Sunday 29 April 2012

hampir ke arah seorang guru....(PART 1)

Assalammualaikum w.b.t...

tup tap tup tap...cepatnya masa berlalu, rasa macam baru dua minggu lepas je pakcik ni pergi praktikum....Haiyaaaa...seronok kot kat sekolah tu yang jadi tak rasa..serius memang seronok bila mengajar ni...kita akan letak 150% kejayaan budak atas bahu kita...lagi-lagi sekolah luar bandar, bukan apa sebab murid sekolah luar bandar ni agak terhad...sekolah sahaja harapan untuk pemindahan ilmu itu berlaku....kat rumah jarang-jarang akan berlaku...jadi cikgu-cikgu sekalian, jangan abaikan tanggungjawab anda sebab ingat di akhirat kelak kita semua akan disoal apa yang kita lakukan semasa menggalas tugas mendidik mereka.

Ingat tugas guru bukan sekadar mengajar di sekolah sahaja tapi tanam dalam diri tugas guru adalah membentuk semula masyarakat untuk menjadi ummah yang berjaya dunia akhirat..insyaAllah...

Teaching is work of heart...
Love first, then teach...
sound simple but the reality is..................

Bentuklah mereka sepenuh jiwa supaya menjadi insan berguna
Kadang-kadang pakcik tersenyum sendiri mana taknya, semua perangai bebudak ni lebih kurang pakcik masa sekolah dulu...so pakcik tak marah la sangat sebab pakcik pon macam tu dulu, pakcik paham bebudak ni kan...

Ada la satu masa tu pakcik suruh bebudak ni tulis apa yang diorang suka dan tak suka dengan pakcik..dan yang paling lawak bebudak ni kata pakcik ni baik tapi "bekeng"????huh!!!...maybe tangan pakcik ni ringan je hayun pembaris..bukan apa pakcik bukan marah tapi mengajar sambil santai...kengkadang pakcik buat stail marah ha sonyap bebudak ni takot...kadang biar je...paham bebeno perangai bebudak ni kan...

tak sabar dah taun depan pakcik akan galas semua tanggungjawab ni...harap pakcik bersedia la dengan profesion ni nanti...amin.....

Jadi cikgu ni kita mesti ada naluri ke ibu bapaan (betul ke istilah ni?), naluri seorang abang atau kakak...sebab apa??kesabaran kita akan duji melayan karenah mereka...ingat sabar dan tenang...bentuk murid secara berhemah dan bukan kekerasan...

Kelas 3 Amal yang "mencabar"
Ha pakcik paling suka kelas ni...sebab pe???nak tau???kelas ni murid nya pelbagai tahap, ada pandai, ada sederhana, ada lemah, ada pemulihan, ada rajin, ada malas dan paling penting agak aktif dan "bueh"..Poning pakcik tapi pakcik suke kelas ni walaupun murid pemulihan tak tau baca tapi masih nak ambil bahagian dalam aktiviti..tuh yang bez tuh..maknanya walaupun PnP agak slow tapi budak nak terlibat kira tercapai la memotivasikan murid...tapi kelas ni la menguji naluri seorang abang, pakcik dan merangkap seorang ayah..fuhhhhhhh...i miss all of them...kelas paling hah pening pakcik...hehe...

Jangan meletakkan murid dalam keadaan terancam, bimbing dan bantu mereka...libatkan dengan hands on supaya tercetus minds on...

Bersambung PART 2....

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

saat kita perlu kembali ke titik asalan kita

assalammualaikum w.b.t....

Saat pakcik menulis kali ini pakcik agak terdetik dengan penulisan salah seorang penulis kegemaran pakcik. Siapa? Prof. Muhd Kamil Ibrahim...ha pernah dengar kan..orang Besut ni, ada la simpan angan-angan nak jumpa beliau ni...

 Ini pakcik sediakan link ke blog prof....http://muhdkamil.org/blog/ ...serius memang ringkas tapi signifikan...

Sebenarnya pakcik tak pernah kenal dan tahu siapa beliau sehinggalah pertama kali pakcik baca penulisan beliau iaitu buku travelog haji...sebab dalam tu beliau ada tulis sebahagian atau 10% hasil jualan buku akan disumbang ke Sekolah Tengku Mahmud..kalau pakcik masih ingat la dan tak silap la...tu yang macam pernah dengar je nama sekolah tu kan...adui rindu rasa nak baca buku ni balik...pakcik rekemen sape2 yang da pasang impian, baca lah penulisan beliau ni...



Buku lagi satu pakcik rekemenkan buku ni, Haji Muda ditulis oleh Ridzwan Bakar..kedua-dua buku ni saling berkait antara satu sama lain jugak kalau tak silap..pakcik pon x ingat dah...ha try la pinjam ke beli ke, tak rugi..serius...


Okeh sebenarnya pakcik bukan nak ceritakan kisah buku-buku di atas tapi pakcik terdetik apabila beliau kongsikan penulisan dan pengalaman beliau bertemu dengan seorang insan bernama Walid (anak muda berasal dari Somalia). Seorang bergelar prof pun masih belajar dengan orang lain..tapi kita? ada ilmu sedikit sudah mahu mendabik dada..

Tiga perkara yang prof catatkan....

1) amalkan solat sunat 12 rakaat yang dikenali sunat rawatib, 4 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat selepas Zuhur, 2 rakaat sebelum Asar, 2 rakaat selepas Isya' dan 2 rakaat sebelum Subuh..

2) bacalah al-ikhlas 10 kali nescaya Allah bina sebuah rumah di Syurga

3) Binalah masjid..(menyumbang kepada masjid, kegiatan masjid dan segala yang berkaitan dengan masjid) 

*dipetik dari penulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim segmen Bingkisan Madinah, Majalah i Bil. 15.

Kengkadang terdetik dalam hati dan perasaan mengapa kita sering 'tergelincir' dalam kehidupan kita namun Dia masih memberi ruang dan peluang untuk kita perbetulkan apa yang kita telah lakukan. Kengkadang Dia buka ruang dan peluang kepada kita namun kita tak sedari atau kita ambil sambil lewa dan kian alpa...

Sebab Dia sayang kita Dia uji kita supaya kita akan ingat kepada Dia..Maafkan pakcik sebab pakcik agak jahil dalam bab agama tapi pakcik berharap kita duduk sejenak dan fikir mengapa kita perlu reflek dan sudah sampai saat kita perlu kembali ke titik asalan kita..InsyaAllah..mulakan dengan bertatih jika kita hanya mampu bertatih dan teruskan jangan pernah jemu...

Maafkan penulisan pakcik yang macam tak best je kan atau macam tak kena dengan tajuk je kan...Sekali lagi pakcik mintak ampun maaf andai tersalah kata dan bicara...

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Monday 16 April 2012

Siapa Tulang Belakang pakcik...

Assalammualaikum w.b.t...

Kali ni pakcik juz nk tulis santai-santai sahaja..korang pernah terfikir tak siapa yang korang rasa menjadi tulang belakang korang? Bagi pakcik, mak pakcik merupakan tulang belakang pakcik..

Semalam tengah lepak-lepak buat keja (keja menimbun), pastu pakcik gayutla dengan mak pakcik..tup..tup mak pakcik bukak cerita yang dia gi cek haritu, doktor kata ada masalah jantung...da berumur macam da semakin tak kuat la kan..tapi cek kat hospital biasa ni biasa la, kadang jadi macam kaki pakcik, benda serius tapi buat macam tak serius...

Balik kepada cerita pakcik, mak pakcik bagitau la yang dia kata macam tu..pakcik cover lagi tapi dalam hati siapa yang tau kan..anak mana tak risau kalau mak dia macam tu kan...

Ni pon kalau free pakcik nak balik Johor la kejap, nak tengok-tengok mak pakcik, bagi dia semangat sikit bagi hepi sikit...suruh dia banyak berehat...maybe dia stress ke apa kan...

Kepada yang masih mempunyai ibu bapa, jagalah mereka baik-baik kerana cuba kira berapa tahun je lagi dia hidup dengan kita...Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah..InsyaAllah..



Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

Tuesday 10 April 2012

Prestasi murid bukan sekadar tanggungjawab guru....Part 2

Assalammualaikum w.b.t..

Tempoh hari pakcik menyokong sebahagian apa yang dikatakan oleh Dong Zong ini. Namun kali ini pakcik telah meluangkan masa membaca serba sedikit perjalanan isu ini. Pihak ekstrimis yang ultra kiasu ini telah menuntut suatu tuntutan yang dilihat mampu mengganggu gugat hubungan antara kaum di nergara ini. Biarpun apa yang dikatakan ada asasnya namun istilah ada udang di sebalik batu mampu memberikan seribu satu jawapan kepada isu ini.

Antara tuntutan kumpulan ultra kiasu ini adalah;

Pertama, segera keluarkan guru Cina yang tidak latar belakang sekolah Cina atau mengambil mandarin dalam sijil SPM.

Kedua, sediakan kursus khas bahasa Cina kepada guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, minima tiga tahun, supaya mereka dapat menguasai ketiga-tiga bahasa ini.

Ketiga, rombak silibus latihan perguruan supaya guru bahasa Cina benar-benar layak untuk mengajar bahasa Cina.

Keempat, rombak akta pelajaran bagi memastikan sekolah vernakular dilindungi dan setaraf dengan sekolah kebangsaan.

Kali ini cuba kita refleks kembali apa yang berlaku pada suatu masa dahulu di SJK(C) atau (T) dan SK. Dalam penulisan Tun Dr Mahathir dalam buku A Doctor in the House, Tun pernah menyatakan bahawa banyak kelebihan telah diberikan kepada Sekolah Kebangsaan berbanding SJK. Namun jika dilihat dari aspek dan perpektif yang lebih menyeluruh, langkah ini bertujuan memastikan bahawa murid bukan Melayu khususnya akan memilih untuk memasuki Sekolah Kebangsaan dan ini akan mewujudkan silang budaya yang sihat dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang saling hormat menghormati dan dapat hidup bersama.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya, SJK (C) dilihat lebih cekal dalam menghadapi tekanan. Ini membuatkan mereka lebih bersatu dalm segala aspek sehinggakan pendidikan terlalu berharga.

Kita lihat senario yang sama di Sekolah Kebangsaan, pakcik tidak menyalahkan pihak sekolah namun pakcik agak berterus terang menyatakan sikap merupakan satu batu penghalang kita untuk lebih menonjol sebagai Melayu di bumi Melayu. Ya cuba luang masa di kebanyakan sekolah yang PIBG terlalu berkira dan remeh terhadap keperluan dana sekolah sendiri. Peruntukan yang sukar diperolehi. Ini adalah fakta dan bukan omongan kosong kerana pakcik pernah berbual dengan bendahari PIBG yang menyatakan permasalahan ini dalam kalangan ibu bapa.

Cuba kita lihat mengapa SJK(C) lebih dalam hal ini. Mengapa? Salah satunya kuasa ekonomi. Kita luangkan masa lihat sekeliling kita kaum mana yang lebih terarah kepada pegangan ekonomi? Dan sebagai balasan kepada khidmat masyarakat golongan ini banyak menyalurkan dana ke pendidikan mereka sendiri. Namun Melayu? Bukan semua tetapi yang segelintir ini lah yang menjejaskan sistem pendidikan anak bangsa kita sendiri.

Sekadar renungan bersama, rezeki semua datang dari Allah atas usaha masing-masing. Setiap yang disedekahkan akan dibalas dari apa yang kita tidak sangka-sangkakan. Mungkin suatu masa nanti sistem pendidikan kita lebih kearah pembentuk orang Islam sejati. Semoga Allah membuka mata hati kita terhadap permasalahan ini.

Jangan cepat melenting namun tingkatkan prestasi

Bersambung Part 2

Friday 6 April 2012

Prestasi murid bukan sekadar tanggungjawab guru....Part 1

Assalammualaikum w.b.t..

Penulisan pakcik kali ini kesinambungan dari satu isu iaitu Dong Zong ataupun Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-sekolah Cina Malaysia yang mahukan guru yang tidak fasih berbahasa Mandarin tidak berada di SJK(C). Ini berdasarkan apa yang pakcik baca semalam. Hari ini pakcik terbaca satu lagi post mengenai Dong Zong oleh seorang blogger ini.  Pandangan mereka ada asasnya namun pendekatannya mampu menggugat kestabilan hubungan antara kaum secara tidak langsung. Ini bukan isu terpencil malahan Gabungan ini perbah menolak isu pengajaran mata pelajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan telah ditolak bulat-bulat atas dasar ia akan menyebabkan SJK(C) ditutup. Waraskah? Namun kita perlu analisis dan pilih penyelesaian yang terhadap isu ini.

Dipetik dari blog tersebut

Mengapa perkara sedemikian ini berlaku? Pakcik pernah meluangkan masa bertanya kawan pakcik yang pernah belajar di SJK(C) dan kini sedang melanjutkan pelajaran di Beijing Foreigner Student (kalau tak silap ejaan) dalam jurusan Pendidikan Bahasa Cina, Apa yang dikongsikan oleh kawan pakcik ini pembelajaran di SJK(C) adalah lebih tertumpu kepada penguasaan akademik disamping tidak melupakan aspek kokurikulum. Komitmen guru dan strategi yang digunakan lebih daripada kebanyakan sekolah kebangsaan. Justeru tidak pelik prestasi mereka amat memberangsangkan.

Tak percaya cuba luangkan masa melihat anak-anak Cina yang sedang menunggu bas, atau sedang duduk makan minum. Budaya membaca adalah satu kemestian. Ya disini nampak satu perbezaan yang ketara bagi anak-anak Melayu umumnya.

Pakcik menyokong hasil penulisan blogger berkenaan terdapat sesetengah guru yang pemalas dan jumud sehingga mengganggu gugat prestasi muridnya sendiri. Ini berdasarkan pengalaman pakcik terhadap segelintir guru tersebut, sebagai contoh pengajaran Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kajian Tempatan malahan subjek Sains sendiri dipandang enteng untuk diajarkan. Hasilnya murid terhad dan bakat tidak dapat dikembangkan. Justeru bagaimana pemindahan ilmu dapat berjalan dengan sempurna?

Pernah suatu ketika pakcik terlibat dalam membantu dan membimbing murid UPSR bagi subjek Sains. Bayangkan beberapa bulan sahaja akan menghadapi UPSR namun konsep yang perlu dikuasai seawal tahun 4 tidak berjaya dikuasai. Salah siapa di sini?

Namun kita tidak berhak menjatuhkan hukuman terus kepada guru kerana pelbagai pihak perlu memainkan peranan bersama dalam menangani masalah ini. Kesilapan besar golongan ini ialah memandang sesuatu isu berdasarkan aspek yang negatif. Pernahkah mereka meluangkan masa membuka mata terhadap aspek yang lebih positif? 

Satu perkara yang pakcik agak kurang berpuas hati dengan penulisan blogger di atas ialah beliau mengatakan bahawa guru-guru berasal dari kampung dan mentaliti kampung ini menyebabkan anak murid mereka tergadai. Wahai pemilik blog tersebut, pakcik ingin menyatakan bahawa komitmen seseorang bukan ditentukan dari mana dia berasal namun atas diri individu tersebut. Pakcik berasal dari kampung dan tidak rasa kekampungan pakcik mengganggu gugat anak murid pakcik. Pakcik tidak sokong 100% apa yang anda katakan bahkan anda telah membuat satu andaian kurang bernas di situ.


Bersambung part 1

Kesukaran menyampaikan itu kekuatan...

Assalammualaikum w.b.t...

Baru-baru ni pakcik ajar topik sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui..Siyes walaupun dalam buku teks hanya satu muka sahaja tapi isi kandungannya sangat luas. 

Bayangkan kita nak ceritakan bagaimana eletrik dijana, dan pakcik mulakan dengan penceritaan mengenai "dinamo basikal". Ya mengapa "dinamo basikal"? Kerana ia merupakan penjana eletrik paling ringkas berbanding stesen janakuasa yang lain.

Ini lah dinamakan dinamo basikal


Pengajaran dan pembelajaran pakcik pada hari tersebut tidak tercapai kerana murid masih tidak nampak bagaimana nak menggerakkan janakuasa menggunakan sumber angin, air, bahan api dan sebagainya.

Ok tarik nafas dalam-dalam dan fikirkan bagaimana nak setelkan masalah ni. Tinggal tajuk ni je, lepas tuh akan masuk tajuk eletrik. Dan semestinya akan diobserve untuk kali yang terakhir dan penentu pakcik.

Ya Allah semoga Kau permudahkan urusan aku. Amin. o_O

 

Monday 2 April 2012

I have a big dream.....

Assalammualaikum w.b.t...

Hello my name is Zulhairi Osman. I'm 23 years old. This is my last year as a teacher trainee. InsyaAllah, next year I will face the reality about this profession.

Actually, I didn't want to be a teacher. It all happen one day before I take my SPM result. Yeahh...It quite unpredictable how a bad young boy choose this profession in his life.

Allah knows everything. After almost 5 and half years I love this profession deeply in my heart. Why? It is because my big dream is to see my pupils apply their knowledge in their daily life and become the person who reconstruct back the Ummah in Islam way. Is it hard? The answer is NO because you must believe in God. Then go for your dreams.

Last but not least, to those outside there or read my post. It is from me, from my humble opinion "teaching is about reconstructing the Ummah back tp the Islam way".

peace >.< my friends