Tuesday, 18 October 2011

Kenapa Pakcik Gila Basikal???Sebab...

Assalammualaikum w.b.t...

"I'm always want to do more and I'm always want to do better..." 
Andy Shleck (2009)


Sumber: www.cyclingfans.com - Andy Shleck

Pernah ke tidak antara kita ingin melakukan sesuatu lain dari yang lain. Haha. Kalau ada maknanya anda dalam kumpulan manusia yang suka mencabar kemampuan diri dari tahap sebenar. Bagus kerana anda membina motivasi diri anda sendiri. Tapi ingat Ego adalah sesuatu yang amat berbeza dari motivasi ye!!!

Ya pakcik antara manusia yang gila akan benda ini. Sekarang pakcik nak kongsikan mengapa pakcik terlalu gila dalam sukan berbasikal walaupun kini pakcik terpaksa bersara awal sementara. Namun impian pakcik terhadap kegilaan menggunung itu masih tinggi. Pakcik akan tetap kejar impian pakcik walau sesukar mana pon.

Dulu masa mula-mula jejak kaki di Terengganu ni pakcik agak gemuk dengan berat badan mencecah 85 kg. Serius memang la gemuk. Bila sampai sini pakcik lihat suasana amat berbeza dan apa yang menarik perhatian pakcik ialah sukan berbasikal. Orang melihat sukan berbasikal ialah ada basikal dan kayuh sahaja. Ramai tidak tahu bahawa sukan basikal melibatkan pengetahuan Sains (kiraan nadi, denyut jantung, kadar pernafasan, makanan untuk tenaga, daya dan tujahan dan lain-lain) strategi (bagaimana untuk mengekalkan tenaga dan bila untuk bertindak) dan mewujudkan semangat berpasukan serta membina motivasi diri.

Bini Pertama pakcik, kini tinggal kenangan sebab pakcik da sedekah kat orang...


Nak dijadikan cerita pakcik bermula dengan sebuah basikal murah sekitar RM200.00, memang berat. Bermula dengan handle bar tegak sehingga ke melengkung pakcik cuba meningkatkan kemampuan basikal tersebut melebihi tahapnya sendiri. Lama juga pakcik pakai basikal tersebut dalam hampir dua tahun. Kenangan manis pakcik bersama basikal tersebut ialah mampu memberikan saingan terhadap geng-geng basikal pakcik yang lain, bayangkan dengan frame full besi + rim 26 + tayar besar pakcik dapat memberikan saingan walaupun akhirnya pakcik kalah.  Hehe. Dekat je jarak sprint lalau start tarik je dalam 400 meter.

Bini Muda yang akhirnya terkorban dan kini masih dalam hati pakcik...=(


Dua tahun kemudian pakcik mula beralih arah dengan road bike berharga RM1200.00, antara basikal paling murah antara geng-geng pakcik. Serius pakcik telah hampir kepada klimaks dalam sukan ini. Peranan pakcik dalam geng adalah domestique atau tukang tarik arau servant sebab pakcik lebih suka menarik pengayuh yang lain berbanding merebut point setiap sprint yang kami reka sendiri. Tak tau mengapa pakcik gemar akan peranan tersebut walaupun tugas menarik yang agak berat dan banyak menghabiskan tenaga. Kenangan tinggal kenangan.

Apa yang paling pakcik suka ialah bab masa tu jadual hidup pakcik berada pada tahap yang terbaik. Pakcik akan bangun dalam pukul 4.30 - 5.00 pagi setiap hari tanpa mengira cuti atau tidak. Masa tu pakcik peruntukkan untuk membuat kerja. Lepas siap solat Subuh pakcik akan bersiap (hari cuti) dan tepat pukul 7.00 -7.15 pagi pakcik akan mula berkayuh. Malam pakcik akan tidur dalam lingkungan pukul 10.00 malam. Kalau hari ada kuliah pakcik hanya berkayuh jam 5.00 petang sehingga hampir pukul 7.00 petang dan kayuhan jarak teramat dekat dilakukan. Memang terbaik dan pakcik terasa amat bahagia pada masa itu.

Langit tidak senantiasa cerah, semasa cuti penggal pakcik bawa basikal balik ke Johor. Dapat lah juga training dari rumah ke bandar Batu Pahat dan mendaki bukit Perdana, Batu Pahat. Tak de lah tinggi sangat tapi puas la juga.  Namun ada satu masalah yang timbul iaitu roadtax kereta mak pakcik da mati, pakcik yang menjaga kereta tu. Ditambah pula kerosakan dan kesan kemalangan tempoh hari. Pakcik perlukan dana pakcik sendiri sebab pakcik tak suka bergantung kepada orang lain, itu prinsip pakcik. Dan jalan penyelesaian yang agak terkilan lah juga sebab pakcik terpaksa korbankan benda yang pakcik paling sayang. 

Mak pakcik tanya pakcik ada duit ke, pakcik senyum sambil cakap ada (hakikatnya ada memang lepas kat roadtax je dan yang nak baiki memang tak lepas, balance pon nak cover semester depan). Masa tu pakcik banyak berfikir langkah terbaik dan teringat akan sebuah buku yang pakcik baca mengenai pengurusan kewangan iaitu apabila hendak mencari dana kewangan sewaktu masalah kewangan timbul langkah yang terbaik ialah kita perlu jual aset kita. Kata putus basikal tersebut telah dijual di mudah.my atas bantuan kawan pakcik. Murah juga sebab pakcik terpaksa nak jual. 

Sekarang kalau ada masih bertanya di mana basikal, mengapa pakcik berhenti mengayuh dan ini lah jawapan pakcik. Lagipun hasil jualan basikal pakcik dapat cover untuk baiki kereta dan setel roadtax motor pula.

Sekarang hampir empat bulan pakcik berhenti berkayuh dan ada yang masih bertanya. Walaupun kengkadang pakcik agak terkilan sebab pakcik terjumpa geng-geng kayuh lama, bukak facebook ada yang da masuk banyak event, ada yang menang medal peringkat tempatan dan paling sedih setiap kali pakcik duduk saja pakcik akan terfikir akan basikal pakcik. Tidak mengapalah pakcik terima ini sebagai satu pengalaman dan cabaran dalam hidup. Senyumlah kerana pengalaman guru terbaik kita kan.

Kenangan bersama Tonton Susanto Team Le Tua di Jelajah Malaysia 2009


Bagi pakcik kalau kita impikan akan sesuatu, jangan pernah mengalah untuk menggapai apa yang kita impikan itu. Tak pe kehidupan tidak akan menarik jika tiada kesusahan singgah dalam hidup kan.

Sekian sahaja luahan pakcik dalam penulisan kali ini. 

Insan yang sedang belajar

Osman.Z



No comments: