Monday, 8 July 2013

Between Two Wings: Part 2 ( CEPERET !!! )

Alhamdulillah saat pakcik mencoretkan penulisan kisah pakcik kali ini. Pakcik telah pun berada di Sekolah Kebangsaan Bebangan. Disebalik rintik-rintik hujan membasahi bumi SK Bebangan maka pakcik nak kongsi kisah seterusnya.

Tepat pukul 10 pagi, pakcik mula check out dari hotel sambil ditemani guru besar, Mr. Louis. Dengan barang yang sarat barat kami bergerak ke Kapit Town Square sebelum menaiki van (teksi) ke jeti seterusnya. Pakcik ditinggalkan sementara oleh guru besar kerana beliau ingin membeli sedikit bekalan makanan untuk masuk ke sekolah nanti. Maka pakcik pun mula memerhati keadaan sekeliling, ianya sungguh rare. Dan azam pakcik, pakcik akan pastikan setidaknya pakcik mahir berbahasa Iban. Ia lebih memudahkan untuk komunikasi pakcik pada masa hadapan.

Setelah beberapa belas minit menunggu, maka guru besar pakcik kembali dari membeli barang makanannya. Maka kami bergerak menaiki van untuk ke jeti tersebut. Untuk makluman dari bandar kapit pakcik perlu menaiki van selama lebih kurang setengah jam dan kemudian menaiki bot panjang merentasi sungai dalam lebih kurang 10 minit sebelum bertukar menaiki pacuan empat roda melalui jalan balak selama lebih kurang tiga jam.

Pakcik difahamkan ketika laluan utama ke sekolah ialah sungai dengan menaiki bot. Ianya memakan masa separuh hari dan jikalau air surut maka perjalanan mungkin memakan masa satu hari. Bersyukur dengan kewujudan laluan balak tersebut.

Keadaan dalam van menuju ke jeti

Ok pengalaman menaiki van adalah biasa saja bagi pakcik. Dan ia merupakan nadi pengangkutan awam bagi penduduk sekitar bandar Kapit. Beberapa ketika kemudian bermulanya andrenalin pakcik memuncak. Sebab pakcik perlu menaiki bot panjang merentasi sungai tersebut. Oh ini memang rare. Pakcik kan aquaphobia.

Maka dengan kontrol hensemnya pakcik cuba menutupi kecuakkan pakcik semasa menaiki bot tersebut. Fuh. Siyes !!! Takut woa. Duduk terus rapat, tangan memegang erat tepian bot sambil beberapa ketika merasai air sungai memercik ke tangan pakcik. Jadi sepanjang perjalanan merentasi sungai tersebut pakcik cover dengan mengambil gambar dan merakam video supaya pakcik dapat mengurangkan kerisauan pakcik. Dan hasilnya dapatlah berkurang sedikit kerisauan pakcik.

Sampailah suatu ketika Express Boat ataupun warf air melewati laluan pakcik. Oh ombak terhasil dan menyebabkan bot seakan......... takut nak cerita bagi insan aquaphobia ini. hehe.

Muka cover takut. Hehe.

Duduk belakang guru besar. Dia steady jek

Pemandangan yang best walaupun hakikatnya takut


Setibanya bot yang pakcik naiki mendekati tebing sungai. Pakcik terperasan guru besar pakcik tiba-tiba sahaja membuka kasut beliau dan pakcik pon rilek je lah kan. Ok bila naik ke tebing sungai tersebut, pakcik yang berkasut jenama POWER dibeli dari kedai BATA mula memijak tebing sungai tersebut dan CEPERET!!!. Terbenam. Ha ni makan dia. Adui kelakar pulak bila pakcik pikir, kenapalah pakcik lambat tangkap apa yang guru besar nak buat masa tu.


Ha ni makan dia. CEPERET !!!

So berkaki ayam lah menaiki ke atas dan tercari-cari selipar pakcik. Kasut habis dah. Inilah pengalaman orang kata kan. Nak dijadikan cerita pakcik dan guru besar menaiki Hilux melalui jalan balak untuk menuju ke sekolah. Dan perjalanan ini mendaki dan menuruni bukit bukau. Dalam perjalanan ni pakcik tertidur walaupun kepala tidak dapat diletakkan dengan sempurna akibat jalan yang tidak rata.

Kawasan permulaan sebelum menaiki Hilux

Dari dalam Hilux

Sayup-sayup dari kejauhan.

Sayup-sayu dari kejauhan


Alhamdulillah tibalah pakcik di rumah guru yang serba lengkap. Siapa kata P3 tak best? Siyes sangat best woa. Ok sekian terima kasih. Nantikan Part 3 yang masih dalam pembikinan. 

Semoga kita dalam lingkungan rahmatNya. :-)

Sunday, 7 July 2013

Between Two Wings : Part 1 (STALL dan AQUAPHOBIA)

Alhamdulillah. Masuk hari ini sudah masuk 5 hari pakcik di bumi Sarawak. Setakat hari ini pakcik masih berada di bandar Kapit dan insyaAllah esok akan bergerak masuk ke SK Bebangan yang merupakan pedalaman P3.

Nak dijadikan cerita ini pengalaman pertama pakcik naik belon (kapal terbang). Masa tu nasib ditemani kawan sekelas pakcik, Shuk. Kalau tak mati akal la pakcik. Maklumlah orang kampung kan.  Kami berlepas dari KLIA sekitar jam 2 petang dan dijangka akan sampai di Kuching sekitar jam 4 petang. Pengalaman pertama semasa nak mendarat di Airport Kuching agak menyakitkan. Mungkin disebabkan penurunan secara mendadak menyebabkan rasa sakit dalam bahagian telinga. Woaa...Ini sungguh rare. Sakit juga telinga pakcik sampai petang hari tersebut. Tapi tak kan pakcik nak cakap "ok, ni la last aku naik kapal terbang". Mana mungkin sebab mana ada bas dari Sarawak ke Johor.

Bahan bacaan sebelum berlepas ke Sibu. Siyes pakcik nak cari semangat masa ni.

Penerbangan seterusnya ialah dari Kuching ke Sibu. Sebelum kami menaiki pesawat berkenaan, maka berjalanlah seorang pilot melewati pakcik dan beliau adalah wanita. Terus terpacul dari mulut pakcik " ush perempuan kot yang bawak ni. Boleh ke? ". Beberapa minit kemudian kami mula bergerak masuk ke dalam perut pesawat berkenaan. Nak dijadikan cerita bagi pakcik normal lah penerbangan kali ini. Sampailah satu ketika pesawat berkenaan memasuki kawasan berawan dan agak tebal. Dan pada ketika itulah pesawat tersebut seakan STALL. Woa ini lagi rare. Adui!! dah la pakcik suka tengok rancangan Aircrash Investigation. Maka faham-faham je lah kan apa yang bermain dalam pemikiran pakcik pada masa tersebut. Alhamdulillah ianya gimik saja dan agak menakutkan bagi pakcik. Ok tapi pakcik respek dengan pilot tadi, penerbangan kali ini lancar saja kecuali semasa melalui kelompok awan tadi. Fuhhh...Seriau.

Pesawat yang ditugaskan penerbangan Sibu - Kuching...Best woa..


Keesokannya kumpulan yang bersama pakcik akan mula bergerak dari Sibu ke Kapit dan perjalanannya sejauh 126 KM yang memakan masa selama tiga jam. Ok ini pengalaman baru pakcik. Nak dijadikan cerita pakcik ni sebenarnya aquaphobia. Dan pakcik agak takut dengan kawasan berair yang luas dan dalam seperti laut atau sungai. Sebelum menaiki Express Boat ke Kapit, kumpulan pakcik berkumpul di bahagian atas jeti dan menghadap ke arah sungai Rajang tersebut. Serius adrenalin pakcik dah mula meningkat. Maklumlah sungai tu lebar dan luas kot. Ditambah papan tanda jarak sejauh 126 KM.  Fobia beb fobia. dub dab dub dab je jantung pakcik ni.

126 KM ke Kapit..ohhhhhh

Jeti di bandar Sibu..Orang sini panggil wap air..


Setelah perjalanan selama hampir tiga jam maka sampailah pakcik di bandar Kapit yang memang ohsem. Lupa nak cerita sebenarnya Express Boat tersebut lebih kurang menaiki bas saja dan agak selesa. Maka kuranglah sedikit fobia pakcik tadi.

Suasana sibuk bagi mereka yang mula bergerak melalui jalan air di sekitar Kapit dan kawasan berdekatan

Pakcik bersama Ejat. Flight bersama namun beliau disekolah lain.


Dan sekarang pakcik masih berada di bandar Kapit dan menunggu guru besar sekolah pakcik ambil untuk ke Sekolah Kebangsaan Bebangan yang merupakan pedalaman P3. Makluman yang pakcik terima, kawasan sekolah tersebut ada banyak ikan. Alhamdulillah, takde lah pakcik risau nak cari sumber makanan apa nanti kan. Dapatlah pakcik nak buat ikan pekasam nanti..hehe

Sekian coretan dari pakcik. Semoga kita berada dalam lingkungan rahmatNya dan dipermudahkan perjalanan sebagai pendidik ini.