Tuesday, 4 October 2011

Saya Cintakan Mereka...Anak Bangsaku...

Generasi akan datang...


Assalammualaikum w.b.t...

Pak cik nak luahkan sesuatu dalam penulisan kali ini tentang guru. Pengalaman pak cik tak la seberapa sebab pak cik pon tak mengalami pengalaman seorang guru sebenar. Ye la lesen pon "L" lagi kan.

Pak cik harap bakal-bakal guru tanamkan dalam hati kita semua, tanggungjawab kita mendidik adalah kerana Allah. Pangkat dan gelaran hanya bonus dan tetapkan diri dalam perjuangan kita yang tidak akan selesai sebagai seorang guru. 

Apa erti perjuangan jika hanya untuk menunjuk-nunjuk. Kita mengharapkan balasan Allah di akhirat, kita tidak layak untuk syurgaNya namun kita tidak sanggup untuk nerakaNya. Semoga apa yang kita kerjakan di dunia ini adalah kerana Allah mampu menyelamatkan diri kita kelak.

Jadilah seorang pendidik yang inovatif dan kreatif, sematkan tanggungjawab sebagai satu peringatan dalam diri kita, gunakan seluruh sumber yang ada sebaik-baiknya dan tanamkan budaya ilmu dalam diri murid.

Pak cik yakin jika ada satu kajian yang menyeluruh dilakukan terhadap murid di seluruh negara. Akan ada lompang-lompang dalam pencapaian mereka. Pak cik mengharapkan kita dapat merubah serba sedikit apa yang berlaku.

Berfikir di luar kotak mampu menghadirkan kekreatifan kepada kita. Kaji dan lihat situasi di sekeliling kita hari ini mampu mencetuskan suatu pemikiran yang diharap merubah sesuatu kepada yang lebih baik.

Akhir kata dari pak cik jika kita melakukan sesuatu yang agak berlawanan dengan orang lain namun niat kita baik, jangan takut dan teruskanlah. Kalau kita salah kita akan belajar dari sesuatu yang baru. Tetapkan matlamat kita supaya kita sentiasa dalam perjuangan kita. 

Kritikan dan kata-kata negatif diibaratkan sebagai angin lalu yang tidak mampu untuk merubah matlamat kita.

Sekian dari pak cik kali ini.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: