Wednesday, 19 October 2011

Apa Yang Kita Kejarkan di Dunia ini???

Ya Allah aku takut aku dalam golongan yang memandang dunia dalam perspektif dunia,

Ya Allah aku takut kecintaan ku kepada isi dunia melebihi kecintaan kepadaMu,

Ya Allah aku takut akan nerakaMu dan aku takut orang-orang disekelilingku akan menarikku ke neraka di akhirat kelak,

Ya Allah aku takut aku lena diulit keduniaan sehingga aku menjadi antara orang yang tidak bersyukur,

Ya Allah dunia ini terlalu hina untuk ditangisi berbanding apa yang akan aku tangisi di akhirat kelak,

Ya Allah aku takut segala amalan aku menjadikan aku jauh dari Mu kerana aku riya',


Ramai diantara kita alpa bahawa usia kian bertambah, panggilan kubur semakin mendekat, rumah dan segala harta semakin menjauh. Kita memandang dunia dari perspektif dunia, andai kata kita memandang dunia dari persperktif akhirat insyaAllah kita akan menghayati kebahagiaan dan mengejar amalan yang tidak terhingga.

Suatu hari ada seorang Ustaz ini menyatakan pendapat beliau iaitu sekiranya ada seseorang meninggal dunia dan menceritakan apa yang dialaminya nescaya manusia tetap tidak akan berubah, 

Sebentar tadi pakcik terbaca hasil penulisan ringkas seorang hamba Allah ini dan pakcik kongsikan sebahagian di bawah ini (amat menyentuh hati):

Dari Muawiah bin Abi Sufyan RA dia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لْمُؤَذِّنُونَ أَطْوَلُ النَّاسِ أَعْنَاقًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Orang-orang yang azan (muazzin) adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat.” (HR. Muslim no. 387)
Yakni tatkala manusia sudah berdesak-desakan dan ketika peluh-peluh manusia sudah membanjiri mereka, bahkan ada yang peluhnya setinggi mulutnya. Maka muazzin selamat dari semua itu kerana leher mereka yang panjang. (Syarh Muslim: 4/333 karya An-Nawawi)

Abu Said Al-Khudri RA pernah berkata kepada Abdullah bin Abdirrahman bin Abi Sha’sha’ah Al-Anshari:

ى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ إِلَّا شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ. قَالَ أَبُو سَعِيدٍ: سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Saya perhatikan kamu sangat menyukai kambing dan kampung. Kerananya jika kamu sedang bersama kambingmu atau sedang berada di kampungmu lalu kamu mengumandangkan azan untuk melaksanakan solat, maka tinggikanlah suaramu ketika azan. kerana sesungguhnya tidaklah suara muazzin itu didengarkan oleh jin, manusia, dan yang lainnya melainkan semuanya akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat. Kemudian Abu Said berkata, “Saya mendengarkan (hadis) ini dari Rasulullah SAW.” (HR. Al-Bukhari no. 87)

Dari Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْ

“Kalau seandainya manusia mengetahui besarnya pahala yang ada pada panggilan (azan) dan saf pertama kemudian mereka tidak boleh mendapatkannya kecuali dengan undian maka pasti mereka akan mengundinya. Dan kalaulah mereka mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan kerana bersegera menuju solat maka mereka pasti akan berlumba-lumba (untuk menghadirinya). Dan kalaulah seandainya mereka mengetahui besarnya pahala yang akan didapatkan dengan mengerjakan solat Isyak dan subuh, maka pasti mereka akan mendatanginya meskipun harus dengan merangkak.” (HR. Al-Bukhari no. 69 dan Muslim no. 437)


Selama ini kita semua dan pakcik jahil, banyak ruang-ruang peluang untuk kita memperolehi ganjaranNya namun kita semua dan pakcik sendiri seakan tidak cuba mengejarnya. Ampuni dosa kami Ya Allah.

Pakcik juga mengingatkan diri pakcik dan juga pembaca. Dunia ini tempat untuk kita berusaha keras mendapatkan keredhaan dan ketakwaan Allah. Andai seluruh apa yang kita ada di dunia ini kita muatkan ke dalam neraca timbangan di akhirat nescaya belum tentu menyelamatkan kita di akhirat kelak jika tanpa keredhaan Allah.

Renungkan ramai di antara kita sudah dijemput kembali Penciptanya, kita hari ini dan saat ini masih mampu bernafas, masih mampu bersuka ria, masih mampu berjenaka, masih  mampu melihat luar jendela. Bilakah pula kita akan dijemput? 

Allah masih sayangkan kita untuk memperbaiki, menambah atau mahu menguji kita adakah kita gunakan masa ini sebaik-baiknya. Kita tidak mampu mengecapi kebahagiaan tanpa keredhaanNya.

Janganlah kita membuka aib orang lain dan aib kita sendiri. Mohonlah supaya diberi kekuatan dariNya untuk dikelukan lidah dari berkata sesuatu yang tidak baik.

Ilmu yang kita ada bukanlah untuk menunjuk-nunjuk akan kehebatan kita, bukan untuk dibanggakan dalam kalangan kita tetapi untuk diamalkan dan disampaikan dengan betul. Bahkan ia menjadi salah satu penyelamat kita kelak. Pakcik takut di akhirat kelak Allah akan berkata "Wahai kamu manusia, kamu melakukan sesuatu kerana ingin menunjuk-nunjuk maka mintalah pahala dari orang yang kamu menunjuk-nunjuk itu". Sedangkan semua itu datang dari Allah, maka penuh sia-sia apa yang kita lakukan di dunia ini.

Salinglah kita ingat mengingati sesama kita. Walaupun apa yang kita luahkan itu teramat berat untuk diungkapkan. Sampaikan secara berhemah supaya si penerima akan menerima dengan hati terbuka.

Sekian sahaja penulisan pakcik kali ini, maafkan dan tegurlah pakcik sekiranya pakcik menyampaikan sesuatu yang salah. Andaikata ini adalah penulisan terakhir pakcik, maafkan segala dosa pakcik, halalkan apa yang pakcik ambil dan terambil. Pakcik tidak pandai berdakwah tetapi pakcik berharap penulisan ini mampu mencetuskan sesuatu dalam diri pakcik dan kita semua. InsyaAllah.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Tuesday, 18 October 2011

Kenapa Pakcik Gila Basikal???Sebab...

Assalammualaikum w.b.t...

"I'm always want to do more and I'm always want to do better..." 
Andy Shleck (2009)


Sumber: www.cyclingfans.com - Andy Shleck

Pernah ke tidak antara kita ingin melakukan sesuatu lain dari yang lain. Haha. Kalau ada maknanya anda dalam kumpulan manusia yang suka mencabar kemampuan diri dari tahap sebenar. Bagus kerana anda membina motivasi diri anda sendiri. Tapi ingat Ego adalah sesuatu yang amat berbeza dari motivasi ye!!!

Ya pakcik antara manusia yang gila akan benda ini. Sekarang pakcik nak kongsikan mengapa pakcik terlalu gila dalam sukan berbasikal walaupun kini pakcik terpaksa bersara awal sementara. Namun impian pakcik terhadap kegilaan menggunung itu masih tinggi. Pakcik akan tetap kejar impian pakcik walau sesukar mana pon.

Dulu masa mula-mula jejak kaki di Terengganu ni pakcik agak gemuk dengan berat badan mencecah 85 kg. Serius memang la gemuk. Bila sampai sini pakcik lihat suasana amat berbeza dan apa yang menarik perhatian pakcik ialah sukan berbasikal. Orang melihat sukan berbasikal ialah ada basikal dan kayuh sahaja. Ramai tidak tahu bahawa sukan basikal melibatkan pengetahuan Sains (kiraan nadi, denyut jantung, kadar pernafasan, makanan untuk tenaga, daya dan tujahan dan lain-lain) strategi (bagaimana untuk mengekalkan tenaga dan bila untuk bertindak) dan mewujudkan semangat berpasukan serta membina motivasi diri.

Bini Pertama pakcik, kini tinggal kenangan sebab pakcik da sedekah kat orang...


Nak dijadikan cerita pakcik bermula dengan sebuah basikal murah sekitar RM200.00, memang berat. Bermula dengan handle bar tegak sehingga ke melengkung pakcik cuba meningkatkan kemampuan basikal tersebut melebihi tahapnya sendiri. Lama juga pakcik pakai basikal tersebut dalam hampir dua tahun. Kenangan manis pakcik bersama basikal tersebut ialah mampu memberikan saingan terhadap geng-geng basikal pakcik yang lain, bayangkan dengan frame full besi + rim 26 + tayar besar pakcik dapat memberikan saingan walaupun akhirnya pakcik kalah.  Hehe. Dekat je jarak sprint lalau start tarik je dalam 400 meter.

Bini Muda yang akhirnya terkorban dan kini masih dalam hati pakcik...=(


Dua tahun kemudian pakcik mula beralih arah dengan road bike berharga RM1200.00, antara basikal paling murah antara geng-geng pakcik. Serius pakcik telah hampir kepada klimaks dalam sukan ini. Peranan pakcik dalam geng adalah domestique atau tukang tarik arau servant sebab pakcik lebih suka menarik pengayuh yang lain berbanding merebut point setiap sprint yang kami reka sendiri. Tak tau mengapa pakcik gemar akan peranan tersebut walaupun tugas menarik yang agak berat dan banyak menghabiskan tenaga. Kenangan tinggal kenangan.

Apa yang paling pakcik suka ialah bab masa tu jadual hidup pakcik berada pada tahap yang terbaik. Pakcik akan bangun dalam pukul 4.30 - 5.00 pagi setiap hari tanpa mengira cuti atau tidak. Masa tu pakcik peruntukkan untuk membuat kerja. Lepas siap solat Subuh pakcik akan bersiap (hari cuti) dan tepat pukul 7.00 -7.15 pagi pakcik akan mula berkayuh. Malam pakcik akan tidur dalam lingkungan pukul 10.00 malam. Kalau hari ada kuliah pakcik hanya berkayuh jam 5.00 petang sehingga hampir pukul 7.00 petang dan kayuhan jarak teramat dekat dilakukan. Memang terbaik dan pakcik terasa amat bahagia pada masa itu.

Langit tidak senantiasa cerah, semasa cuti penggal pakcik bawa basikal balik ke Johor. Dapat lah juga training dari rumah ke bandar Batu Pahat dan mendaki bukit Perdana, Batu Pahat. Tak de lah tinggi sangat tapi puas la juga.  Namun ada satu masalah yang timbul iaitu roadtax kereta mak pakcik da mati, pakcik yang menjaga kereta tu. Ditambah pula kerosakan dan kesan kemalangan tempoh hari. Pakcik perlukan dana pakcik sendiri sebab pakcik tak suka bergantung kepada orang lain, itu prinsip pakcik. Dan jalan penyelesaian yang agak terkilan lah juga sebab pakcik terpaksa korbankan benda yang pakcik paling sayang. 

Mak pakcik tanya pakcik ada duit ke, pakcik senyum sambil cakap ada (hakikatnya ada memang lepas kat roadtax je dan yang nak baiki memang tak lepas, balance pon nak cover semester depan). Masa tu pakcik banyak berfikir langkah terbaik dan teringat akan sebuah buku yang pakcik baca mengenai pengurusan kewangan iaitu apabila hendak mencari dana kewangan sewaktu masalah kewangan timbul langkah yang terbaik ialah kita perlu jual aset kita. Kata putus basikal tersebut telah dijual di mudah.my atas bantuan kawan pakcik. Murah juga sebab pakcik terpaksa nak jual. 

Sekarang kalau ada masih bertanya di mana basikal, mengapa pakcik berhenti mengayuh dan ini lah jawapan pakcik. Lagipun hasil jualan basikal pakcik dapat cover untuk baiki kereta dan setel roadtax motor pula.

Sekarang hampir empat bulan pakcik berhenti berkayuh dan ada yang masih bertanya. Walaupun kengkadang pakcik agak terkilan sebab pakcik terjumpa geng-geng kayuh lama, bukak facebook ada yang da masuk banyak event, ada yang menang medal peringkat tempatan dan paling sedih setiap kali pakcik duduk saja pakcik akan terfikir akan basikal pakcik. Tidak mengapalah pakcik terima ini sebagai satu pengalaman dan cabaran dalam hidup. Senyumlah kerana pengalaman guru terbaik kita kan.

Kenangan bersama Tonton Susanto Team Le Tua di Jelajah Malaysia 2009


Bagi pakcik kalau kita impikan akan sesuatu, jangan pernah mengalah untuk menggapai apa yang kita impikan itu. Tak pe kehidupan tidak akan menarik jika tiada kesusahan singgah dalam hidup kan.

Sekian sahaja luahan pakcik dalam penulisan kali ini. 

Insan yang sedang belajar

Osman.Z



Monday, 17 October 2011

Ambang Perkahwinan, Bersedialah Dulu Bro !!!

Assalammualaikum w.b.t...

Sumber: cerpencinta1.wordpress.com


Wah hari ni pergi kelas tapi duk berbual je sebab lecturer sibuk. Ha apa lagi kalau da diborakkannya, kisah KAHWIN...aduhai...bagus betul kawan-kawan pakcik ni...ramai da mula merancang tak juga yang da mula geleng kepala memikir itu ini. Herm pakcik pon duk termengelamun sebab pe pakcik tak jumpa lagi la sorang dua kan. Haha. Biar lah pakcik malas nak pikir sebab serik pon ade. Banyak benda hendak dilunaskan dulu dalam hidup ini. Semua itu kan kerja Allah yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu.

Tapi ada sorang kawan pakcik ini berkatakan sesuatu, sebenarnya pakcik pernah terbaca versi inggeris dan kali ini kata-katanya mengimbau akan sesuatu. Beliau berkata lebih kurang macam ini lah "dalam mencari sesuatu yang baik untuk kita, kita perlu menjadikan diri kita baik dahulu". Yup pakcik sokong, sekarang masa untuk mengumpul seberapa banyak dahulu pengalaman dan ilmu. 

Lelaki agak berbeza dengan perempuan dan jika perempuan pada umur 20 an sudah bertunang mahupun berkahwin pakcik agak tidak terkejut sebab pihak lelakinya kebanyakan berumur 25 tahun dan ke atas. 

Dalam kata yang lain sudah stabil dari segenap aspek. Bagi kita yang masih muda dan berkemungkinan tanggunggjawab lain adalah amat besar maka tunaikan apa yang penting dahulu. Kalau hidup masih terlalu bergantung kepada keluarga maka belajarlah sesuatu terlebih dahulu, nak bagi makan pakai anak dara orang cik abang oi. Bukan mulut manis je, tapi kukuhkan benda yang lain terlebih dahulu.

Ada lah suatu hari pakcik dengar ceramah seorang Ustaz ini, beliau menjawab satu persoalan seorang pelajar mengenai jodoh kalau tak silap. Reaksi beliau mudah sahaja iaitu tidak payah memberatkan kepala untuk berfikir benda ini. Sekarang masa untuk kita menimba ilmu dengan sebanyak-banyaknya. Kan lebih baik begitu, ha pakcik agak setuju sebab bagi yang masih mencari tu biarlah dahulu. Fokus kat apa yang pasti dahulu, Allah tidak akan kejam akan hambanya dan bila tiba masanya kelak maka akan tiba jua kan.

Berbalik semula kepada kisah KAHWIN dalam kelas pakcik pagi tadi. Ha apa yang pakcik fikirkan mungkin agak jumud sebab pakcik bukan ada tauliah pon dalam bidang Munakahat ini, tapi pesanan untuk pakcik dan juga pembaca kumpul seberapa banyak ilmu dan belajar sesuatu terlebih dahulu. Kalau dah betul-betul stabil dan berani apa lagi, banyak jalan yang disahkan hukum dan bukan melanggar hukum. Fahamkan. Beranikan diri tapi kalau belum carilah sesuatu yang lebih penting kan.

Kita nak hidup bersama dalam jangka masa yang lama kalau ada jodoh maka persiapkan diri kita dengan ilmu sebanyak-banyaknya. Apa yang paling penting jangan dilupakan keluarga kita disebabkan kehadiran perasaan ini. Ingat dan renungkan lah ya.

Alamak panjang lebar pula penulisan kosong pakcik ni kan. Haha. nama pon blog pakcik, ikut suka pakcik la kan.

Sekian sahaja nukilan dari pakcik kali ini. Harap tidak terasa lah yek. Okeh assalammualaikum....

Insan yang sedang belajar

Osman.Z