Mengurus kewangan sambil mengumpul aset bunyi macam mudah tapi silap langkah anda yang tersepit.
Pada penulisan kali ini saya ingin menyentuh bagaimana pengurusan wang yang bijak membolehkan anda mengumpul aset. Sekiranya anda seorang pelajar di Institusi Pengajian Tinggi khususnya (anda digalakkan membaca) dan jika anda sudah bekerjaya (sila abaikan kerana topik penulisan ini hanya untuk mereka yang masih belajar).
Sebenarnya topik ini sesuai untuk lelaki, diulangi lelaki yang masih bujang dan dalam proses merisik, meminang dan menikahi seorang perempuan. Kenapa saya mengatakan lelaki ialah kerana lelaki benda yang paling penting sebelum berumah tangga perlu memiliki sedikit sebanyak aset. Tapi tidak salah kalau permpuan di luar sana berkira-kira mengumpul aset juga, sekarang zaman da berubah kan. Tak payah bergantung kepada lelaki je. Mungkin orang kata tidak perlu kot, muda lagi atau fikir mak ayah kan ada. Itu mungkin segelintir dari lelaki, tetapi bagi saya pengumpulan aset ini adalah perlu kerana anda sendiri telah menunjukkan kesediaan dan kematangan anda untuk menempuhi alam yang berikut.
Aset yang perlu ada bagi lelak ialah:
KENDERAAN (tidak kira sama ada kereta atau motosikal. Mungkin bagi sesetengah mengatakan tidak perlu tapi bagi saya perlu. Mengapa??Sebab ia adalah keperluan.
Sekiranya anda ditaja oleh keluarga sila abaikan dan sekiranya anda berdiri di atas pengurusan kewangan sendiri, teruskan membaca ye.
MOTOSIKAL
MOTOSIKAL
Saya akan menyentuh bab motosikal dahulu. Sekiranya anda ingin mengumpul aset bermula dengan memiliki motosikal, perkara utama ialah pemilihan jenis motosikal tersebut. Di pasaran terbuka terdapat pelbagai kategori motosikal sama ada superbike, motor cub, kapcai, moped dan pelbagai lagi.
Sekiranya anda anak orang yang berada tidak salah memiliki motor sama ada dari kategori superbike atau naked bike. Sebagai contoh Ninja, Ducati, BMW atau paling simple Yamaha FZ yang mungkin berharga dari RM 8000 sehingga puluhan ribu.
Bagi yang kurang berkemampuan anda boleh memiliki dari kategori kapcai atau cub. Sebagai contoh Honda EX5, Yamaha 135LC dan Juga dari keluaran Suzuki. Motor dalam kategori ini berharga sekitar RM4000 sehingga RM7000 sahaja bagi keluaran baru. Pilihlah motosikal dari segi pilihan ramai kerana alat ganti yang murah dan mudah diperolehi disamping dipercayai pengguna sebagai contoh Honda EX5 yang sudah puluhan tahun di pasaran Malaysia. Saya berani jamin motosikal ini adalah antara kategori motosikal paling lasak kerana saya telah menggunakan dan pernah banyak kali berulang alik Terengganu-Johor dan setakat ini prestasi dalam keadaan membanggakan.
Elakkan penggunaan skuter kerana kos penyelenggaraan yang agak cerewet namun kegunaannya agak sesuai bagi bakal isteri anda kerana tidak perlu memasukkan gear. Start terus jalan jek. Mudah senang dan kadangkala menyakitkan bila skuter tersebut mendatangkan masalah.
Elakkan juga pembelian motosikal dua lejang seperti RXZ atau 125Z. Ini adalah kerana sekiranya barkeluarga, motosikal ini dianggap kurang sesuai. Bayangkan nak beli barang dapur naik RXZ, susah kot tak der bakul dan kos penyelenggaraan agak cerewet berbanding kebanyakan motosikal empat lejang yang lain.
Bagi yang kurang berkemampuan anda boleh memilih untuk memiliki motosikal terpakai namun perlu diingatkan pastikan standard lagi dan mepunyai rekod penjagaan dan penyelenggaraan yang baik disamping batuan yang masih rendah. Elakkan membeli motosikal yang telah diubahsuai kerana akan menyusahkan anda kelak.
Cuba fikir sejenak, motosikal yang telah diubah suai mungkin laju boleh la jejak 160 km/j bagi Honda EX5, yang standard dalam 120 km/j tu pon cam nak meletup je. Sebenarnya meter motosikal sangat ringan dan bagi kereta kelajuan tu baru berapa je lajunye. Laju-laju nak kemana pon kan. Lagipon statistik kemalangan bagi penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia paling tinggi so fikirlah orang yang tersayang ye.
KERETA
Cuba fikir sejenak, motosikal yang telah diubah suai mungkin laju boleh la jejak 160 km/j bagi Honda EX5, yang standard dalam 120 km/j tu pon cam nak meletup je. Sebenarnya meter motosikal sangat ringan dan bagi kereta kelajuan tu baru berapa je lajunye. Laju-laju nak kemana pon kan. Lagipon statistik kemalangan bagi penunggang dan pembonceng motosikal di Malaysia paling tinggi so fikirlah orang yang tersayang ye.
KERETA
Bahagian berikutnya saya akan menyentuh bagi memiliki kereta. Bagi yang mewarisi kenderaan dari ibu bapa anda boleh mengabaikan beberapa perkara dari penulisan ini dan bagi yang masih tercari-cari kereta apakah yang sesuai dalam tempoh belajar atau berkira-kira untuk memiliki apabila memasuki alam pekerjaan kelak penulisan ini sesuai dengan anda.
Kereta diibaratkan 'haiwan lapar'. Kenapa??? sebabnya anda perlu bersedia dengan sokongan dan perancangan kewangan sebelum memilikinya. Bayangkan kos penyelenggaraan yang agak menyakitkan bagi yang masih terumbang-ambing dalam pengurusan kewangan.
Apa kereta pilihan anda? Sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek? Namun bagi penulisan kali ini saya akan menyentuh bagi kereta bagi jangka pendek
Bagi yang masih bujang kereta yang menjimatkan anda boleh memilih dari keluaran Perodua kerana terkenal dengan kesesuaian harga dan penggunaan minyak yang agak menjimatkan. Sebagai contoh anda seorang pelajar dan berkira-kira memiliki kereta pertama anda secara terpakai. Harga Perodua kancil 660 tahun 90 an adalah sekitar RM5000 dan keatas. Anda mampu memilikinya. Kereta jenis ini adalah bagi jangka masa pendek kerana apabila sudah bekerja dan bekeluarga anda boleh menukar kepada kereta yang lebih besar dan sesuai untuk keperluan anda.
Pilihan kedua ialah dari keluaran Proton. Edisi Saga atau Iswara boleh diperolehi dari harga sekitar RM5000 sehingga tidak lebih RM 10 000. Alat ganti Proton juga mudah diperolehi memandangkan ia adalah keluaran kereta negara. Elakkan Proton Tiara kerana ramai pemiliknya mengadu pelbagai masalah (pengalaman masa kerja kat pam minyak dulu).
Bagi yang menggunakan kereta keluaran lama atau luar dari kebiasaan, anda perlu menggiatkan diri dalam kelab supaya anda mampu memperolehi sedikit sebanyak ilmu dan sekiranya rosak anda boleh mendapatkan bantuan rakan dalam kelab tersebut.
Mengapa saya mengesyorkan pemilikian kereta terpakai berbanding baru bagi pelajar? Ini adalah kerana sebagai pelajar dan masih bujang kita perlu belajar sesuatu, dengan memiliki kereta pertama anda akan belajar untuk menghargai sesuatu yang dianggap penting dalam hidup. Pemilikian kereta baru tidak salah namun bersediakah kita untuk membayar bulanan dan kos penyelenggaraan sekaligus? Namun tidak bermakna kereta terpakai memudahkan anda, kerana anda harus bersedia bagi setiap kerosakan yang kemungkinan berlaku. Bahaya woa biasa la orang tua kan kena jaga lebih.hehe..parah pok cik memikirnya weh.
Dalam pemilihan kereta pertama apa yang penting ialah bagaimana anda menghargainya berbanding melaramnya. Itu lebih penting.
Dalam pemilihan kereta pertama apa yang penting ialah bagaimana anda menghargainya berbanding melaramnya. Itu lebih penting.
Harus diingat kereta adalah alat keperluan dan bukannya sesuatu yang untuk menunjuk-nunjuk. Kereta yang dijaga dengan baik dan mematuhi batuan penyelenggaraan adalah lebih baik dari laju berkilat tapi tidak dijaga dengan baik. Pilihan di tangan anda.
Bagi saya penggunaan bas bagi perjalanan jauh adalah lebih baik kerana anda tidak penat, jimat kos penyelenggaraan (sebab bukan bas anda). hehe..lagipon naik terus ngorok je la (bahasa jawa maknanya tido).
Secara keseluruhannya kukuhkn kewangan kita dahulu baru fikir bab kenderaan ni. Dalam penulisan yang sebelumi ini saya ada bercerita mengenai pecahan akaun, ha boleh la rujuk.
Ok lah tips berikutnya saya akan menulis mengenai Pengurusan Kewangan tapi belom dapat idea lagi ni.
Insan yang sedang belajar
Osman.Z
3 comments:
nice work..keep it up...
thnx for ur feedback...
betul2..org lelaki kena ada trasport..plg kurang moto hok leh jalan atas highway
Post a Comment