Tuesday 27 March 2012

Saya sayang anak murid saya

Assalammualaikum w.b.t

Sesungguhnya Dialah yang menciptakan (sekalian mahluk) pada mulanya dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati)
Dan Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Pengasih
Tuhan yang mempunya 'Arasy yang tinggi kemulianNya
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehenndakiNya

Surah al_Buruuj : ayat 13 - 16



Secara terus terang pakcik masih dibelenggu kerisauan akan nasib kaki pakcik ini. Untuk pengetahuan pakcik telah dirujuk ke HUSM pada 2 April 2012 ini. Besar kemungkinan setelah pemeriksaan atau memasukkan besi ke, pakcik akan terpaksa bercuti panjang. Apa yang merisaukan pakcik ialah pengajaran dan pembelajaran pakcik akan terganggu..

Pakcik lebih risau akan nasib anak murid pakcik berbanding diri pakcik. Ya Allah sesungguhnya aku redha dan bersyukur atas apa yang terjadi kepada diriku. Namun kerisauan aku terhadap anak murid aku lebih besar dari kerisauan kaki aku ini. Semoga engkau permudahkan urusan aku.

Doakan pakcik dapat melalui semua ini dengan penuh syukur dan sabar. InsyaAllah

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Monday 26 March 2012

Kaki tak sambung sangat....

Assalammualaikum..

Saat post pakcik kali ini, pakcik baru saja x ray kaki pakcik buat kali yang keenam...perkembangannya?

Herm..agak menyedihkan...doktor tu cakap , sepatutnya tulang pakcik da tunjukkan perkembangan positif namun disebabkan pakcik terlalu banyak bergerak semasa praktikum dan jatuh di dalam kebun tempoh hari menyebabkan tulang pakcik mungkin tidak dapat tumbuh dengan baiknya.
 herm.. Tak pe la..Allah lebih mengetahui lebih dari apa yang kita ketahui..

Pakcik cuma mampu menjaga diri pakcik dan berharap selebihnya Dia uruskan untuk pakcik.

Pakcik agak down mungkin disebabkan tekanan kerja dan mungkin disebabkan pergerakan pakcik. Tak pe la. Moga baik-baik saja kan..hehe

Sekian saja dari pakcik sebab koje banyak tak boleh lama-lama sangat nak mengomel ni kan. Orite selamat bekerja semua...

Saturday 24 March 2012

Tips bila kepala hotak sudah sumbat

Assalammualaikum w.b.t....

Hadoi jem sungguh, mana taknye pakcik da la serabut dengan keja yang da mula menimbun-nimbun...masa ni la hotak ini ibarat tak nak bekerja secara normal...Penat, letih....

Pakcik seteresssssss!!!!!


Tapi pakcik nak kongsikan tips-tips bila kepala hotak kita da jem ni (walaupun kadang pakcik tak buat):

1. Tengok laptop, jangan bukak...sampai la korang rasa korang tensen, mengantok dan boring....

2. Susun selipar rumet, bilik sebelah dan sebelahnya..kemudian ajak diorang main tuju selipar.

3. Makan kuaci...mitos mengatakan apabila korang makan kuaci maka korang melatih hotak korang untuk lebih fokus..cube la..

4. Berbual dengan haiwan peliharaan..Ingat haiwan peliharaan bukan mahluk peliharaan seperti saka ke toyol tau.

5.Makan dan minum secara tidak terkawal.. Bila perut kenyang maka badan pon mengantuk...kemudian korang akan lelap untuk menghilangkan kesumbatan.

6. Tenung muka rumet korang yang sedang tido sambil makan popcorn dan air pepsi..macam korang tengok wayang, bila rumet korang bangun terus jerit macam raikan hari jadi dia...

7. Agak-agak ada peti ais tak kat rumah korang? Ha cuba tengok lampu peti ais tu tertutup tak bila korang tutup pintu..ha try la....

Ha sekian dari pakcik...pakcik sumbat da ni, tak boleh nak taip lagi...haha....

selamat mencuba ye....

Tuesday 6 March 2012

Allah menjemputnya kembali

Assalammualaikum...

Post pakcik kali ini tercetus apabila pakcik sedang melayari laman muka buku, tetiba sahabat dari IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan post satu berita dimana sahabat beliau dari IPG Kampus Islam Bangi telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan...

Pakcik pon tidak mengenali siapa beliau tetapi pakcik berdoa agar beliau diletakkan dalam golongan di sisi Allah...

Bayangkan usia beliau baru 22 sebab lahir pada tahun 1990. Ajal, maut, rezeki, jodoh semua di dalam rahsiaNya. Siapa sangka usia sebegitu muda Allah telah menjemputnya kembali. Alhamdulillah pakcik difahamkan beliau merupakan pelajar Sem 7 PAI. Semoga pembaca memahami maksud pakcik.

Al-fatihah....semoga Allah menampuni dosamu wahai sahabat....

Sunday 4 March 2012

KISAH IBLIS TERPAKSA BERTEMU RASULULLAH S.A.W

Dari Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas:

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:
"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan membutuhkanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemauanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara' (Loyal)"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas."

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

Iblis Dibantu oleh 70000 anak - anaknya

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?

10 Permintaan Iblis kepada Allah SWT

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan.

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong.


*Sumber: Facebook seorang hamba Allah

 

Saturday 3 March 2012

AR oh AR!!!

Hadoi sekarang ni dah masuk minggu enam pakcik praktikal, tapi idea ni masih di takuk lama nak buat AR...


Susah ke??????




Ha atas ni abstrak pakcik cilok kat IPGKDA, bukan ape pakcik nak cari something yang boleh kukuhkan hujah dan fakta pakcik nak buat AR ni...Herm...sebenarnya AR pakcik berkait dengan pembolehubah bagi kertas Sains bahagian B dan berkaitan eksperimen..Semuanya tercetus apabila satu hari ni pakcik terbaca satu perbandingan antara SJKC dan SK..Tu yang tergerak nak buat, tapi siyes agak sukar la jugak...Takpe harap ada masa nak cari lagi input-input yang berguna...

Semoga masa tidak terlalu kejam dengan pakcik....

Insan Yang Sedang Belajar

Osman,Z

Friday 2 March 2012

Awak J-Qaf ke???

Assalammualaikum w.b.t...

Semalam sekolah yang pakcik praktikal ni jadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita, dan Nasyid sekolah-sekolah Zon Kota Putera tahun 2012. Nak dijadikan ceritanya, pakcik ni jadi penjaga masa je la bagi pertandingan Tilawah.

Korang nak tau buat pertama kalinya guru-guru tidak merasakan pakcik ni praktikal PISMP sebaliknya J-Qaf..Hehe..ada muka ustad ke? Hadoi...

Tapi agak seronok la berborak dengan hakim sebelah pakcik ni. Ha ye la dia ada tanya dulu pakcik belajar kat Mesir ke? Hushhhh...jauhnye la hai..dapat blaja kat Indonesia pon belom tentu kak. Pernah la pakcik ada hasrat nak studi sampai oversea dulu, tapi dulu pakcik ni agak tak pandang masa depan..asyik huhahuha jek, ha sekarang baru terkilan. Takpe lah rezeki kan masing-masing...

Bawah ni sedikit sebanyak gambar semasa MTQ ni ha...

Peserta Nasyid

Ulfa peserta Tilawah

Mustaqim peserta Tilawah


Cekgu Azri with Mustaqim

Cekgu Hafizul with Manja (power men gendang kot namanya)

Pakcik diapit oleh Mimi (bercerita) dan Manja

Kocik-kocik kamera da mahal da, pakcik pon pinjam orang punyer ni

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z