Assalammualaikum w.b.t..
Penulisan pakcik kali ini kesinambungan dari satu isu iaitu Dong Zong ataupun Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia yang mahukan guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin tidak berada di SJK(C). Ini berdasarkan apa yang pakcik baca semalam. Hari ini pakcik terbaca satu lagi post mengenai Dong Zong oleh seorang blogger ini. Pandangan mereka ada asasnya namun pendekatannya mampu menggugat kestabilan hubungan antara kaum secara tidak langsung. Ini bukan isu terpencil malahan Gabungan ini perbah menolak isu pengajaran mata pelajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan telah ditolak bulat-bulat atas dasar ia akan menyebabkan SJK(C) ditutup. Waraskah? Namun kita perlu analisis dan pilih penyelesaian yang terhadap isu ini.
Dipetik dari blog tersebut |
Mengapa perkara sedemikian ini berlaku? Pakcik pernah meluangkan masa bertanya kawan pakcik yang pernah belajar di SJK(C) dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Beijing Foreigner Student (kalau tak silap ejaan) dalam jurusan Pendidikan Bahasa Cina, Apa yang dikongsikan oleh kawan pakcik ini pembelajaran di SJK(C) adalah lebih tertumpu kepada penguasaan akademik disamping tidak melupakan aspek kokurikulum. Komitmen guru dan strategi yang digunakan lebih daripada kebanyakan sekolah kebangsaan. Justeru tidak pelik prestasi mereka amat memberangsangkan.
Tak percaya cuba luangkan masa melihat anak-anak Cina yang sedang menunggu bas, atau sedang duduk makan minum. Budaya membaca adalah satu kemestian. Ya disini nampak satu perbezaan yang ketara bagi anak-anak Melayu umumnya.
Pakcik menyokong hasil penulisan blogger berkenaan terdapat sesetengah guru yang pemalas dan jumud sehingga mengganggu gugat prestasi muridnya sendiri. Ini berdasarkan pengalaman pakcik terhadap segelintir guru tersebut, sebagai contoh pengajaran Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kajian Tempatan malahan subjek Sains sendiri dipandang enteng untuk diajarkan. Hasilnya murid terhad dan bakat tidak dapat dikembangkan. Justeru bagaimana pemindahan ilmu dapat berjalan dengan sempurna?
Pernah suatu ketika pakcik terlibat dalam membantu dan membimbing murid UPSR bagi subjek Sains. Bayangkan beberapa bulan sahaja akan menghadapi UPSR namun konsep yang perlu dikuasai seawal tahun 4 tidak berjaya dikuasai. Salah siapa di sini?
Namun kita tidak berhak menjatuhkan hukuman terus kepada guru kerana pelbagai pihak perlu memainkan peranan bersama dalam menangani masalah ini. Kesilapan besar golongan ini ialah memandang sesuatu isu berdasarkan aspek yang negatif. Pernahkah mereka meluangkan masa membuka mata terhadap aspek yang lebih positif?
Satu perkara yang pakcik agak kurang berpuas hati dengan penulisan blogger di atas ialah beliau mengatakan bahawa guru-guru berasal dari kampung dan mentaliti kampung ini menyebabkan anak murid mereka tergadai. Wahai pemilik blog tersebut, pakcik ingin menyatakan bahawa komitmen seseorang bukan ditentukan dari mana dia berasal namun atas diri individu tersebut. Pakcik berasal dari kampung dan tidak rasa kekampungan pakcik mengganggu gugat anak murid pakcik. Pakcik tidak sokong 100% apa yang anda katakan bahkan anda telah membuat satu andaian kurang bernas di situ.
Satu perkara yang pakcik agak kurang berpuas hati dengan penulisan blogger di atas ialah beliau mengatakan bahawa guru-guru berasal dari kampung dan mentaliti kampung ini menyebabkan anak murid mereka tergadai. Wahai pemilik blog tersebut, pakcik ingin menyatakan bahawa komitmen seseorang bukan ditentukan dari mana dia berasal namun atas diri individu tersebut. Pakcik berasal dari kampung dan tidak rasa kekampungan pakcik mengganggu gugat anak murid pakcik. Pakcik tidak sokong 100% apa yang anda katakan bahkan anda telah membuat satu andaian kurang bernas di situ.
Bersambung part 1
No comments:
Post a Comment