Sunday, 30 October 2011

Trebelog Cuti-Cuti Jelapang Padi - Indera Kayangan: Part 2

Assalammualaikum w.b.t...

Wokeh sekarang pakcik nak sambung Part 2 bagi penjelajahan pakcik kali ini. Memandangkan Part 2 ni pakcik mula la berangan-angan nak keluar pi Alor Setaq, maka dengan kereta kebal biru itu bersama rumet pakcik mula la ke Aloq Setaq. Tup tap rupanya masalah tayar belah depan kiri asik je la kuar angin tu kan selama ini telah terjawab rahsianya apabila kereta pakcik tersadai la kejap kat traffic light. Sib bek masa pepah kat highway tayar tu tak wat al, kalau tak rasanya berpusing atas higway kot. Alhamdulillah.

Nak dijadikan cerita tayar depan wat hal selalu tu telah bocor. Bukan disebabkan paku ke pe tapi kepala tempat isi angin tu yang tercabut, aduhai maka bergambar la sambil bergelak tawa membuka rim kat traffic light.

Kepala tiub yang tembaga tu tercabut, jadinya angin pon kuar...

Sib bek de tayar spare kalau tak mana nak cari jumaat kan Kedah cuti

Pakcik kasi posing dulu...bru ada feel nak bukak kan

Mula la sesi bukak dan pasang semula, berpoluh-poluh pakcik....
Ha tapi tayar bocor ini hanya permulaan sebab lepas ni cermin kereta belah depan kiri pula buat hal. Herm macam kebetulan kan, ye la tadi tayar kiri ni cermin kiri pulak...aduhai kopak pakcik kali ini...

Keadaan pintu setelah tingkap dibaraikan, barang pula kena order...nak ujan da ni
Kes pintu ni da lama da apabila tingkap da lari dari getah tingkap tu. Tapi pakcik wat tak tahu je kan, ha sekarang rasakan bila banyak benda da masalah. Kalau korang pon ada masalah macam pakcik, mula2 buka door trim tu dulu, cek kaki yang gerakkan tingkap turun naik, ok ke tak...Lepas tu tengok getah tingkap sama ada ok lagi ke tak (kalu da nampak beralun akan menyebabkan tingkap salah tempat nanti, tu yang wat rosak menda lain) dan last tengok ada lagi sekeping getah yang bersambung dengan bahagian bawah cermin tu masih ada atau tak kan. Nanti pakcik akan wat satu penulisan nak setel masalah ni ye.

Malas nak pikir masalah kereta ni, pe lagi jenjalan lah ke masjid paling femes di negeri Jelapang Padi ini (kata pemandu pelancong) iaitu Masjid Zahir. Mintak mahap la ye, pakcik pakai kamera kompak biasa je lagipon pinjam jek, nak chantek tunggu la da mampu pakai DSLR nanti.


Masjid ini dibina pada tahun 1912 atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajuddin Mukarram Shah. Tapak masjid ini sebelum pembinaannya adalah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah dari serangan Siam(1821). Rekabentuk masjid ini diilhamkan dari Masjid AZIZI di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Masjid ini dihiasi dengan lima kubah utama sebagai simbol lima Rukun Islam.



Masjid Zahir
Oleh : Dato' Hj. Wan Shamsudin Mohd Yusof

Masjid Zahir di Alor Setar


Tugu maklumat, ha baca la kat sini...pakcik pon da lupa da

Pandangan dari hadapan masjid
Berhadapan dengan Masjid Zahir ini merupakan dataran yang mengumpulkan monumen-monumen bersejarah. Masa pakcik sampai tu tak de lah yang ramai melepak, maybe belum mula keluar lagi kot. Malam mesti meriah agaknya.




Panduan Informasi bagi pengunjung di dataran ini




Cek Cak Men Kembali!!!

Menara Jam rasanya ni, sebab ada jam kan kat situ


Selesai je bergambar-gambar maka buat pertama kalinya pakcik merasa Nasi Kandar, fuhhhhh!!!!Seyes sedap dengan cara mamak tu campur kuah gulai semua, memang terbaik la. Ditambah pula da kebulor ni kan maka makan la pe lagi. Walaupun pakcik agak lemah dengan rempah-rempah ni, belasah je la kan. Harga kalau tak silap RM5.00 kot, dulu lagi murah sikit la rasanya (kata pemandu pelancong pakcik ni)


Tengok pon da tliuq kan...haha...bez2


Berakhir la Trebelog Cuti-Cuti Jelapang Padi - Indera Kayangan: Part 2 dan nantikan sambungan yang seterusnya la ye. Herm sebenarnya tak puas la jugak kan, sebab nek keta nak berjalan-jalan agak leceh, kalau nek motor bez gak kot. Tengok la taun depan nak merantau dengan motor la pulak. InsyaAllah. Ok sekian sahaja dari pakcik kali ini.


Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: