Wednesday, 5 October 2011

Berhujahlah Dalam Kesederhanaan...

Assalammualaikum w.b.t...

Penulisan kali ini disebabkan pak cik agak terkesan dengan sepotong ayat yang pak cik terbaca dari ILuvIslam Online. 

Potongan ayat ini berbunyi;

Jangan fikir diri kita sahaja sudah hebat berfikir dan menjadikan diri kita ego seolah-olah segala fikiran kita benar dan fikiran orang lain salah.
 

Mengapa pak cik agak terkesan kerana pak cik mempunyai satu sikap suka berdebat dan cuba memenangkan sesuatu. Aduh. Kepada pembaca yang mengenali pak cik dan sekiranya pak cik telah melakukan perkara sedemikian maafkan pak cik. Niat pak cik adalah untuk berhujah berasaskan fakta atau pemerhatian dari sekeliling, tidak terdetik bagi pak cik untuk ego.

Pak cik pernah menyatakan bahawa "we can't stop the others to criticize us, but we can handle them by facts and reality". 

Ada beberapa hujah pak cik berasaskan fakta dan pemerhatian dari sekeliling. Pak cik juga selalu dikritik dari segenap aspek dan ada yang pak cik tangkis atau terpaksa diserap.

Menghujahkan sesuatu adalah kebebasan setiap individu. Maka jangan cepat melenting dan tanganilah dengan kesederhanaan supaya tidak timbul konflik.

Secara jujurnya pak cik suka apabila wujud percanggahan idea supaya kita mampu untuk berdiskusi dan mencetuskan idea dengan lebih baik. Jika kita betul atau salah, kita berjaya mewujudkan suatu atmosfera yang sihat. Pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup.

Namun kita perlu berhujah dalam kesederhanaan supaya diskusi akan lebih membina berbanding menimbulkan konflik yang akan memburukkan keadaan. Binalah hujah-hujah dengan fakta dan bukan dengan perasaan ego.

Sekian dari pak cik bagi penulisan ringkas kali ini.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

2 comments:

el mundo zine said...

setuju degan pendapat pakcik...ramai dlm dunia skang dia ingat dia dah betul sangt dah...sbb tu mslh perpecahan timbul...bergaduh x tentu pasal...hehe....terbaik!

Osman Z. said...

thnx sukebekezine a.k.a chek!!!

alamak rupanya selama ni silap eja pakcik la, terjarak...aduhai leahnya BM aku ni...

tp bila nk berdebat dgn org yg ego lg la susah, so diam je la kot..hehe

neway thnx!!!