Thursday 16 February 2012

Satu Majlis Permulaan Semula:Sambutan Maulud SK Beting Lintang

Post kali ni pakcik nak kongsikan satu majlis yang baru berlangsung di sekolah pakcik praktikum ni kan. Bukan apa ni macam pertama kali kitorang diberikan tugasan untuk diuruskan. Sambutan Maulidur Rasul SK Beting Lintang. 

Macam biasa la bila maulud kita semua akan berarak beramai-ramai berselawat, pakcik masa ni bertongkat sebab kaki pakcik masih tak baik lagi. Lama lagi kot. Nak dijadikan cerita Kak Mazida suruh pakcik duduk je dekat sekolah tapi pakcik ni manusia yang DEGIL, so pakcik pon ikut berarak. Bukan apa pakcik nak sangat lead selawat tapi memang tak boleh, berjalan pakai tongkat memang amat memenatkan. Serius ni. Sampai je masjid sebelah sekolah pakcik dah macam mandi peluh dah. (ha amek tadi semangat tak nak dengar kata kan)

sebelum berarak

Tugas pakcik hari ini sekadar pengambil gambar tidak bertauliah, haha. Kamera pon pinjam budak lain kan. Tapi apa-apa pon pakcik seronok hari ini, bukan apa banyak yang kita akan pelajari pada suatu pengalaman kan.

Program memula sekali adalah gotong-royong di Masjid Beting Lintang. Ape lagi operasi kutip-kutip sampah la bebudak ni kan..hehe..

Ha kutip jangan tak kutip...

Bersama pewaris negara satu masa nanti, siapa sangka kan...

Ish bergambar je lebih tapi koje tak nak buat bebudak ni...
Tung..tang..tung..tang...selesai kutip sampah maka murid-murid pon bergerak ke dewan semula untuk makan-makan dan aktiviti yang seterusnya pulak.

It's makan-makan tyme.....

Makan-makan lagi....

Haha..pakcik belajar senyum masa bergambar

Ha da konyang pe lagi, buat lak aktiviti Khat, bercerita (baca cerita jek), dan sajak.....

Khat tahap 2

Khat tahap 1
Oleh yang demikian berakhirlah satu hari Sambutan Maulidur Rasul yang berlangsung di sekolah yang pakcik praktikum ini..Sekadar perkongsian pengalaman yang tak seberapa ini yek..hehe

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: