Sunday, 30 October 2011

Trebelog Cuti-Cuti Jelapang Padi - Indera Kayangan: Part 3

Assalammualaikum w.b.t...

Kali ni pakcik melebarkan langkah perjalanan ke negeri Indera Kayangan, mak aihhhhh....baru pertama kali ni nak masuk negeri paling utara di Malaysia ni...Lawak betol la pakcik ni kan.

Nak wat camna kan, suka ati pakcik la nak gi bile pon kan. Janji pakcik berjaya sampai jugak akhirnya.

Sebenarnya dulu masa ada basikal, pakcik target tahun 2012 nanti pakcik nak menjelajah secara solo dari Perlis, Kedah ke P.Pinang. Bajet nak buat masa cuti la, tapi tak kesampaian hasrat tu. Tak pe la, impian tu masih ada lagi. InsyaAllah pakcik akan tetap realisasikan.

Semasa berada di dataran kat Kangar la ni

Zoom dari jauh je

Haha..Finally I've fly to this place


Dirgahayu Tuanku, malam mesti happening kan...

mana mau pigi??? Ha ni bukan kat Indonesia ye, macam dalam cite Laskar Pelangi tu..Ini kat Malaysia
Dekat jek ropenya Singapore dari sini...
Setelah puas bergambar-gambaran tengah hari buta ni, pakcik dan pemandu pelancong mula bergerak ke destinasi yang dituju iaitu rumah classmate pakcik di Kaki Bukit. Makan free la jang oi. Tapi pakcik tak hamek gambar pon kat situ, ish tak ke pelik sampai umah orang pon nak diambil gambar. Setelah puas melantak dan lepak-lepak jap maka bergeraklah kami ke Gua Kelam, laluan gua terpanjang yang terkenal dengan aktiviti melombong bijih timah suatu ketika dahulu. Kenapa dipanggil "kelam"??? Sebabnya memang gelap dalam ni macam malam kot.

Nasib pakcik tidak berapa baik sebab dikhabarkan laluan intrepretasi gua telah runtuh dipertengahan jalan ditambah ketiadaan elektrik akan menyebabkan keadaan terlalu gelap. Berbekalkan telefon bimbit pakcik yang ada lampu suluh ni, kami meredah juga la masuk ke dalam. Iya la da sampai kan rugi kalau tak masuk ke dalam. Tak pe la walaupun tak dapat habiskan, pakcik tetap dapat masuk ke bahagian sedikit dalam gua tersebut. Mood agak kecewa.

Wah siap ada puisi kan gua ni...memang respek la

Gaya bangga sikit, ye la da sampai kat sini kan

Gelap kot dalam ni, tengok la...masa ni eletrik tak de katanya...

Cantik tak?

Air gua batu kapur, nak minum je tapi tak berani pulak

Argghhh...tersadai kat tepi kolam ni, kaki pon tercucuk besi masa kat dalam...gelap masa tu

Bersama pemandu pelancong

Kenangan pakcik, tunggu da kerja nanti. InsyaAllah akan sampai lagi

Selamat tinggal gua kelam
Maka setelah meninggalkan Gua Kelam yang memang agak kelam, perjalanan diteruskan ke zon bebas cukai iaitu ke Padang Besar. Yuhuuuuu....Here we come...

Agak menarik la jugak, kalau kat Rantau Panjang banyak kedai-kedai kecil berderet, kat sini bawah satu bumbung..

Kat dalam bangunan

Cantik ni tapi saiz L pulak, amek je la gambar

Cantik jugak tapi untuk budak-budak leh la, pakcik kan da besar

Aneka cenderamata, ha nak beli pilih je la kan

Amacam tersusun tak???
Sebenarnya modus operandi ke sini nak jenjalan dan mak pakcik de pesan beras merah. Rupanya beras merah tu digunakan dalam memasak nasi dagang. Beli je la kan.

Agak bez jugak la kat sini, kalau duit berkepuk lagi bez kot. So cuci-cuci mata je la. Okeh perjalanan diteruskan melalui kawasan filem KL Menjerit iaitu merentasi Chuping, kawasan tebu. Kalau kat Kedah terkenal dengan sawah padi nun jauh mata memandang. Kat Johor terkenal dengan ladang sawit nun jauh mata memandang jugak kan. Tapi kat sini terkenal dengan ladang tebu nun jauh mata memandang.


Ladang tebu nun jauh mata memandang

Ladang tebu lagi

Lagi-lagi ladang tebu lagi...adoyai

Pakcik di tepian ladang tebu..hehe...interprem la sket kan

Bulatan yang meletakkan info mengenai Chuping ni la...
Selesai je lalu bergambar di kawasan ladang tebu tadi, pakcik pon ke Politeknik Arau amek kawan sekampung kat Johor. Pe lagi jap gi lepak kat Kuala Perlis namun petang tersebut hujan, bukan rezeki la jadinya...Juz lepak minum-minum dekat medan selera kat situ. Tak dapat pakcik nak lepak atas bebatu yang ada kan.

view dari tempat pakcik lepak...nampak kan hujan masa ni
Sekian sahaja Trebelog Cuti-Cuti Jelapang Padi - Indera Kayangan: Part 3. Total perjalanan dari tengahari sampai ke maghrib, jap je kan dan agak menarik la. Cuma da mula musim hujan cam gini la.


Ok sekian sahaja dari pakcik nantikan Part 4 pula ye...
Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: