Assalammualaikum w.b.t...
Kenapa pula hari ini pakcik tiba-tiba terasa hendak kongsi dua filem ini. Mungkin ada yang tahu dan mungkin pernah tonton terlebih dahulu dari pakcik kan.
Pakcik ingin memetik kata-kata Ustaz Asri mantan Mufti negeri Perlis, beliau sendiri menyatakan bahawa filem Indonesia berada pada taraf tersendiri bagi sesetengah filemnya. Contoh filem Laskar Pelangi dan sekuelnya Sang Pemimpi. Wow. Tapi pakcik ada buat carian sambungan terhadap dua filem ini tetapi pakcik ketemukan Endisor sambungannya dalam bentuk novel. Alamak bila lah dapat membacanya pula.
Dua filem ini merupakan filem yang berada dalam kelas tersendiri. Serius pembaca tidak akan menyesal apabila menonton kedua-dua filem ini. Daripada pembaca membuang masa menonton filem hantu-hantu ni, baik luang masa tonton filem ini.
Pakcik sahaja ke yang akan kritik filem hantu ini? Jangan lupa Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah meluahkan kritikannya terhadap filem-filem hantu ini.
Pakcik berharap industri perfileman negara ini menghasilkan filem yang lebih membuka minda penontonnya.
Namun secara realitinya kita akan mencari hiburan berbanding sesuatu yang lebih bersifat keilmuan.
Ha baru pakcik teringat suatu ketika dahulu pakcik pernah menonton cerita bertajuk Pensel yang mengisahkan seorang remaja yang cacat atau pon kurang dari segi pemikirannya namun impian di dalam hatinya membuatkan dia lebih kuat dari individu yang normal lain.
Cerita-cerita seperti ini lah yang diperlukan bagi membentuk pemikiran anak bangsa kita supaya berada lebih tinggi pemikirannya. Jangan fikirkan keuntungan sahaja tetapi fikirkan pulangan yang kita tidak ketahui lorong-lorong mana ia akan datang. Kan semuanya datang dari Allah.
Sekian sahaja dari pakcik, sebenarnya pakcik tak de idea..hehe..maaf yer..kalau ada masa cari lah kedua-dua filem tersebut, pasti tidak menyesal tau.
Insan yang sedang belajar
Osman.Z
2 comments:
stuju boi
haha..tenkiu boi...
Post a Comment