Tuesday 22 May 2012

Nak jumpa kawan ketawa ramai, nak jumpa kawan menangis ni susah...

Assalammulaikum  w.b.t....

Sumber: Facebook Lukisan Dakwah Islam


Sebelum menutup tirai semester  ni, kadang-kadang tepikior gak pakcik...lama da kan kengkawan kita da besama...Tengok-tengok chip pon da nak kawen, pudin apatah lagi....hehe...












Rasa macam semalam je kan kita semua baru masuk maktab Afzan, main lari-lari, main pili bomba, pergi Terenggung, lepak Jabatan Sains, lepak kat library, bandonggggg sa, makan-makan kat Pahang Club, kedai kek tepi sungai, ape tah lagi, naik honda petak Azam, masak dalam bilik, kua masuk ikut pintu suka hati....

Lepas tu teringat bila kita bertukar status jadi Mizanian, kenangan hari kedua kena halau dengan TP masa kat perhimpunan kes seluar...siot punya Klang menyebabkan ngan pakcik pon telibat sekali masa tu...














Dikesempatan yang singkat ini pakcik ingin memohon jari-jari yang ada memohon ampun dan maaf andai kata ada tersalah secara langsung atau tidak langsung...secara zahir mahupun batin...ampun maaf dipinta, minta kosong-kosong ye...(ada ke istilah ni?)

Tapi yang paling tokosan kat pakcik kopado yang membantu dan boyi somangat kek pakcik bermula dari keto pakcik kono hompap dek tayar trelar sehingga kaki pakcik ni patah..terima kasih pakcik ucapkan, nak boyi balasan takut tak mampu, semoga Allah membalas jasa kalian...Ada lagi hok sebelum-sebelum tuh, tak terjangkau dek akal nak tulis kek sini banyak-banyak...

Kengkorang memang da bez la....Ha semester dopan kita buwek Pertandingan Bowling Tertutup (pakcik tak kiro sumo kono masuk, tak masuk ha ponampa makan dia kang)...

Ha ini makan dia....

Ha ape pon solamat la laz paper ni ha dan merangkap solamat bercuti somugo panjang umo dan murah rezeki...Selamat berjumpo la sem dopan...

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

Sunday 13 May 2012

Ya Allah aku mohon keampunan dariMu...;(

Assalammualaikum w.b.t....





Hayati dahulu video ini....
 
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Surah Az-Zumar, ayat 53


Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Saturday 12 May 2012

kerana Dia sayang kita

Asalammualaikum w.b.t...

sedang pakcik bermuka buku tetiba seorang sahabat pakcik post sesuatu yang betul-betul menusuk jiwa ini...


"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah."

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Betul tak kita pernah macam ni..pernah dulu pakcik terbaca kalau kita nak senang bangun malam, tidur di lambung kanan dada..insyaAllah kita senang bangun...tapi pakcik teringatkan diri pakcik sendiri, ada ke pakcik cuba lawan dan bangun??

Ya Allah, ampuni dosa kami semua..kami sering alpa namun Engkau tidak sesekali melupai kami...Ampuni kami Ya Allah...

Insan yang sedang belajar

Osman.Z 

 

sudah genap 23 tahun 9 bulan

Assalammualaikum w.b.t....



Hari ni genap la usia pakcik 23 tahun dan 9 bulan..bukan apa kena kira dari fasa zigot, embrio, fetus semua tu kan....

Angka bertambah maka masa yang diberikan kita juga semakin singkat, siapa tahu mungkin sebentar lagi, malam ini, lusa dan seterusnya kita akan kembali kepadanya...sedangkan amal kita semua masih melingkup...

Pakcik terpikey, banyak lagi pakcik jahil ni...solat pon memang tak perfect, mengaji apatah lagi...semoga dikesempatan ini pakcik diberikan ruang dan peluang olehNya untuk menambah baik diri ini..insyaAllah..


Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Thursday 10 May 2012

Kisah Penjual Sulur Keladi

Assalammualaikum w.b.t....

Penulisan pakcik kali ini disebabkan suatu pengalaman pakcik beberapa tahun lepas..Agak-agak korang kenal tak sulur keladi? Kalau kenal sila angkat tangan yek, kalau x kenal maka pakcik kenalkan...


Ha amacam kenal da??




Tapi pakcik bukan nak cerita pasal sulur keladi ni, pakcik pon tak hengat pakcik pernah makan ke tak sulur keladi ini. Kisah bermula masa pakcik dan mak pakcik pergi pasar lambak (panggilan di selatan)..Bila sampai di sebuah gerai menjual sayur tu ada la seorang atuk ni jual sulur keladi dalam satu ikat besar juga la kepada penjual sayur di gerai tu..Atuk ni dalam lingkungan penghujung 60-an umurnya.. Masa ni pakcik agak tersentuh, sebab bukan apa harga yang hendak dibeli penjual sayur ni kepada pakcik tu hanya RM 2.00...Boleh bayang tak?


Dengan muka sedih atuk ni macam tak rela, bukan apa macam tak berbaloi...Sebenarnya pakcik tak duduk lama kat situ sebab pakcik terpaksa bergerak ke tempat lain..Serius sampai sekarang terngiang-ngiang peristiwa ni balik...

Kalau anda berada kat tempat pakcik pada masa tersebut, serius sampai sekarang anda akan teringat dan terbayang riak wajah atuk ni...

...tak terkata..kesian kat atuk tuh....emmm....

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Thursday 3 May 2012

kenapa saya memilih menjadi guru...

Assalammualaikum w.b.t..

Pagi tadi masa kat kelas tetiba jek pensyarah Bimbingan dan Kaunseling yang tanya ni cetuskan satu persoalan, iaitu sampaikan dari hati anda kenapa anda memilih profesion seorang guru...


Maka berawang-awangan lah pemikiran kami semua menjengah lebih 5 taun lepas...

Dan ini jawapan pakcik, suatu masa dahulu ada post pakcik mengenai siapa yang pakcik kagum iaitu pok de pakcik...yuppp..bunyi macam lawak kan..kalau pakcik pergi rumah beliau pakcik akan tumpu ke satu ruang dimana segala penghargaan yang beliau terima sepanjang jadi seorang guru..Perkara yang kedua pakcik kagumi mengenai beliau ialah mengadakan kelas tambahan secara percuma kepada anak-anak murid beliau...

Dan ini lah salah satu sebab mengapa pakcik pilih profesion seorang guru, kalau pakcik nak kaya pakcik akan terus belajar di UPM dan amik jurusan pakcik minat sehingga buka satu ladang skala besar...namun perlu diingat bahawa rezeki ada dimana-mana atas daya usaha masing-masing...Pakcik datang dari keluarga yang sederhana, struktur masyarakat yang sederhana, melalui zaman sosial yang berbeza dan pakcik amat risau jika anak bangsa pakcik ketinggalan walaupun Malaysia saat itu sudah mempunyai satu era moden yang hebat...Pakcik serba sedikit memahami keperluan anak-anak bangsa pakcik khususnya mereka yang serba kekurangan..

InsyaAllah satu masa nanti pakcik akan usaha satu Pusat Pendidikan percuma bagi semua anak-anak muda supaya mereka sedar kepentingan ilmu berbanding hanyut dalam keseronokan yang penuh tipu daya...

Harapan pakcik bagi sesiapa yang membaca post kali ini dan mempunyai hasrat yang sama, jom kita bersama-sama merealisasikan perkara ini...bukan untuk kita tetapi untuk mereka yang memerlukan..semoga Allah permudahkan perjalanan ini..InsyaAllah...

Insan yang sedang belajar
Osman. Z