Saturday 4 August 2012

Betul ni!! Kawan ketawa senang nak cari tapi kawan menangis susah nak cari...

Assalammualaikum..w.b.t

Ketemu kita lagi dan hari ni keberapa Ramadhan ye adik-adik? Ha lupa la tuh...Alhamdulillah sudah masuk separuh perjalanan kita menempuhi Ramadan al-Mubarak ini..

Sebelum pakcik nak mulakan penulisan kali ini, pakcik nak kita hayati salah satu lagu kegemaran buah hati pakcik (anak sedara pakcik la)..ha hayati lagu ni dulu yek....


Kalau suatu ketika dahulu pakcik pernah post satu penulisan tentang sahabat-sahabat pakcik...Kali ini lebih umum lagi pakcik nak kongsikan..


Alhamdulillah..kalau kita merasakan sahabat kita itu penting..Banyak perkara perlu dijaga bila bersahabat ini, yang paling penting ialah jaga mulut...Sebab mulut dan lidah ini yang paling bahaya, tidak luka di luar badan tapi dalam hati siapa yang tahu kan. Jadinya nasihat pakcik termasuk diri pakcik sendiri, jaga kata-kata kita kerana gurau senda ada juga hadnya jangan sampai melampaui batasan hadnya..

Semoga Allah mempertemukan dan memisahkan kita semata-mata keranaNya..Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk juga dari Allah atas kekurangan saya ini...InsyaAllah semoga kita ketemu lagi...

Insan yang sedang belajar

Osman.Z 

No comments: