assalammualaikum w.b.t....
Saat pakcik menulis kali ini pakcik agak terdetik dengan penulisan salah seorang penulis kegemaran pakcik. Siapa? Prof. Muhd Kamil Ibrahim...ha pernah dengar kan..orang Besut ni, ada la simpan angan-angan nak jumpa beliau ni...
Ini pakcik sediakan link ke blog prof....http://muhdkamil.org/blog/ ...serius memang ringkas tapi signifikan...
Sebenarnya pakcik tak pernah kenal dan tahu siapa beliau sehinggalah pertama kali pakcik baca penulisan beliau iaitu buku travelog haji...sebab dalam tu beliau ada tulis sebahagian atau 10% hasil jualan buku akan disumbang ke Sekolah Tengku Mahmud..kalau pakcik masih ingat la dan tak silap la...tu yang macam pernah dengar je nama sekolah tu kan...adui rindu rasa nak baca buku ni balik...pakcik rekemen sape2 yang da pasang impian, baca lah penulisan beliau ni...
Buku lagi satu pakcik rekemenkan buku ni, Haji Muda ditulis oleh Ridzwan Bakar..kedua-dua buku ni saling berkait antara satu sama lain jugak kalau tak silap..pakcik pon x ingat dah...ha try la pinjam ke beli ke, tak rugi..serius...
Okeh sebenarnya pakcik bukan nak ceritakan kisah buku-buku di atas tapi pakcik terdetik apabila beliau kongsikan penulisan dan pengalaman beliau bertemu dengan seorang insan bernama Walid (anak muda berasal dari Somalia). Seorang bergelar prof pun masih belajar dengan orang lain..tapi kita? ada ilmu sedikit sudah mahu mendabik dada..
Tiga perkara yang prof catatkan....
1) amalkan solat sunat 12 rakaat yang dikenali sunat rawatib, 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat selepas Zuhur, 2 rakaat sebelum Asar, 2 rakaat selepas Isya' dan 2 rakaat sebelum Subuh..
2) bacalah al-ikhlas 10 kali nescaya Allah bina sebuah rumah di Syurga
3) Binalah masjid..(menyumbang kepada masjid, kegiatan masjid dan segala yang berkaitan dengan masjid)
*dipetik dari penulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim segmen Bingkisan Madinah, Majalah i Bil. 15.
Kengkadang terdetik dalam hati dan perasaan mengapa kita sering 'tergelincir' dalam kehidupan kita namun Dia masih memberi ruang dan peluang untuk kita perbetulkan apa yang kita telah lakukan. Kengkadang Dia buka ruang dan peluang kepada kita namun kita tak sedari atau kita ambil sambil lewa dan kian alpa...
Sebab Dia sayang kita Dia uji kita supaya kita akan ingat kepada Dia..Maafkan pakcik sebab pakcik agak jahil dalam bab agama tapi pakcik berharap kita duduk sejenak dan fikir mengapa kita perlu reflek dan sudah sampai saat kita perlu kembali ke titik asalan kita..InsyaAllah..mulakan dengan bertatih jika kita hanya mampu bertatih dan teruskan jangan pernah jemu...
Maafkan penulisan pakcik yang macam tak best je kan atau macam tak kena dengan tajuk je kan...Sekali lagi pakcik mintak ampun maaf andai tersalah kata dan bicara...
Insan yang sedang belajar
Osman.Z
No comments:
Post a Comment