Assalammualaikum w.b.t...
"Bermimpilah yang tinggi-tinggi dan ambil risiko yang paling besar"
Sang Pemimpi
Pernah ke tidak pembaca yang dihormati sekalian mendengar perkataan kemahuan? Secara ringkasnya pakcik lebih gemar melabel sebagai kata hati. Kata hati ini akan membawa kepada dua cabang perjalanan yang berbeza sama ada membawa kepada kebaikan atau keburukan.
Cuba kita imbas kembali apabila kita lapar apa akan kita rasa? Semestinya kita hendak makan kan. Adakah kita hendak makan sesuatu yang membazir atau sesuai dengan keperluan tenaga kita? Mana yang lebih penting?
Lupakan sejenak kisah makan dan sekarang bawa pula peranan kata hati dalam prospek membina kejayaan dalam hidup. Ya kata hati merupakan kuasa dalaman yang banyak menggerakkan setiap perbuatan kita. Namun kata hati ini adalah sebahagian dari sebahagian yang lain.
Secara ringkasnya kata hati saling melengkapi sebahagian yang lain. Sekarang kita akan masuk ke bahagian penyusunan strategi.
"Seorang tentera tidak akan bertindak semberono dalam peperangan dengan hanya kata hati namun penyusunan strategi adalah penting dalam memenangi sesebuah peperangan tersebut"
Pembaca yang dikasihi sekalian, dalam membina kejayaan memerlukan cetusan dari kata hati dan diikuti dengan penyusunan strategi seterusnya bagaimana kita merealisasikan kejayaan tersebut.
Justeru strategi apakah yang bakal kita gunakan untuk membina kejayaan tersebut.
Di sini pakcik akan kongsikan beberapa tips membina kejayaan:
1) Jadikan kata hati sebagai pencetus dan pendorong.
2) Mulakan langkah awal mengejar kejayaan dan niat kerana Allah
3) Susun dan tetapkan matlamat awal anda. Tetapkan jangkamasa untuk mencapainya.
4) Kesakitan itu lumrah kehidupan. Bina keyakinan diri dan persediaan mental dan fizikal akan apa yang akan berlaku.
5) Pamerkan matlamat anda di tempat yang mudah dilihat, ia akan memotivasikan diri anda.
6) Urus emosi dan hubungan dengan orang sekeliling kita. Jadikan hari-hari anda penuh keceriaan.
7) Genggam bara biar sampai jadi arang. Disiplin dan terus-menerus bergerak menuju kejayaan.
8) Sekali-sekala toleh kebelakang supaya anda tidak lupa diri namun jangan mengundur ke belakang.
9) Tetapkan pendirian supaya tidak terkesan oleh kritikan dan sindiran.
10) Dekatkan diri dengan Allah dan mohon supaya kekuatan dan keazaman dikekalkan olehNya. Fahami makna sabar dan syukur supaya kita tergolong dalam golongan yang bertindak dengan pernuh berhemah.
Membina kejayaan memerlukan seseorang itu bijak dalam mengawal apa disekelilingnya dan sentiasa terpaut ingatan kepadaNya. Kehidupan memerlukan pengorbanan dan tiada apa yang mudah untuk dikejarkan kecuali setelah diberi kemudahan olehNya.
Perencah kehidupan ialah kesukaran dan kesukaran itu menghadirkan keberkesanan akan pemikiran. Jika kesukaran itu tidak hadir tidak akan wujud sebuah kapal terbang penumpang, tidak akan wujud sebutir mentol dan tidak akan wujud sekeping buku catatan. Renung-renungkan.
Sekian sahaja dari pakcik, semoga apa yang dipaparkan mencetuskan sesuatu yang diharap meningkatkan produktiviti kita semua. InsyaAllah.
Insan yang sedang belajar
Osman. Z
No comments:
Post a Comment