Monday 27 February 2012

kenapa pakcik masih dan terlalu berdegil

Alhamdulillah hari ini kaki pakcik telah di X ray buat kali ke lima dan pertumbuhan tulang masih berlaku namun pada tahap yang sangat perlahan. Kalau diandaikan 1/4 je da sambung dan masih 3/4 ada renggangan. 

Gambar X ray masa mula-mula kena dulu


Laz2 pakcik kena simen dengan menggunakan fiber glass kot namanye. Amek ko, 140 jugak regenya, alah duit boleh cari kan..Tak pe la, benda penting untuk diri pakcik jugak. 

Dialog pakcik dengan doktor masa kat sepital:

Pakcik: Dr boleh tak saya nak guna back slab je sebab mudah, nak mandi boleh bukak..tak gatal sangat

Dr: Da tu gane awok nak baik kalau gitu, lambat la jadinya. Ni awak kena banyak berehat. Nah saya bagi cuti awak selama sebulan. (dengan nada yang agak tegas--nasib Dr tu comel..hehe)

Pakcik: Nasib baik la pikey dalam-dalam, kalau tak aku cabut jek ri ni...(dalam hati--sambil muka senyum)

Tuppppppppp!!!!Sebulan wow....Tapi masa tu pakcik  terpikey dua perkara iaitu kalau pakcik cuti sebulan akan menyebabkan anak murid pakcik seramai 59 orang akan ketinggalan dalam menghabiskan sukatannya. Dan sekiranya pakcik masih tetap degil meneruskan seperti biasa 59 orang ini akan menyebabkan kaki pakcik yang satu ini sembuh melewati jangkaan sebenarnya.

Antara anak murid pakcik



mereka anak pesisir pantai, kalau pakcik tak mengajar. Amat sukar untuk mereka belajar sendiri...


Kalau pakcik berfikir secara jumud pakcik akan berehat dan menyebabkan 59 orang anak murid pakcik ketinggalan, dan pakcik telah mengambil kata putus pakcik akan teruskan kerana kaki pakcik hanya satu je yang sakit, pakcik masih ada sebelah lagi dan dua tongkat dan bukan 59 orang anak murid yang menyembuhkan kaki pakcik namun hanya Dia, iaitu Allah yang sembuhkan kaki pakcik.

Sebab itu pakcik degil, pakcik akan tetap ke sekolah kerana 59 orang anak murid pakcik itu lebih penting dari kaki pakcik yang satu ini. Harap maaf bagi sesiapa yang marah akan tindakan degil pakcik ini.

Kerana kita kena faham corak budaya dan sosial mereka, mereka dalam kumpulan luar bandar dan pesisir pantai. Kalau kita tak sampaikan adakah kebanyakan mereka belajar lebih semasa kita tiada dan di rumah???

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Tuesday 21 February 2012

fight until it end....

waaaarrrrrgggggggggghhhhhhhhhhhhhhhh....tensennye pakcik, nak mengajar BI, fuh...cabaran-cabaran.. ye la pakcik ni ilmu hujung kuku je, da nak siapkan satu RPH amek masa berejam-rejam...ABM lagi...

Takpela pakcik akan buat sehabis mungkin, orang kata kita takkan berjaya selagi tidak sakit atau susah...belajar dari pengalaman dan kesilapan sendiri...

Yeahhhh...come on Osman.Z, you can do it....trust yourself...hehe...saja bagi semangat..k cow cin cow....

Belajar dari kesilapan

Osman.Z

Saturday 18 February 2012

Separuh Baki Dalam Perkahwinan

Saat pakcik menulis bagi post kali ini disebabkan pakcik ada terbaca majalah i edisi feb 2012 dan kehangatan kursus pra-perkahwinan  yang akan berlangsung pada minggu hadapan.



Yep pakcik akui, kengkadang masa lepak dengan rakan-rakan sekelas pon da mula la keluar topik mengenai perkahwinan. Tidak lupa pula yang sudah mempunyai pilihan hati mula memikirkan mengenai perkara ini dengan lebih serius.

Sedang pakcik membelek helaian yang bertajuk Cinta Antara Planet pakcik terbaca satu hadith yang dikemukakan oleh penulis ini iaitu;

Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki

Dalam konteks munakahat ini setelah proses akad nikah sang lelaki dan perempuan maka segala yang berkaitan isterinya menjadi tanggungjawab suami. 

Menurut istilah hukum syarak nikah bererti suatu akad yang mengandungi kebolehan untuk melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz 'inkah' (menikahkan) atau lafaz 'tazwij' (mengahwinkan).

Bunyi seperti mudah, hanya akad nikah sudah boleh bersama namun sudah bersediakah pemimpin keluarga dalam mengharungi dan menyempurnakan separuh yang penuh berbaki dengan penuh taqwa kepada Allah Tuhan sekalian alam ini.

Bagi sang lelaki di luar sana (termasuk diri pakcik) lengkapkanlah diri kita semua dengan sebaik-baiknya dan bertaqwalah kepadaNya. Ingat walau sekecil mana yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak kita, kelak kita akan dipersoalkan akan amanah yang melengkapi separuh bakinya di akhirat kelak.

Penulisan pakcik kali ini bukan hendak menakutkan kita untuk melayari bahtera perkahwinan namun sekadar peringatan bersama untuk kita wahai kaum Adam. 

*Luangkan masa melihat sekeliling kita, adakah kita mahu masyarakat sekeliling kita bergerak ke arah kehidupan Islam atau kian hanyut dengan nikmat dunia yang penuh tipu daya ini? Kelak selamatkah isteri, anak-anak, sanak saudara kita dari fitnah dunia ini?

Tepuk dada tanya iman dan cetuskan sebuah anjakan,
Mengembalikan dimensi Islam yang kian terperosok,
Supaya Islam mekar walaupun kita sendiri serba kekurangan,
Kerana Nabi mengajar tidak ada perkataan terlewat walaupun Kiamat  berlaku esok...

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Thursday 16 February 2012

Satu Majlis Permulaan Semula:Sambutan Maulud SK Beting Lintang

Post kali ni pakcik nak kongsikan satu majlis yang baru berlangsung di sekolah pakcik praktikum ni kan. Bukan apa ni macam pertama kali kitorang diberikan tugasan untuk diuruskan. Sambutan Maulidur Rasul SK Beting Lintang. 

Macam biasa la bila maulud kita semua akan berarak beramai-ramai berselawat, pakcik masa ni bertongkat sebab kaki pakcik masih tak baik lagi. Lama lagi kot. Nak dijadikan cerita Kak Mazida suruh pakcik duduk je dekat sekolah tapi pakcik ni manusia yang DEGIL, so pakcik pon ikut berarak. Bukan apa pakcik nak sangat lead selawat tapi memang tak boleh, berjalan pakai tongkat memang amat memenatkan. Serius ni. Sampai je masjid sebelah sekolah pakcik dah macam mandi peluh dah. (ha amek tadi semangat tak nak dengar kata kan)

sebelum berarak

Tugas pakcik hari ini sekadar pengambil gambar tidak bertauliah, haha. Kamera pon pinjam budak lain kan. Tapi apa-apa pon pakcik seronok hari ini, bukan apa banyak yang kita akan pelajari pada suatu pengalaman kan.

Program memula sekali adalah gotong-royong di Masjid Beting Lintang. Ape lagi operasi kutip-kutip sampah la bebudak ni kan..hehe..

Ha kutip jangan tak kutip...

Bersama pewaris negara satu masa nanti, siapa sangka kan...

Ish bergambar je lebih tapi koje tak nak buat bebudak ni...
Tung..tang..tung..tang...selesai kutip sampah maka murid-murid pon bergerak ke dewan semula untuk makan-makan dan aktiviti yang seterusnya pulak.

It's makan-makan tyme.....

Makan-makan lagi....

Haha..pakcik belajar senyum masa bergambar

Ha da konyang pe lagi, buat lak aktiviti Khat, bercerita (baca cerita jek), dan sajak.....

Khat tahap 2

Khat tahap 1
Oleh yang demikian berakhirlah satu hari Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di sekolah yang pakcik praktikum ini..Sekadar perkongsian pengalaman yang tak seberapa ini yek..hehe

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Wednesday 15 February 2012

Satu Nilai Tiada Taranya: Sains 2

Apabila memikirkan tempoh bersama yang kian tamat tempohnya. Pakcik terkenang saat mula-mula masuk mendaftar, ketawa sama-sama, makan sama-sama, main sama-sama. Kadang-kadang bermasam muka, kadang senyum tertawa.


Kecederaan menghantui kita semua..hehe


Semua itu berputar seakan satu mesin masa yang tidak pernah hilang dalam pemikiran pakcik. Dulu kalau nak keluar semua akan sama-sama, ye lah masa tuh kenderaan ada lah benda yang paling istimewa dan sentiasa jadi satu rebutan.

Dulu benda paling pakcik tak boleh lupa ialah bagaimana Acap Klang mula-mula masuk. muke NEDD jek, dengan berbekalkan sarung tilam Hello Kitty dia kitorang serbu bilik dia. Ade ke dia boleh ingat yang kitorang ni senior. Haha..adui...lawak-lawak. Tapi dulu dia buat flying kick kat pale pakcik paling pakcik tak boleh lupa, bengkak kot. Die ni ade darah keturunan India sikit dan kaki memang keras la. Pang!!! Bengkak kot nasib tak patah hidung Jawa a.k.a ABON pakcik ni. Haha

Klang the legend

Klang dengan pasangan gay beliau, dandut..haha..gurau jek

Impian menjadi penulis novel terkubur namun menjadi aretis tercapai dengan penampilan Grassby (beto ke eja?)


Manusia yang digelar pengetua G** suatu ketika dulu, abe Chip. Haha. Adui teruk la. Chip kalo ko baca benda ni, perkataan chip tu hasil dari masa makan sama-sama dulu, kan ko tukang masak. Orang nak panggil chef tapi baik sebut chip. Maka lahirlah chip sampai sekarang. Ha ni sape-sape nak beli ke, servis ke, mintak pendapat pasal komputer ke korang bagi tahu la, pakcik rekemen chip kat korang. 

Chip Chip Hoorey!!!


Anda mahukan servis terbaik, hubungi saya Chip a.k.a Zul Paiman



Mula-mula pakcik cakap ngan dia ni mati-mati pakcik ingat dia ni Sabahan, ropenya Penanghan. ahaha..Manusia yang paling setia tunggu tiap-tiap pagi nak pergi kelas pulak ialah Alex, dia tahu da pakcik ngan abe Din kompem 7.30 tu baru tehegeh-hegeh pergi mandi. Jahil betol masa tuh. Tapi si Alex ni tetap akan tunggu sebelum gerak jalan pergi kelas. Tapi pakcik paling pelik sampai sekarang ni kan, si Alex ni masa jawap soalan periksa kalau esei dia bukan jawap pon. Dia kan conteng lukis kartun atas kertas dia tapi lulus jugak. Hadoi musykil den.

Hari-hari cekgu tidoq, jom kita main bola...

Masih lagi dalam pencarian amoi dalam hidup beliau...


Manusia yang ketiga dan agak pelik ialah Faris atau Tad. Nak tau kenapa die pelik? Sebab dulu masa dia duduk dalam bilik, pakai sweater maktab die, kipas bukak slow pas tuh tingkap tertutup. Korang bayang ar ngan panas bagai, tapi dia steady jek. Tuh yang national Geographic pernah buat dokumentari pasal tad ni manusia berdarah sejuk yang bernafas melalui kulit. Haha. Lagi satu pasal dia ni dengar citer dari pihak ketiga, masa tad kuar lahir dia kuar skali ngan laptop. Tu yang motto hidup dia 'computer is personal again and again' Gurau je tad. Haha

Hobi baca mesej orang mamat sekor ni, tu fon aku tuh!!

manusia yang pelik

Sengih tak perlu kata apa-apa...


Manusia seterusnya ialah Pudin. Ha ni la bekas rumet pertama pakcik masa kat maktab la. Psst..Psst..ha dia ni pon pelik jugak, pakcik tak tau la ngape. Tak caye korang kol die pas tu ajak dia gi pasar malam, kompem beli macam nak kenduri arwah woa makanan die tuh..Haha..Tangan penuh kot dengan makanan, hadoi. Tapi market ar dia masa tuh, korang tengok la dia skang ngan sape. Haha.. Lagi satu hal pasal dia ni ialah dia memang suka dengar ceramah masa dia sedar, diulangi masa dia SEDAR pas tu dia tido dan pakcik la yang mendengarnya. Huishhhhh...

Siapakah yang dihati beliau, jawapan yang betol akan dapat hadiah berupa penginapan bayor sendiri di pemula hotel

Ingat cekgu tak boleh tebar roti ke??

Seterusnya, kembar siam yang melekat kat dahi masa lahir iaitu Azam dan Mat Suk. Ha dua-dua ni macam belangkas korang nak tau. Kitorang pernah nak pisahkan diorang masa dulu, tapi dengar cerita meracau-racau tak tentu hala. Haha.. Ha tu yang sampai sekarang masih bersama, rumet dan pektikum bersama. Respek la kat korang ni. Haha.

lagi

lagi!!!

dan lagi!!!!!!

Manusia terakhir ialah acap atau Jhan. Manusia ni memang pelik, dia paling lemah bab satu benda ni kadang orang kata ulat bulu dah naik daun..Haha..paham-paham la kan. Tap bagusnye mamat sekor ni, bab menggoreng ha bukan menggoreng ikan tapi bab pasal cakap-cakap ni. Walaupon kadang pakcik nak kata ye ye je, tapi ye kan je la. haha..*amek hati

Masa masih cergas dan cerdas, namun sekarang tidak bernilai..haha

Masa masih kurus dan tajam, namun sekarang...haha

Ape-ape pon kenangan dengan korang memang terbaik sepanjang zaman. Ha kang da kawen tu roger-roger la kan, jangan duk senyap je kang...Penulisan pakcik ni sekadar mengenang kisah lalu ye kengkawan jangan marah..hehe

Insan yang sedang belajar

Osman.Z 

Thursday 9 February 2012

Kisah anak muridku: Haikal

Assalammualaikum...lama da pakcik tak jengok belog pakcik ni kan, sibuk la memanjang sampai kengkadang tak da masa pulak...herm..kali ni pakcik nak kongsi pengalaman pakcik semasa praktikum minggu kedua ni..iye la kan pakcik punya belog ni bebas so pakcik nak mengomel ape ke, suke ati pakcik la kan..hehe

Kali ini pakcik tertarik dengan kesungguhan seorang anak murid pakcik bernama Haikal. Beliau merupakan murid tahun 3 dan juga tergolong dalam kelompok murid pemulihan. Namu bagi pakcik Haikal mempunyai satu semangat iaitu cintakan ilmu.

Mengapa? Walaupun Haikal ni lemah dalam membaca dan menulis namun setiap kali pakcik bagi tugasan, Haikal merupakan murid yang paling bersemangat dan sering kali akan bertanya kepada pakcik. 

Walaupun tahap keupayaan Haikal yang lemah berbanding murid lain namun semangat Haikal menandingi murid lain. Haikal akan sentiasa bertanya dan melakukan tugasan dengan penuh tekun.

Kisah Haikal ini jika dibandingkan dengan murid yang lebih 'advance' ibarat dua orang atlit yang mana seorang normal dan seorang lagi paranormal. Jika diuji keupayaan kedua-duanya mempunyai keputusan yang sama, maka siapa lebih hebat?

Pakcik cuma nak katakan "Haikal selamat berjaya, selagi matahari belum terbit dari barat, jangan pernah mengeluh mengejar ilmu"

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Wednesday 1 February 2012

Nukilan Hati Kecil Pakcik : Separuh Nafas Yang Kian Luntur

Pakcik dalam belog ni banyak cuba memotivasikan korang yang membacanya, namun kali ni pakcik yang gagal melawan tekanan.. pakcik down bukan disebabkan kaki patah ini 100% tapi disebabkan kesukaran pakcik melakukan pergerakan secara normal..

Selepas di X ray buat kali ketiganya, tulang fibula pakcik menunjukkan penyambungan yang minima walaupun seakan tiada perubahan..namun menunjukkan satu perkembangan yang positif..namun pakcik masih tak mampu berjalan...

Apa yang membuatkan pakcik agak down ialah pergerakan pakcik agak terbatas dan menyebabkan pakcik gagal memenuhi keperluan sebagai seorang guru di sekolah..

Pakcik baru hilang sementara satu nikmat iaitu berjalan namun pakcik merasakan agak terbeban..Bayangkan mereka yang mengalami dugaan yang lebih hebat dari pakcik..bayangkan ye...lemah dan rendahnya diri pakcik ini...

Ya Allah ampuni dosaku selama ini, jadikan aku sentiasa bersyukur dan tabah dalam mengahadapi dugaanMu ini..

Apa yang pakcik perlu ialah kembalikan semangat pakcik selama ini..Terbaca pula dari sebuah majalah ini yang berbunyi......"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; Allah benci kepada orang yang patah semangatnya tetapi syaitan sukakannya"....

Kepada rakan sepraktikum pakcik, ampun maaf dipinta andai pakcik membebankan korang semua....

Tulus dari hati kecil pakcik

Osman.Z