Sunday, 18 September 2011

Merancang Kewangan Fasa 1: Pecahan Akaun

Duit oh Duit!!! Antara benda yang paling bahaya jika tidak diuruskan dengan berhemah.

Secara amnya ramai diantara kita akan mengalami masalah kewangan sama ada yang kronik atau  masih boleh diselamatkan. Saya nak anda mampu menguruskan kewangan dan tidak terlalu bergantung sama ada dengan keluarga atau dibebani hutang yang banyak.

Penulisan kali ini saya ingin berkongsi tips bagaimana ingin merancang kewangan secara berkesan melalui pecahan akaun.


Dengan diambil contoh bahawa pendapatan anda ialah RM3000.00, aspek yang perlu ditekankan ialah pecahan akaun anda:

PERTAMA: Akaun Kegunaan SATU (dalam keadaan cair). Kegunaan utama ialah perbelanjaan utama anda. Disyorkan sebagai kegunaan perbelanjaan dapur, makanan, bil-bil utama dan lain-lain yang sesuai.

KEDUA: Akaun Kegunaan DUA (dalam keadaan separa cair). Kegunaan utama ialah membantu ketirisan wang dari akaun SATU, dimana untuk perbelanjaan seperti pembelian peralatan atau nilai yang besar dari perbelanjaan.

KETIGA: Akaun Kecemasan (sepenuhnya dibekukan dan cair apabila perlu sahaja). Andai kata kereta rosak, road tax mati atau keluarga memerlukan wang. Akaun ini akan diambil kira sebagai penyelesaian masalah, namun ingat guna bila perlu dan bukan sebagai sumber wang bagi perbelanjaan.

KEEMPAT: Akaun Simpanan atau Pelaburan (beku sepenuhnya dan dikira sebagai simpanan masa tua). Kalau boleh cuba cari maklumat sama ada ASB atau pelaburan Emas dan sebagainya selagi sah dari segi hukum syara'.

Jadilah penyimpan yang bijak sama ada dalam penyimpanan atau pengurusan kewangan, perlu diingatkan simpanan adalah penting di masa muda dan bagi yang bujang-bujang lagi tu (cermin diri). Susah woa nak bagi makan pakai anak dara orang kang.
OK lah. Dalam penulisan seterusnya saya akan membincangkan mengenai tips mengurus kewangan sambil mengumpul aset.

Insan yang sedang belajar
Osman.Z

Thursday, 15 September 2011

Apabila Kamu Melawan Diri Kamu Sendiri: Menang atau Kalah

Penulisan kali ini dianggap sebagai lebih kepada luahan isi hati harap kepada pembaca sudi membaca hasil penulisan yang tidak seberapa ini.

Secara jujurnya aku jadikan penulisan sebagai antara tempat aku melepaskan sesuatu yang terpendam. Dulu aku selalu berbasikal, hasilnya aku dapat suatu kenikmatan. Sebab??aku dapat mengisi 24jam sehari dengan benda yang bermanfaat, Sedikit sebanyak aku akan lupakan banyak masalah dalam hidup aku buat seketika.

Bayangkan masa tu tido pukul 9.30 malam bangun pukul 4 atau 5 pagi. Cuti pon sama je. Sebab aku paling pentingkan disiplin masa. Alhamdulillah Allah berikan nikmat aku merasa benda tersebut. 

Aku lalui banyak benda dalam hidup aku, dengan mengharapkan kekuatan diri, semangat kawan-kawan dan keluarga. 

Bila kita terpaksa melawan sebahagian dari diri kita, susah jawabnya. Kadang kalau tak tahan boleh jadi stress.

Bagi aku bila aku stress aku pilih untuk:

1. Solat

2. Luangkan masa mengaji (even aku ni slow merangkak-rangkak dalam mengaji)

3. Aku akan main sesuatu (game atau bersukan)

4. Aku akan tido dengan tahap yang  melampau

5. Tahap makan aku berlipat kali ganda

6. Aku akan keluar tengok ciptaanNya (aku suka tengok alam)

Aku percaya ada diantara kita melalui benda yang sangat sukar dalam hidup kita. Sama ada dari diri sendiri, persahabatan, percintaan, keluarga atau macam-macam lagi kan.

sebaiknya kita memilih cara kita tersendiri untuk melawan apa yang kita perlu lawan supaya hidup kita sentiasa hepi.

Ingat jangan kerana masalah kita, kita melibatkan orang yang tak berkaitan. Jadilah profesional.

Secara jujur aku jahil dalam bab agama, banyak benda lagi aku "zero". Tapi aku nak nasihat kan korang jangan lah libatkan diri dengan sesuatu yang merosakkan diri kita dan jangan jauhkan diri dari Allah.

Pilihan terletak di tangan kita untuk melakukan yang terbaik dalam hidup.

Semoga Allah memberikan kekuatan dalam hidup kita. InsyaAllah.

Akhir kata maaf kerana penulisan ini terlalu simple dan menjurus kepada luahan aku sendiri ye.

Insan yang sedang belajar
Osman.Z

Tuesday, 13 September 2011

MERDEKAKAN DIRIMU...PART 2

ada satu pepatah ni (aku ingat-ingat lupa)...tak dapat aku nak ingat mana sumbernya, tapi seyes pernah dengar...

Sumber: Google image


Bunyinye macam ni... Jangan pernah mengira berapa telur ayam yang akan keluar dari seekor ayam..

Aik apa kena mengena pepatah telur ayam ni dengan penulisan aku kali ini kan???

ok sebenarnya macam ni kalau hendak diringkaskan lagi dengan ayat mudah. Jangan pernah memikirkan masa depan yang belum pasti. Bayangkan kalau ayam tadi tu mandul ke, tidak boleh bertelur ke, mati dek dimakan musang ke, banjir ke tak pon lari ikut jantan lain...hehe... frust tak kita??  Tapi aku tak suka pepatah ni, Allah yang tentukan semua dan kenapa kita nak takut benda yang belum pasti kan. Yakin pada Dia. Ha macam tu la lebih kurang. Tapi aku nak kaitkan pepatah telur ni dengan kehidupan kita.

Pernah tak korang bercita-cita sesuatu yang sangat tinggi. Sebagai contoh nak jadi pelumba F1, nak jadi angkasawan dan berbagai-bagai lagi yang korang rasa agak mustahil lah. Lepas tu ada la pulak mulut-mulut yang cuba melemahkan kita sebagai contoh: 

"Leman tak payah la ko belajar susah-susah nak jadi angkasawan, ko sendiri nak kira 1 + 1 pon da huru hara, baik ko tolong ayah jaga lembu ni lagi elok"

"Hah??betul ke Kiah anak ko ambil kelas tambahan? Dia bukan reti membaca pon, buat ape la nak habiskan duit"

Sebenarnya banyak lagi tapi aku tak mampu nak bagi, korang pon mesti pernah rasa kan.

Aku sendiri tak nafikan yang aku sendiri pernah rasa. Dulu lagi la masa zaman gelap dulu dengan melepak, malas dan macam-macam lagi lah. Mak aku siap pernah cakap kang lepas SPM sambung la tingkatan 6. Rilex je. Ada skali tu aku dapat 12% kertas matematik (pergh tak ke gila, math biasa je kot kalau add math tu lain la)..ada la sorang cikgu praktikum ni kata "bodohnya awak"..Bisa memang bisa, masa tu memang rasa nak debik je muka dia. nasib baik dia tu cikgu, kalau tak....tapi.........

Bila pikey-pikey balik. Kata-kata tu lah yang banyak mengubah aku. Sampi bila aku nak hancurkan masa depan aku kan. Alhamdulillah Allah lebih mengetahui dari kita tahu kan.

Ok sekarang kita kembali ke topik kita iaitu Merdekakan Dirimu PART 2. Kenapa aku kata kisah pepatah telur dan suara negatif-negatif tadi? 

Pertama tidak salah kita berfikir 10 tahun, 20 tahun dari sekarang. Sekiranya kita berjaya berfikir sedemikian, jadinya kita dah merdekakan diri kita. Andai kata umur kita 22 tahun masa ni, kita berfikir 20 tahun akan datang. Kita dah merdekakan diri kita hingga kita 42 tahun. Tapi jangan macam orang kata, hangat-hangat taik ayam. Tepis semua yang negatif dan genggam bara hingga jadi arang. 

Kedua lidah @ mulut sebenarnya lebih tajam dari pedang tapi benda paling tidak bernilai di akhirat (lidah @ mulut ke akan berkata-kata membela???). Jadikan kritikan sebagai batu loncatan dalam hidup. 

Camna nak lawan kritikan. Ha mudah wat camni, bila orang kritik kita kan. Tengok muka dia pas 2 senyum ikhlas. Kompem dia pon jadi malu. Ingat api tak boleh lawan dengan api, tapi air boleh lawan dengan api.

Ingat sampai mati ayat ni, orang sekeliling kita akan kritik dan gelak bila kita jatuh dan bila kita bangun mereka akan gelak dan hina tapi bila kita di puncak semua akan sanjung kita. Resam hidup penuh  tipu daya.

Insan yang sedang belajar
Osman.Z