Tuesday, 27 March 2012

Saya sayang anak murid saya

Assalammualaikum w.b.t

Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian mahluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati)
Dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
Tuhan yang mempunya 'Arasy yang tinggi kemulianNya
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehenndakiNya

Surah al_Buruuj : ayat 13 - 16



Secara terus terang pakcik masih dibelenggu kerisauan akan nasib kaki pakcik ini. Untuk pengetahuan pakcik telah dirujuk ke HUSM pada 2 April 2012 ini. Besar kemungkinan setelah pemeriksaan atau memasukkan besi ke, pakcik akan terpaksa bercuti panjang. Apa yang merisaukan pakcik ialah pengajaran dan pembelajaran pakcik akan terganggu..

Pakcik lebih risau akan nasib anak murid pakcik berbanding diri pakcik. Ya Allah sesungguhnya aku redha dan bersyukur atas apa yang terjadi kepada diriku. Namun kerisauan aku terhadap anak murid aku lebih besar dari kerisauan kaki aku ini. Semoga engkau permudahkan urusan aku.

Doakan pakcik dapat melalui semua ini dengan penuh syukur dan sabar. InsyaAllah

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: