Assalammualaikum w.b.t...
Tengah pakcik duk mengelamun tepi tingkap ni terpandang la pakcik akan sebatang pokok kelapa kat tepi bilik ni. Herm. Sambil meneguk air teh perisa strawberi pemberian rumet pakcik ni pas tu tercetus pula idea nak tulis mengenai pokok kelapa. Ha apa korang nak heran, da blog pakcik kan ikut suka pakcik la kan. Hehe.
Kenapa orang kan suka bergambar dengan pokok bunga berbanding bergambar dengan pokok kelapa? Mungkin salah satu sebab pokok bunga kan cantik tapi pokok kelapa mana la cantik kang silap-silap tengah syok bergambar ha kelekung kepala kena hempap buah kelapa.
Sekarang pakcik nak cerita tentang kenapa orang suka pokok bunga kan. Pokok bunga cantik, berwarna warni dan silap-silap wangi je siap ada bau. Tapi tahukah kita bahawa kebanyakan pokok bunga bersifat bermusim, cantik hanya sekejap je dan tak banyak kelebihan selain menyerikan suasana sahaja.
Sekarang kita bandingkan pokok kelapa. Kalau masa zaman sekolah rendah dulu mesti kita semua pernah buat karangan tentang pokok kelapa. Ha amek kau, 1001 kegunaan keluar dalam karangan tu. Betul tak? Bermula dari pucuk hingga lah ke kawasan akar kelapa berguna. Aik kenapa kawasan akar pon berguna. Ok macam ni bila dah tebang pokok kelapa tu kan, tinggal yang tersembul keluar iaitu akar. Ok korang bakar yang tersembul tu, maka yang akan terhasil perun (bahasa jawa) iaitu kawasan tanah yang terbakar dan amat sesuai untuk tanaman.
Nampak dua perbezaan di mana satu yang orang suka tapi sedikit sahaja kelebihan namun lagi satu jarang untuk diambil kisah namun 1001 kelebihan.
Sekarang kita adaptasi kisah pokok bunga dan pokok kelapa ke dalam kehidupan seharian kita. Manusia jenis apa yang kita hendak jadi?
Pertama luar memang smart la sesangat tapi dalam kosong atau luar simple je tapi dalam padat dengan sumbangan? Bak pepatah rambut sama hitam hati lain-lain kan. Ada kena mengena ke? Hehe. Hentam je lah pakciknya pepatah ni.
Hiduplah seperti pokok kelapa yang senantiasa menyumbang sesuatu walaupun melibatkan kepentingan diri. Susah tetapi tidak mengapalah kita berubah secara perlahan-lahan untuk menjadi manusia seperti ini kan.
Kita perlu jadi sebagai manusia yang tidak pernah berkira untuk memberikan, melahirkan, menzahirkan, dan sebagainya untuk manusia atau keutamaan lain. Kumpulan manusia seperti ini tidak mengharapkan balasan daripada manusia namun apa yang diharapkan ialah keredhaan dan kasih sayang Pencipta sekalian alam insyaAllah.
Sekian sahaja penulisan tidak seberapa pakcik ini. Maaf andai ada salah silap.
Insan yang sedang belajar
Osman.Z
No comments:
Post a Comment