Tuesday, 10 April 2012

Prestasi murid bukan sekadar tanggungjawab guru....Part 2

Assalammualaikum w.b.t..

Tempoh hari pakcik menyokong sebahagian apa yang dikatakan oleh Dong Zong ini. Namun kali ini pakcik telah meluangkan masa membaca serba sedikit perjalanan isu ini. Pihak ekstrimis yang ultra kiasu ini telah menuntut suatu tuntutan yang dilihat mampu mengganggu gugat hubungan antara kaum di nergara ini. Biarpun apa yang dikatakan ada asasnya namun istilah ada udang di sebalik batu mampu memberikan seribu satu jawapan kepada isu ini.

Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah;

Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.

Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Kali ini cuba kita refleks kembali apa yang berlaku pada suatu masa dahulu di SJK(C) atau (T) dan SK. Dalam penulisan Tun Dr Mahathir dalam buku A Doctor in the House, Tun pernah menyatakan bahawa banyak kelebihan telah diberikan kepada Sekolah Kebangsaan berbanding SJK. Namun jika dilihat dari aspek dan perpektif yang lebih menyeluruh, langkah ini bertujuan memastikan bahawa murid bukan Melayu khususnya akan memilih untuk memasuki Sekolah Kebangsaan dan ini akan mewujudkan silang budaya yang sihat dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati dan dapat hidup bersama.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya, SJK (C) dilihat lebih cekal dalam menghadapi tekanan. Ini membuatkan mereka lebih bersatu dalm segala aspek sehinggakan pendidikan terlalu berharga.

Kita lihat senario yang sama di Sekolah Kebangsaan, pakcik tidak menyalahkan pihak sekolah namun pakcik agak berterus terang menyatakan sikap merupakan satu batu penghalang kita untuk lebih menonjol sebagai Melayu di bumi Melayu. Ya cuba luang masa di kebanyakan sekolah yang PIBG terlalu berkira dan remeh terhadap keperluan dana sekolah sendiri. Peruntukan yang sukar diperolehi. Ini adalah fakta dan bukan omongan kosong kerana pakcik pernah berbual dengan bendahari PIBG yang menyatakan permasalahan ini dalam kalangan ibu bapa.

Cuba kita lihat mengapa SJK(C) lebih dalam hal ini. Mengapa? Salah satunya kuasa ekonomi. Kita luangkan masa lihat sekeliling kita kaum mana yang lebih terarah kepada pegangan ekonomi? Dan sebagai balasan kepada khidmat masyarakat golongan ini banyak menyalurkan dana ke pendidikan mereka sendiri. Namun Melayu? Bukan semua tetapi yang segelintir ini lah yang menjejaskan sistem pendidikan anak bangsa kita sendiri.

Sekadar renungan bersama, rezeki semua datang dari Allah atas usaha masing-masing. Setiap yang disedekahkan akan dibalas dari apa yang kita tidak sangka-sangkakan. Mungkin suatu masa nanti sistem pendidikan kita lebih kearah pembentuk orang Islam sejati. Semoga Allah membuka mata hati kita terhadap permasalahan ini.

Jangan cepat melenting namun tingkatkan prestasi

Bersambung Part 2

No comments: