Pakcik dalam belog ni banyak cuba memotivasikan korang yang membacanya, namun kali ni pakcik yang gagal melawan tekanan.. pakcik down bukan disebabkan kaki patah ini 100% tapi disebabkan kesukaran pakcik melakukan pergerakan secara normal..
Selepas di X ray buat kali ketiganya, tulang fibula pakcik menunjukkan penyambungan yang minima walaupun seakan tiada perubahan..namun menunjukkan satu perkembangan yang positif..namun pakcik masih tak mampu berjalan...
Apa yang membuatkan pakcik agak down ialah pergerakan pakcik agak terbatas dan menyebabkan pakcik gagal memenuhi keperluan sebagai seorang guru di sekolah..
Pakcik baru hilang sementara satu nikmat iaitu berjalan namun pakcik merasakan agak terbeban..Bayangkan mereka yang mengalami dugaan yang lebih hebat dari pakcik..bayangkan ye...lemah dan rendahnya diri pakcik ini...
Ya Allah ampuni dosaku selama ini, jadikan aku sentiasa bersyukur dan tabah dalam mengahadapi dugaanMu ini..
Apa yang pakcik perlu ialah kembalikan semangat pakcik selama ini..Terbaca pula dari sebuah majalah ini yang berbunyi......"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; Allah benci kepada orang yang patah semangatnya tetapi syaitan sukakannya"....
Kepada rakan sepraktikum pakcik, ampun maaf dipinta andai pakcik membebankan korang semua....
Tulus dari hati kecil pakcik
Osman.Z
No comments:
Post a Comment