Tuesday, 11 October 2011

Menangani Tekanan Secara Berhemah...

Assalammualaikum w.b.t...

tekanan menyebabkan kehidupan kita terganggu

Pakcik nak tanya korang pernah tak rasa tertekan? Sama ada tekanan yang terlalu besar dari masalah sekeliling atau konflik dalaman diri korang? Mesti sakitkan sebab nak tangani tekanan adalah perkara paling sukar.


Kalau kita tersilap langkah kita akan menjerumuskan diri kita ke dalam kegagalan hidup ini. Jadi senyumlah selama kesakitan itu menguasai diri, tidak akan bercampur cahaya dan kegelapan.


Ok kali ni penulisan pakcik nak kongsi dengan korang macam mana nak kawal, kurangkan, atau tangani masalah tekanan ini.

Tips mengawal, mengurangkan atau menghilangkan tekanan:


1)
Dekatkanlah diri dengan Pencipta alam ini

Dekatkan diri dengan Allah. Kesilapan utama kita ialah bila ada masalah baru nak dekatkan diri dengan Allah. Masa senang lupa semua ini. Pakcik nak nasihatkan diri ini dan pembaca supaya dekatkan diri kepadaNya. InsyaAllah suatu hari nanti kita akan mencapai suatu ketenangan yang teramat sangat.

2) Pilih sesiapa yang kita rasa rapat dengan kita dan dia menjadikan dirinya sebagai "kubur" mengenai apa yang kita kongsi. Lumrah manusia terpaksa melepaskan sesuatu dengan orang yang dipercayainya. Namun berhati-hati kerana tidak semua akan menjadikan diri mereka "kubur" kisah orang lain. Kebanyakan akan menceritakan kepada orang lain. Sebagai kesan ini akan menyebabkan kita lebih tertekan.

3) Bersukan mampu mengurangkan atau menghilangkan tekanan. Apabila kita melakukan sesuatu yang kita suka dalam hidup ini, kita akan lebih fokus terhadap apa yang kita lakukan. Lepaskan tekanan dan bersukan dengan penuh keceriaan.

4) Menangis dan mohonlah kepada Allah supaya kekuatan dalaman diri itu dihadirkan olehNya. Sebab apa? Allah tidak akan melupakan hambaNya, namun hambaNya yang sering melupakannya. Renung-renungkan.


"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu.... "
Al-Baqarah:152


5) 
Indahnya alam ciptaan Allah


Mengembaralah melihat keindahan alam. Luahkan apa yang anda rasa walaupun anda luah kepada pokok kaktus. Alam membawa ketenangan dalam diri. Tak percaya cuba luang masa lepak tepi pantai atau tepi air terjun. Mesti tenang je kan. Tak pun cuba beli pokok bunga yang kecik dan letak atas meja belajar korang, jaga pokok tersebut. Pasti korang akan bahagia je.



6) Pakcik sarankan korang cuba luahkan secara berhemah sama ada dalam penulisan, sajak, lagu dan sebagainya. Ini membuatkan korang akan termotivasi secara tidak langsung. Sedikit sebanyak korang akan melepaskan tekanan dalam cara yang halus dan baik.


7) Luang sedikit masa untuk menilai diri dan kaji masalah yang dihadapi. Dengan berfikir secara waras kita akan dapat mengurangkan sedikit tekanan dan diharapkan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Hadapi dengan senyuman  "____" !!!!



Walau apa pun yang kita lakukan dalam mengurangkan tekanan, pilihlah cara yang berhemah dan anda akan mencapai kebahagiaan yang tidak anda jangkakan. Semoga apa yang pakcik kongsi ini sedikit sebanyak membantu pembaca. Renungan untuk kita bersama.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: