Assalammualaikum w.b.t...
Kali ni pakcik juz nk tulis santai-santai sahaja..korang pernah terfikir tak siapa yang korang rasa menjadi tulang belakang korang? Bagi pakcik, mak pakcik merupakan tulang belakang pakcik..
Semalam tengah lepak-lepak buat keja (keja menimbun), pastu pakcik gayutla dengan mak pakcik..tup..tup mak pakcik bukak cerita yang dia gi cek haritu, doktor kata ada masalah jantung...da berumur macam da semakin tak kuat la kan..tapi cek kat hospital biasa ni biasa la, kadang jadi macam kaki pakcik, benda serius tapi buat macam tak serius...
Balik kepada cerita pakcik, mak pakcik bagitau la yang dia kata macam tu..pakcik cover lagi tapi dalam hati siapa yang tau kan..anak mana tak risau kalau mak dia macam tu kan...
Ni pon kalau free pakcik nak balik Johor la kejap, nak tengok-tengok mak pakcik, bagi dia semangat sikit bagi hepi sikit...suruh dia banyak berehat...maybe dia stress ke apa kan...
Kepada yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka baik-baik kerana cuba kira berapa tahun je lagi dia hidup dengan kita...Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah..InsyaAllah..
Insan Yang Sedang Belajar
Osman.Z
No comments:
Post a Comment