Sunday 29 April 2012

hampir ke arah seorang guru....(PART 1)

Assalammualaikum w.b.t...

tup tap tup tap...cepatnya masa berlalu, rasa macam baru dua minggu lepas je pakcik ni pergi praktikum....Haiyaaaa...seronok kot kat sekolah tu yang jadi tak rasa..serius memang seronok bila mengajar ni...kita akan letak 150% kejayaan budak atas bahu kita...lagi-lagi sekolah luar bandar, bukan apa sebab murid sekolah luar bandar ni agak terhad...sekolah sahaja harapan untuk pemindahan ilmu itu berlaku....kat rumah jarang-jarang akan berlaku...jadi cikgu-cikgu sekalian, jangan abaikan tanggungjawab anda sebab ingat di akhirat kelak kita semua akan disoal apa yang kita lakukan semasa menggalas tugas mendidik mereka.

Ingat tugas guru bukan sekadar mengajar di sekolah sahaja tapi tanam dalam diri tugas guru adalah membentuk semula masyarakat untuk menjadi ummah yang berjaya dunia akhirat..insyaAllah...

Teaching is work of heart...
Love first, then teach...
sound simple but the reality is..................

Bentuklah mereka sepenuh jiwa supaya menjadi insan berguna
Kadang-kadang pakcik tersenyum sendiri mana taknya, semua perangai bebudak ni lebih kurang pakcik masa sekolah dulu...so pakcik tak marah la sangat sebab pakcik pon macam tu dulu, pakcik paham bebudak ni kan...

Ada la satu masa tu pakcik suruh bebudak ni tulis apa yang diorang suka dan tak suka dengan pakcik..dan yang paling lawak bebudak ni kata pakcik ni baik tapi "bekeng"????huh!!!...maybe tangan pakcik ni ringan je hayun pembaris..bukan apa pakcik bukan marah tapi mengajar sambil santai...kengkadang pakcik buat stail marah ha sonyap bebudak ni takot...kadang biar je...paham bebeno perangai bebudak ni kan...

tak sabar dah taun depan pakcik akan galas semua tanggungjawab ni...harap pakcik bersedia la dengan profesion ni nanti...amin.....

Jadi cikgu ni kita mesti ada naluri ke ibu bapaan (betul ke istilah ni?), naluri seorang abang atau kakak...sebab apa??kesabaran kita akan duji melayan karenah mereka...ingat sabar dan tenang...bentuk murid secara berhemah dan bukan kekerasan...

Kelas 3 Amal yang "mencabar"
Ha pakcik paling suka kelas ni...sebab pe???nak tau???kelas ni murid nya pelbagai tahap, ada pandai, ada sederhana, ada lemah, ada pemulihan, ada rajin, ada malas dan paling penting agak aktif dan "bueh"..Poning pakcik tapi pakcik suke kelas ni walaupun murid pemulihan tak tau baca tapi masih nak ambil bahagian dalam aktiviti..tuh yang bez tuh..maknanya walaupun PnP agak slow tapi budak nak terlibat kira tercapai la memotivasikan murid...tapi kelas ni la menguji naluri seorang abang, pakcik dan merangkap seorang ayah..fuhhhhhhh...i miss all of them...kelas paling hah pening pakcik...hehe...

Jangan meletakkan murid dalam keadaan terancam, bimbing dan bantu mereka...libatkan dengan hands on supaya tercetus minds on...

Bersambung PART 2....

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: