Thursday, 9 February 2012

Kisah anak muridku: Haikal

Assalammualaikum...lama da pakcik tak jengok belog pakcik ni kan, sibuk la memanjang sampai kengkadang tak da masa pulak...herm..kali ni pakcik nak kongsi pengalaman pakcik semasa praktikum minggu kedua ni..iye la kan pakcik punya belog ni bebas so pakcik nak mengomel ape ke, suke ati pakcik la kan..hehe

Kali ini pakcik tertarik dengan kesungguhan seorang anak murid pakcik bernama Haikal. Beliau merupakan murid tahun 3 dan juga tergolong dalam kelompok murid pemulihan. Namu bagi pakcik Haikal mempunyai satu semangat iaitu cintakan ilmu.

Mengapa? Walaupun Haikal ni lemah dalam membaca dan menulis namun setiap kali pakcik bagi tugasan, Haikal merupakan murid yang paling bersemangat dan sering kali akan bertanya kepada pakcik. 

Walaupun tahap keupayaan Haikal yang lemah berbanding murid lain namun semangat Haikal menandingi murid lain. Haikal akan sentiasa bertanya dan melakukan tugasan dengan penuh tekun.

Kisah Haikal ini jika dibandingkan dengan murid yang lebih 'advance' ibarat dua orang atlit yang mana seorang normal dan seorang lagi paranormal. Jika diuji keupayaan kedua-duanya mempunyai keputusan yang sama, maka siapa lebih hebat?

Pakcik cuma nak katakan "Haikal selamat berjaya, selagi matahari belum terbit dari barat, jangan pernah mengeluh mengejar ilmu"

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: