Friday, 13 January 2012

Ayuh cuci pemikiran: Zahirkan diri dalam pusaran itu

Lamanya pakcik tak mengomel kat belog ni. Bukan ape banyak gak la buat draft tapi ade yang terlalu sensitif takut-takut kena gam pulak. Tak pe la pakcik tak berminat untuk mencetuskan satu konfrontasi ni.

Penulisan pakcik kali ini ingin berkongsi suatu lumrah yang dihadapi oleh kita selama ini. Apa die? Cengkaman ketakutan dalam diri kita.

Sumber: healthyshare.info

Pernah ke tidak satu masa pembaca berada dalam satu krisis kewangan dan pembaca menginginkan untuk menjalankan perniagaan namun terbantut dek cengkaman ketakutan dalam diri atau dari persekitaran? Ya ketakutan akan kegagalan ini yang menyebabkan kita semakin di takuk lama. Rahsia perniagaan orang Cina yang pakcik baca dan kenalpasti ialah "kita tidak tahu sama ada kita adalah usahawan selagi kita masih tidak mengetahui berjaya atau tidak perniagaan itu". Mulai dari saat ini mulakan langkah kita dengan keyakinan, usaha yang optimum dan penyerahan seratus peratus kepada Allah Yang Maha Mengetahui akan tiap sesuatu.

Jika berbalik kepada pelajar-pelajar yang mengatakan kesempitan diri mereka adalah penghad akan kejayaan mereka di sekolah. Buang perkataan tersebut kerana kejayaan seseorang adalah berdasarkan usaha mereka dan bukan status sosial mereka. Mengapa? Kerana ada pelajar berasal dari keluarga yang biasa dan sekolah biasa tapi  menanam satu impian dalam diri mereka walaupun mereka sendiri tahu sukar untuk dicapai. Ingat selagi sasaran kita ialah rusa di dalam kawasan hutan walaupun kita tahu sukar untuk kita dapat namun satu masa kita akan dapat tangkap jua akhirnya.

Golongan Melayu seharusnya membuang cengkaman negatif dalam pemikiran mereka supaya mereka bukan sekadar berdiri selesa di tanah airnya sendiri namun mampu bersaing sehingga peringkat global. Kita tidak tahu berapa lama keistimewaan kita akan kekal kerana sebenar-benar dalam Islam bangsa tidak melambangkan apa-apa keistimewaan namun ketaqwaan kepadaNya mendekatkan diri kita dalam kejayaanNya.

Cabaran semakin hari semakin hebat, zahirkan diri kita dalam pusaran itu dan berpegang teguh pada taliNya kerana keistimewaan kita sebenar ialah kasih sayangNya.

Insan yang sedang belajar
Osman.Z

No comments: