Wednesday, 5 October 2011

Berhujahlah Dalam Kesederhanaan...

Assalammualaikum w.b.t...

Penulisan kali ini disebabkan pak cik agak terkesan dengan sepotong ayat yang pak cik terbaca dari ILuvIslam Online. 

Potongan ayat ini berbunyi;

Jangan fikir diri kita sahaja sudah hebat berfikir dan menjadikan diri kita ego seolah-olah segala fikiran kita benar dan fikiran orang lain salah.
 

Mengapa pak cik agak terkesan kerana pak cik mempunyai satu sikap suka berdebat dan cuba memenangkan sesuatu. Aduh. Kepada pembaca yang mengenali pak cik dan sekiranya pak cik telah melakukan perkara sedemikian maafkan pak cik. Niat pak cik adalah untuk berhujah berasaskan fakta atau pemerhatian dari sekeliling, tidak terdetik bagi pak cik untuk ego.

Pak cik pernah menyatakan bahawa "we can't stop the others to criticize us, but we can handle them by facts and reality". 

Ada beberapa hujah pak cik berasaskan fakta dan pemerhatian dari sekeliling. Pak cik juga selalu dikritik dari segenap aspek dan ada yang pak cik tangkis atau terpaksa diserap.

Menghujahkan sesuatu adalah kebebasan setiap individu. Maka jangan cepat melenting dan tanganilah dengan kesederhanaan supaya tidak timbul konflik.

Secara jujurnya pak cik suka apabila wujud percanggahan idea supaya kita mampu untuk berdiskusi dan mencetuskan idea dengan lebih baik. Jika kita betul atau salah, kita berjaya mewujudkan suatu atmosfera yang sihat. Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup.

Namun kita perlu berhujah dalam kesederhanaan supaya diskusi akan lebih membina berbanding menimbulkan konflik yang akan memburukkan keadaan. Binalah hujah-hujah dengan fakta dan bukan dengan perasaan ego.

Sekian dari pak cik bagi penulisan ringkas kali ini.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Tuesday, 4 October 2011

Saya Cintakan Mereka...Anak Bangsaku...

Generasi akan datang...


Assalammualaikum w.b.t...

Pak cik nak luahkan sesuatu dalam penulisan kali ini tentang guru. Pengalaman pak cik tak la seberapa sebab pak cik pon tak mengalami pengalaman seorang guru sebenar. Ye la lesen pon "L" lagi kan.

Pak cik harap bakal-bakal guru tanamkan dalam hati kita semua, tanggungjawab kita mendidik adalah kerana Allah. Pangkat dan gelaran hanya bonus dan tetapkan diri dalam perjuangan kita yang tidak akan selesai sebagai seorang guru. 

Apa erti perjuangan jika hanya untuk menunjuk-nunjuk. Kita mengharapkan balasan Allah di akhirat, kita tidak layak untuk syurgaNya namun kita tidak sanggup untuk nerakaNya. Semoga apa yang kita kerjakan di dunia ini adalah kerana Allah mampu menyelamatkan diri kita kelak.

Jadilah seorang pendidik yang inovatif dan kreatif, sematkan tanggungjawab sebagai satu peringatan dalam diri kita, gunakan seluruh sumber yang ada sebaik-baiknya dan tanamkan budaya ilmu dalam diri murid.

Pak cik yakin jika ada satu kajian yang menyeluruh dilakukan terhadap murid di seluruh negara. Akan ada lompang-lompang dalam pencapaian mereka. Pak cik mengharapkan kita dapat merubah serba sedikit apa yang berlaku.

Berfikir di luar kotak mampu menghadirkan kekreatifan kepada kita. Kaji dan lihat situasi di sekeliling kita hari ini mampu mencetuskan suatu pemikiran yang diharap merubah sesuatu kepada yang lebih baik.

Akhir kata dari pak cik jika kita melakukan sesuatu yang agak berlawanan dengan orang lain namun niat kita baik, jangan takut dan teruskanlah. Kalau kita salah kita akan belajar dari sesuatu yang baru. Tetapkan matlamat kita supaya kita sentiasa dalam perjuangan kita. 

Kritikan dan kata-kata negatif diibaratkan sebagai angin lalu yang tidak mampu untuk merubah matlamat kita.

Sekian dari pak cik kali ini.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Jangan Bertangguh Jangan Was-Was

Assalammualaikum w.b.t...

Haduiiii hai, pagi ni pak cik duk lepak-lepak membaca sambil la dengar radio online, tetibe Dato' Dr. Hj Mohd Fadilah Kamsah dalam segmen radio Era fm kuar la plak. Ha pe lagi pak cik setop dulu membaca tadi.



Seronok je la. Ye la Dr. kata macam ni "Jangan Bertangguh Jangan Was-Was". Pak cik pon seronok beronok-ronok tak terhingga la, ingatkan pasal kerjaya ke pe ropenye sal jodoh...Herm da nak sampai seru kot. Asyik dok dengar benda ni je semenjak dua tiga menjak ni.Haha

Dr kata kalau dah suka jangan bertangguh pi masuk meminang. Tapi kalau perempuan tak suka, keluarga pon tak suka tak payah la buang masa dan tenaga je. Kalau perempuan suka tapi keluarga tak suka, ade peluang tu ejaz la perlahan-lahan kan. Kalau perempuan tak suka tapi keluarga suka boleh insyaAllah lama-lama suka la ha bercinta pas kawen la kot. Haha. 

Berani-berani ye la jejaka di luar sana, ni jangan duk berkepit berani tapi bila nak ke arah serius sikit takut. Kalau cam tu baik korang bercinta dengan tiang eletrik kan.

Seterusnya Dr kata tentang dengan Jangan Was-Was, Dr kata mesyuarat @ musyuarah kot (tak dengar sangat laju die cakap), Istikharah dan lastly dengar suara hati. Ingat dengan syarat niat baik, ha betol tak. Kengkadang suara hati ni la signal-signal kan.

Bagi yang sedang syok kapel mapel tu, kalau anda benar-benar berani pi la jumpa mak bapak budak perempuan ni. Buat lah dengan cara yang betul bukan yang tak betul yek.

Herm pak cik nak berani jugak, tapi mak bapak sape nak jumpa kan? Da calon pon tak de. Haha. Selingan je ni yek.

Insan yang sedang belajar

Osman. Z