ok kena sambung studi balik ni.

Namun pakcik tersenyum dalam hati. Alhamdulillah. Budak-budak ni sudah tercetus minat dan sifat ingin tahu terhadap apa yang mereka belajar. 


---------------- 13 tahun yang lalu ------------------

Pakcik juga melalui fasa yang sama tatkala kegilaan pakcik untuk menjadi ahli kaji bintang suatu ketika dahulu. Saat itu pakcik sanggup membina sebuah bilik pencerapan di rumah nenek pakcik. Mesti korang gelak kan? haha.

Maka hampir setiap malam pakcik melakukan pencerapan di langit. Duk buka buku, lepas tu tengok langit. Mana tahu akan ketemu penemuan baru dalam proses pencerapan pakcik tu kan. Oh sungguh indah pengalaman 13 tahun lalu pakcik.

 -------------------- 15 tahun akan datang --------------------

Anak didik SK Sungai Bebangan. Semoga kamu menjadi yang terbaik apa yang kamu mahukan pada masa akan datang. Saya sekadar picisan pemudah cara dan selebihnya adalah kamu. 

You're what you're tomorrow. 

Pakcik jenis malas nak menulis guna kapur. So laptop zaman Jepun ni la, ala-ala LCD.
 

Tuesday, 3 September 2013

Between Two Wings : Part 4. 1 ( Gulung - Gulung )

Sekadar hiasan


" Zul dulu kamu ada minta posting di Sarawak ke?" tanya cikgu Alang sambil beliau duduk melepak di tangga di hadapan rumahnya. (rumah kami bersebelahan saja)

" Dulu masa zaman belajar ada lah niat nak ke Sarawak cikgu, masa tu rasa nak ambil pengalaman di tempat orang kan. Tapi disebabkan saya sorang saja anak laki dalam keluarga, ayah pun dah takda. Tu yang minta Pahang sebab nak jaga mak. Bila keluar result dapat kat Sarawak  tu tak terbayang akan ke Kapit sebenarnya. Takpe muda-muda ni yang kena pergi tempat orang dulu. Ambil pengalaman ni " jawab pakcik sambil mengikat tali kasut dengan muka yang berkobar-kobar nak turun bersukan.

Maklumlah cikgu-cikgu kat sini dah mula aktiviti sepak takraw. Ha pakcik ni "lubuk" je bagi diorang. Setakat nak "gulung" ke takde hal lah, tapi gulung net je lah...haha...Kalau point pasukan lawan tu lebih maknanya silap pakcik la. Haha.

Mungkin turun berat pakcik sekitar 0.01 gram. Sape tahu kan.



------------------------------- malam menjelma ----------------------------



Pakcik takde idea. Maka pakcik nak tido. Terima kasih sudi singgah blog pakcik. Haha.







Wednesday, 28 August 2013

Between Two Wings : Part 3.1 ( LUrV3)

aha...assalammualaikum....pakcik is back!!! Terima kasih pakcik ucapkan kepada korang yang tegar sudi singgah belog berhabuk pakcik. Bukan sekadar gila basikal malahan ia penuh dengan penciritan. Ok sori pencoretan pakcik. Hoho

Kenapa pakcik pilih Part 3.1 (LUrV3) ? Ha kalau korang dah baca part 2 korang akan tahu kenapa. Sebab pakcik kata pakcik nak buat part 3, tapi apakan daya. Hajat pakcik tidak kesampaian. Macam pakcik dah cong korang saja kan? Maaf-maaf. :) Maka pakcik skip untuk jadikan part 3.1. Kalau pakcik terus mula part 4.0 mesti korang kata pakcik tipu la, tak jujur la, hensem la, apa la kan. Haha. Maaf-maaf.

Ok nak dijadikan stori, Alhamdulillah sudah melangkaui sebulan lebih pakcik berada di bumi Kapit ni dan lebih spesifiknya di bumi Sungai Bebangan. Nak menangis rasa pakcik. Huhu.

Selamat Datai ke SK Sg Bebangan


Tapi dalam kegembiraan ini terselit kesedihan PK1 yang sangat berdedikasi Cikgu Kuji telah bertukar sekolah ke sekolah lain. Sebenarnya Cikgu Kuji ini antara yang memberi kata-kata semangat kepada pakcik masa mula-mula pakcik sampai di sini dan ada ayat beliau masih terngiang dalam sanubari pakcik sehingga saat ini. Semoga kamu sentiasa sukses dimana jua kamu berada !

Gambar kenang-kenangan bersama Cikgu Kuji (duduk 5 dari kiri dan segak berbaju batik)


" kamu jangan bina sempadan dalam diri kamu. sekiranya kamu membina sempadan dalam diri kamu, kamu akan menyukarkan perjalanan kamu di sini" (Cikgu Kuji, 2013)

Orang kata untung kalau masuk pedalaman ni, lagi-lagi dapat P3. Gelaran OKB (orang kaya baru) pasti akan melekat. Cuma bagi pakcik gaji sekadar angka dan amanah yang dijalankan adalah terasnya. Prof Dr Muhaya pernah menyatakan bahawa "sekiranya gaji kita 4K, adakah kita bekerja seperti gaji kita 2K atau kita bekerja seperti gaji kita 6K". Disini gaji bukan ukurannya, namun sikap dan integriti kita yang memainkan peranan terhadap tahap mana sumbangan kita.

Teaching is work of heart. Love first then teach

Perhimpunan pagi yang mendamaikan


Rionaldo Ameng dan Jackson Nyaring





This is how my story begin. I'm in love with this profession.


Pelajar tahun 5 berkolaborasi bersama laptop pakcik yang berusia hampir 7 tahun

Sejujurnya I'm in Love with this school. Pakcik bangga kerana SK Sungai Bebangan merupakan sekolah pertama penempatan pakcik. Ia pengalaman yang sangat berharga.

Anak-anak didik SK Sungai Bebangan.. All the best !!!

Monday, 8 July 2013

Between Two Wings: Part 2 ( CEPERET !!! )

Alhamdulillah saat pakcik mencoretkan penulisan kisah pakcik kali ini. Pakcik telah pun berada di Sekolah Kebangsaan Bebangan. Disebalik rintik-rintik hujan membasahi bumi SK Bebangan maka pakcik nak kongsi kisah seterusnya.

Tepat pukul 10 pagi, pakcik mula check out dari hotel sambil ditemani guru besar, Mr. Louis. Dengan barang yang sarat barat kami bergerak ke Kapit Town Square sebelum menaiki van (teksi) ke jeti seterusnya. Pakcik ditinggalkan sementara oleh guru besar kerana beliau ingin membeli sedikit bekalan makanan untuk masuk ke sekolah nanti. Maka pakcik pun mula memerhati keadaan sekeliling, ianya sungguh rare. Dan azam pakcik, pakcik akan pastikan setidaknya pakcik mahir berbahasa Iban. Ia lebih memudahkan untuk komunikasi pakcik pada masa hadapan.

Setelah beberapa belas minit menunggu, maka guru besar pakcik kembali dari membeli barang makanannya. Maka kami bergerak menaiki van untuk ke jeti tersebut. Untuk makluman dari bandar kapit pakcik perlu menaiki van selama lebih kurang setengah jam dan kemudian menaiki bot panjang merentasi sungai dalam lebih kurang 10 minit sebelum bertukar menaiki pacuan empat roda melalui jalan balak selama lebih kurang tiga jam.

Pakcik difahamkan ketika laluan utama ke sekolah ialah sungai dengan menaiki bot. Ianya memakan masa separuh hari dan jikalau air surut maka perjalanan mungkin memakan masa satu hari. Bersyukur dengan kewujudan laluan balak tersebut.

Keadaan dalam van menuju ke jeti

Ok pengalaman menaiki van adalah biasa saja bagi pakcik. Dan ia merupakan nadi pengangkutan awam bagi penduduk sekitar bandar Kapit. Beberapa ketika kemudian bermulanya andrenalin pakcik memuncak. Sebab pakcik perlu menaiki bot panjang merentasi sungai tersebut. Oh ini memang rare. Pakcik kan aquaphobia.

Maka dengan kontrol hensemnya pakcik cuba menutupi kecuakkan pakcik semasa menaiki bot tersebut. Fuh. Siyes !!! Takut woa. Duduk terus rapat, tangan memegang erat tepian bot sambil beberapa ketika merasai air sungai memercik ke tangan pakcik. Jadi sepanjang perjalanan merentasi sungai tersebut pakcik cover dengan mengambil gambar dan merakam video supaya pakcik dapat mengurangkan kerisauan pakcik. Dan hasilnya dapatlah berkurang sedikit kerisauan pakcik.

Sampailah suatu ketika Express Boat ataupun warf air melewati laluan pakcik. Oh ombak terhasil dan menyebabkan bot seakan......... takut nak cerita bagi insan aquaphobia ini. hehe.

Muka cover takut. Hehe.

Duduk belakang guru besar. Dia steady jek

Pemandangan yang best walaupun hakikatnya takut


Setibanya bot yang pakcik naiki mendekati tebing sungai. Pakcik terperasan guru besar pakcik tiba-tiba sahaja membuka kasut beliau dan pakcik pon rilek je lah kan. Ok bila naik ke tebing sungai tersebut, pakcik yang berkasut jenama POWER dibeli dari kedai BATA mula memijak tebing sungai tersebut dan CEPERET!!!. Terbenam. Ha ni makan dia. Adui kelakar pulak bila pakcik pikir, kenapalah pakcik lambat tangkap apa yang guru besar nak buat masa tu.


Ha ni makan dia. CEPERET !!!

So berkaki ayam lah menaiki ke atas dan tercari-cari selipar pakcik. Kasut habis dah. Inilah pengalaman orang kata kan. Nak dijadikan cerita pakcik dan guru besar menaiki Hilux melalui jalan balak untuk menuju ke sekolah. Dan perjalanan ini mendaki dan menuruni bukit bukau. Dalam perjalanan ni pakcik tertidur walaupun kepala tidak dapat diletakkan dengan sempurna akibat jalan yang tidak rata.

Kawasan permulaan sebelum menaiki Hilux

Dari dalam Hilux

Sayup-sayup dari kejauhan.

Sayup-sayu dari kejauhan


Alhamdulillah tibalah pakcik di rumah guru yang serba lengkap. Siapa kata P3 tak best? Siyes sangat best woa. Ok sekian terima kasih. Nantikan Part 3 yang masih dalam pembikinan. 

Semoga kita dalam lingkungan rahmatNya. :-)

Sunday, 7 July 2013

Between Two Wings : Part 1 (STALL dan AQUAPHOBIA)

Alhamdulillah. Masuk hari ini sudah masuk 5 hari pakcik di bumi Sarawak. Setakat hari ini pakcik masih berada di bandar Kapit dan insyaAllah esok akan bergerak masuk ke SK Bebangan yang merupakan pedalaman P3.

Nak dijadikan cerita ini pengalaman pertama pakcik naik belon (kapal terbang). Masa tu nasib ditemani kawan sekelas pakcik, Shuk. Kalau tak mati akal la pakcik. Maklumlah orang kampung kan.  Kami berlepas dari KLIA sekitar jam 2 petang dan dijangka akan sampai di Kuching sekitar jam 4 petang. Pengalaman pertama semasa nak mendarat di Airport Kuching agak menyakitkan. Mungkin disebabkan penurunan secara mendadak menyebabkan rasa sakit dalam bahagian telinga. Woaa...Ini sungguh rare. Sakit juga telinga pakcik sampai petang hari tersebut. Tapi tak kan pakcik nak cakap "ok, ni la last aku naik kapal terbang". Mana mungkin sebab mana ada bas dari Sarawak ke Johor.

Bahan bacaan sebelum berlepas ke Sibu. Siyes pakcik nak cari semangat masa ni.

Penerbangan seterusnya ialah dari Kuching ke Sibu. Sebelum kami menaiki pesawat berkenaan, maka berjalanlah seorang pilot melewati pakcik dan beliau adalah wanita. Terus terpacul dari mulut pakcik " ush perempuan kot yang bawak ni. Boleh ke? ". Beberapa minit kemudian kami mula bergerak masuk ke dalam perut pesawat berkenaan. Nak dijadikan cerita bagi pakcik normal lah penerbangan kali ini. Sampailah satu ketika pesawat berkenaan memasuki kawasan berawan dan agak tebal. Dan pada ketika itulah pesawat tersebut seakan STALL. Woa ini lagi rare. Adui!! dah la pakcik suka tengok rancangan Aircrash Investigation. Maka faham-faham je lah kan apa yang bermain dalam pemikiran pakcik pada masa tersebut. Alhamdulillah ianya gimik saja dan agak menakutkan bagi pakcik. Ok tapi pakcik respek dengan pilot tadi, penerbangan kali ini lancar saja kecuali semasa melalui kelompok awan tadi. Fuhhh...Seriau.

Pesawat yang ditugaskan penerbangan Sibu - Kuching...Best woa..


Keesokannya kumpulan yang bersama pakcik akan mula bergerak dari Sibu ke Kapit dan perjalanannya sejauh 126 KM yang memakan masa selama tiga jam. Ok ini pengalaman baru pakcik. Nak dijadikan cerita pakcik ni sebenarnya aquaphobia. Dan pakcik agak takut dengan kawasan berair yang luas dan dalam seperti laut atau sungai. Sebelum menaiki Express Boat ke Kapit, kumpulan pakcik berkumpul di bahagian atas jeti dan menghadap ke arah sungai Rajang tersebut. Serius adrenalin pakcik dah mula meningkat. Maklumlah sungai tu lebar dan luas kot. Ditambah papan tanda jarak sejauh 126 KM.  Fobia beb fobia. dub dab dub dab je jantung pakcik ni.

126 KM ke Kapit..ohhhhhh

Jeti di bandar Sibu..Orang sini panggil wap air..


Setelah perjalanan selama hampir tiga jam maka sampailah pakcik di bandar Kapit yang memang ohsem. Lupa nak cerita sebenarnya Express Boat tersebut lebih kurang menaiki bas saja dan agak selesa. Maka kuranglah sedikit fobia pakcik tadi.

Suasana sibuk bagi mereka yang mula bergerak melalui jalan air di sekitar Kapit dan kawasan berdekatan

Pakcik bersama Ejat. Flight bersama namun beliau disekolah lain.


Dan sekarang pakcik masih berada di bandar Kapit dan menunggu guru besar sekolah pakcik ambil untuk ke Sekolah Kebangsaan Bebangan yang merupakan pedalaman P3. Makluman yang pakcik terima, kawasan sekolah tersebut ada banyak ikan. Alhamdulillah, takde lah pakcik risau nak cari sumber makanan apa nanti kan. Dapatlah pakcik nak buat ikan pekasam nanti..hehe

Sekian coretan dari pakcik. Semoga kita berada dalam lingkungan rahmatNya dan dipermudahkan perjalanan sebagai pendidik ini.

Tuesday, 25 June 2013

Between Two WINGS ^__^

Assalammualaikum w.b.t...

Rasanya lama sudah pakcik meninggalkan blog pakcik ni. Kejam sungguh peribadi pakcik. Aduyai. Ok sebelum pakcik mulakan pengomelan (ok pengomelan dan bukan pencomelan) kali ini setelah sekian lamanya tidak menjenguk blog, Alhamdulillah pakcik ditawarkan untuk berkhidmat di Sarawak.


SARAWAK????????? naik bot, masuk hutan, keluar hutan, catu makanan, nak balik susah, orang tak mesra, silap sikit boleh gaduh...RUBBISH!!! Kalau pakcik biarkan pemikiran macam ni maka sia-sia pakcik menghabiskan 5 tahun setengah di IPG. Lebih baik pakcik hidup dengan sekadar menghabiskan elaun dan berlalalalalalala. kan kan kan

Nak dijadikan cerita jodoh pakcik untuk ke Sarawak bermula pada pertengahan tahun 2007 dimana pakcik ditawarkan untuk belajar di UPM Kampus Rajang (kalau tak silap). Pada masa tersebut pakcik menolak tawaran tersebut walaupun ia merupakan pilihan pertama pakcik dalam borang permohonan kemasukan ke universiti. Pakcik menolak kerana pakcik tak nak bebankan mak pakcik. Almaklumlah pakcik hanya orang kebanyakan.

Tahun demi tahun berlalu dan Alhamdulillah jodoh pakcik ke Sarawak ada kali ini. So adakah pakcik nak sempitkan pemikiran dengan memikirkan perkara yang negatif ? Tidak. Kalau pakcik berbuat demikian maka pakcik telah membunuh lebih dari separuh jiwa pakcik.

Satu kata-kata perangsang pakcik, yang pakcik sendiri pon terangsang untuk lebih positif ialah

"apakah kita rasa setiap yang Allah hadirkan dalam perjalanan hidup kita itu hanya sia-sia? Bukan Allah yang salah, kita yang salah. Setiap apa yang Allah hadirkan dalam perjalanan hidup kita pasti ada hikmah disebaliknya. Jadikan Allah sebagai sumber kekuatan kita. Jadikan setiap pekerjaan kita kerana Allah. Ia lebih manis daripada memiliki Buggati Veron dan mempunyai istana yang tersergam indah"

"adapt to survive not survive to adapt"

Sebenarnya pakcik mengharapkan pengomelan pakcik ini dinukilkan dalam perjalanan menaiki kapal terbang ke Sarawak. Tu yang tajuknya jadi Between Two WINGS. Namun disebabkan laptop pakcik ni berusia hampir 6 tahun dengan baterinya dah rosak, wayar bersalotape. Maka pakcik nukilkan pengomelan pakcik ini lebih awal di kampung halaman pakcik, Johor.

Akhir kata dari pakcik. Pakcik mohon ampun maaf andai ada salah silap, termakan, terpakai, tercuri dan segalanya. Jadikan diri kita penuh dengan sifat positif dan jangan bagi ruang peluang kepada sifat negatif bertapak dalam jiwa kita. Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan pengakhiran yang baik buat kita semua. جزاك اللهُ. خيراً


Wednesday, 26 September 2012

Pengalaman Oh Pengalaman

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini dua perkara yang sangat menarik dan pakcik paling akan ingati dalam diri pakcik. Allah hadirkan suatu pengalaman yang cukup indah dalam perjalanan hari ini.

Pengalaman pertama ialah Little Scientist In Action. Ha apa dia program ni? Mesti korang terkejut kan. Sebenarnya program ni melibatkan murid-murid seluruh negara termasuk negara luar seperti Brunei dan Thailand (yang ni pakcik tak pasti). Program ini memberikan idea kepada pakcik, sebab pakcik akan aplikasi di sekolah pakcik posting nanti. Tercetus dengan kata-kata Dr. Zailah suatu ketika dahulu. Beliau berkata soala Sains hanya bersifat hafalan dan murid tidak ada unsur kreatif dan kritis. Maka program sebeginilah yang menghasilkan kreatif dan kritis dalam diri murid. Alhamdulillah Allah hadirkan program ini untuk memberikan pengalaman dalam diri pakcik.

Pengalaman kedua ialah kursus sembelihan ayam. Oh tidak!! Kalau dulu kerja pakcik cuma pegang kaki ayam tapi kali ini pakcik pegang pisau. Pengalaman pertama menyembelih ayam dan hasilannya GAGAL..Aduhai..Terkilan pakcik..Setelah post mortem..Didapati urat mari' tidak terputus bahkan tidak terjejas. Rupanya pakcik yang salah pegang masa tu..Patut la ayam tu rileks je boleh tegak lagi masa lepas kena sembelih..Ingat pengalaman itu mengajar kita.. Lepa ni berkobar-kobar pakcik nak sembelih ayam..hehe

Insan Yang Sedang Belajar
Osman.Z

 

Wednesday, 19 September 2012

Belum merdeka, langkah kanan profesion keguruan

Assalammualaikum..w.b.t.


Alhamdulillah sudah selesai VIVA yang sebenar. Apa VIVA? Bukan kereta Viva yek, tapi ia adalah pembentangan kajian tindakan. Syukur, lapang sudah dada, kepala, siku, lutut dan ibu jari kaki pakcik..Hehe

Sebentar tadi sudah selesai juga inovasi rekacipta pakcik iaitu lightscope yang merupakan suatu alat untuk membantu menjimatkan kebergantungan kepada penggunaan tenaga elektrik dalam bangunan seperti gedung perniagaan dan sebagainya.

Dua perkara telah selesai. Mungkin ada yang mengatakan sudah merdeka, namun pakcik beranggapan belum merdeka lagi sebab semua ini baru permulaan dalam profesion keguruan yang sebenar. Jauh lagi perjalanan pakcik. Diharapkan pakcik tetap istiqamah dalam pilihan ini. InsyaAllah.

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

Saturday, 15 September 2012

Semangat yang tidak pernah luntur...Sheikh Ahmed Deedat

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Sempat jugak pakcik jenguk blog pakcik ni kan..Cuma nak promo sedikit la kan, pakcik cuba buka satu blog baru dan lebih skema sedikit..Salah satu sebab ialah pakcik sedang belajar nak jadi seorang penulis..Saja suka-suka dan salah satu impian pakcik tuh..Kalau nak sampai tahap macam Prof Kamil Ibrahim ke, Chef Li ke, Hilal Asyraf ke, Fatimah Syarha ke, Dr Redhuan Tee ke, idak le mampu pakcik ni..hehe..Tegur, kritik dan doakan pakcik ye..Ni blog pakcik, baru je start menulis so tak banyak la info yang ada..InsyaAllah lepas vaiva dan ekspo inovasi dan reka cipta ni, pakcik akan luangkan masa menulis lagi..Kalau boleh pakcik nak ada kritikan supaya pakcik belajar sesuatu..Ni link blog baru pakcik sudutpemikiran.blogspot.com   (sekadar promosi)

Pokok pangkalnya penulisan kali ini adalah kerana minggu ni pakcik banyak habiskan masa dan tumpukan perhatian kepada seorang tokoh Islam yang memberikan kesan yang mendalam dalam diri pakcik dan juga kita semua.. Iaitu Sheikh Ahmed Deedat atau nama sebenar beliau Ahmed Hoosen Deedat (rhm)



Tak tahu mengapa, kalau dulu sejujurnya pakcik pernah menonton video beliau berdebat dalam isu-isu perbezaan agama tapi masa tu penguasaan BI pakcik agak terok dan agak jahil sebab tak berusaha untuk memahami apa yang disampaikan. Ia seakan berlalu pergi. Namun minggu ini pakcik tergerak untuk menjejaki video, hasil penulisan malahan perbincangan atau maklumat dalam internet mengenai beliau.  Alhamdulillah Allah ketemukan apa yang pakcik cuba cari.

Video ini yang membuatkan pakcik terdiam dan terkelu bahawa betapa lemahnya pakcik ni...


Subhanallah. Bayangkan saat sembilan tahun sebelum beliau kembali ke Pencipta merupakan satu kisah perjuangan yang begitu hebat. Beliau diserang strok sehingga tidak mampu bercakap dan menelan. Tetapi kuasa Allah meliputi tiap sesuatu, beliau masih mampu mendengar, berfikir seperti biasa cuma tidak boleh untuk berkata-kata.



Tetapi bayangkan dalam masa sembilan tahun itu beliau belajar menggunakan isyarat mata untuk terus berkomunikasi dan berdakwah. Pakcik ingin bertanya diri pakcik dan kita semua, seringan-ringan perkara  berapa kali kita sampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk agama, diri, orang lain (seagama atau tidak)? Adakah kita lebih senang untuk share perihal lagha? Perihal cinta murahan? Atau perihal menyampaikan kata-kata bermanfaat dan walau satu potong ayat? Maafkan pakcik kalau terlalu kasar, pakcik cuba mengingatkan diri pakcik ini juga..

Ini satu lagi video dimana seorang kanak-kanak membacakan apa yang hendak disampaikannya (dalam tengah-tengah rasanya) kepada Sheikh Ahmed Deedat ini saat beliau terlantar. 



Ringkasannya  kanak-kanak tersebut menyatakan (kalau ada salah tolong betulkan ye)
" ...and the Allah s.w.t said.... enough Mujahid (perkataan pakcik tak yakin apa) let your video, your books speak for you...."
Saat-saat ini. Air mata seakan mengalir. Ditambah riak beliau yang seakan sedih. Kenapa? Kerana bagi pakcik beliau ibarat Tsunami melanda, perginya beliau memberi kesan yang sangat mendalam dan bermakna..Semoga lahir lebih ramai yang lantang seperti beliau.

Beliau diserang strok dan terpaksa ditebuk dibahagian perut (kalau tak silap) sedangkan perjuangan beliau hebat. Disini kita perlu yakin ia adalah ujian Allah untuk meningkatkan darjat beliau disisiNya.

Patutkah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Surah Al- Ankabut : ayat 2 & 3)
Maafkan pakcik andai apa yang pakcik sampaikan ini tidak kesampaian. Pakcik hanya berniat berkongsikan apa yang pakcik tergerak untuk menulis. Semoga ia mendatangkan manfaat kepada kita hendaknya. InsyaAllah.

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z