Thursday 31 October 2013

Kisah seluar pendek dan brader berjubah

Tiba - tiba pakcik rasa nak menulis sebuah kisah benar (mungkin ditokok tambah untuk menambahkan dramatis cerita ini).

Sebenarnya dahulu semasa zaman jahiliah pakcik, pakcik suka sangat memakai seluar pendek ala-ala nak main bola tu. Ish apa peliknya kan. Bukan. Macam ni, pakcik suka sangat kalau keluar pergi town pakai seluar pendek.

Ek eleh, biasalah lelaki pakai seluar pendek kan. Apa salahnya.

Ok itu yang selalu bermain di minda pakcik pada masa itu. Pakcik berasa setakat pakai seluar pendek bukan apa sangat pun. Bukan buat maksiat pun kan.

Suatu hari pakcik seperti biasa berkostum (seluar pendek) berkehendakkan untuk ke town. Macam biasa zaman tu masih pakai wave 100 kaler biru. Pakcik pun start la motor dan memulakan perjalanan ke town.

Setibanya pakcik untuk memparkir motor pakcik di tepi hentian bas Batu Pahat. Seperti biasa lah kan, mula-mula lock handle, double stand kemudian kasi mangga spoket belakang. Ha kalau tak buat semua ni, silap-silap malaun curi motor dengan selamba je guna master key diorang sakau motor kapcai pakcik ni.

Setelah merapikan rambut (pakai helmet rambut konfem macam ribut) pakcik pun berlalu pergi. Selang beberapa langkah suatu suara menyergah telinga pakcik.

Brader berjubah: Assalammualaikum.....

Pakcik: Pusing dan krik..krik...krik...(pakcik macam terpaku dengan salam tersebut). Pakcik terpandang sesusuk tubuh seorang remaja lebih kurang usia pakcik, berjubah dan berdiri berhampiran motor pakcik.

Sambil termangu - mangu pakcik menjawab salam tersebut.

Brader berjubah: Bang ni kunci motor abang tertinggal dekat motor.

Pakcik: Eh..ye ke...terima kasih...(sambil mengambil kunci yang tergantung di motor)

Brader berjubah: Hati -hati bang. Assalammualaikum....

Pakcik: errr...Waalaikumussalam....

Sambil pakcik termangu melihat brader berjubah tadi berlalu pergi, pakcik macam blur.

Kisah ini bukan nak kongsikan cerita kunci motor pakcik yang tertinggal tadi, cuma pada masa tersebut pakcik macam tersedar dengan pemakaian pakcik. Berbanding brader tadi. Pemikiran kolot pakcik diselitkan gaya pemakaian sakai membuatkan ada satu jurang antara pakcik dengan brader tadi.


Iye lah orang kata don't judge a book by its cover.. Tapi dalam situasi ini pakcik cuma berasa disedarkan olehNya. Bukan nak suruh kita keluar town ke main boling siap berjubah. Cumanya tutuplah aurat itu. Itu yang paling penting.

Lagi satu mudahnya kalau tutup aurat ni, mana tahu dah masuk waktu solat dan di depan kita ada masjid. Kan senang terus ambil air sembahyang lepas tu solat berjemaah.

Kesimpulannya, berpakaian sebagaimana kita sebenarnya perlu berpakaian. Kalau kurang selesa pakai seluar panjang, seluar tiga suku kan ada. Janji tutup aurat.

# Pakcik bukan ustad. Cuma ada sedikit kisah nak dikongsikan. Baru cuba keluar lubang kejahilan, lumpur pun masih terlekat di badan. Assalammualaikum. Jagalah auratmu, ia begitu berharga ^____^

Sunday 29 September 2013

Between Two Wings : Part 6 (Ikan oh Ikan Pekasam)

Setelah beberapa pakcik berguru dengan AFC (Asian Food Channel) dan TLC. Ha omputih kau gituuuu. Haha.  Maka dengan yakinnya darah seorang chef telah mengalir dalam diri pakcik. Amacam epik tak intro cerita pakcik kali ini. 

Ye lah kalau tiap kali tulis, cerita pasal pengalaman nak jadi cekgu. Mesti korang meluatkan. So pakcik cuba ubah angin sikit. Kali ini kita stori tentang ikan pekasam.

Ok kalau dulu masa zaman pakcik muda-mudi kat maktab. Pakcik pernah buat ikan kembung masin (kering) dan lepas tu pakcik cuba buat satu resipi yang agak meletoplah bagi pakcik.  Ikan Kembung Masin Masak Pedas Masam-Masam Manis.


Ok untuk kelainan kali ini, pakcik cuba buat ikan pekasam (cubaan pertama ni tau)

Bahan-Bahan:

1. Mestilah ada ikan dan sebaiknya ikan air tawar. (pakcik pernah dengar orang buat pekasam guna ikan gelama rasanya)

2. Garam

3. Asam keping

4. Beras (disangai dan ditumbuk halus)

5. Bekas yang siuman

Prosedur:

1. Ok langkah pertama pastikan ada ikan (tak kan nak guna ayam kan). Jangan lupa baca bismillah dan mulakan dengan membersihkan ikan tersebut.

Ha ini dia. Young Semah (kelah). Sekilo RM 15.00 je

2. Kemudian gaulkan bersama garam dan letakkan beberapa keping asam keping. Masukkan kedalam bekas dan simpan di dalam peti ais. Biarkan beberapa hari. Sabar dan tenang ok.

3. Setelah beberapa hari berada dalam keadaan sejuk, maka keluarkan ikan tersebut untuk proses yang berikutnya.

4. Sediakan beras (ikut berapa banyak korang suka). Kalau pakcik suka kalau beras banyak, nanti bila goreng. Kerangupan beras tu yang best woa.

Sebelum

dan selepas

5. Ok setelah berpeluh-peluh menyangai (ceh macam susah sangat). Maka kita keluarkannya dan masukkan ke dalam lesung batu. Pakcik guna lesung batu ni sebab nampak seronok sikit (jangan tumbuk kalau ada masalah dengan awek ke pakwe ke, takut kuat sangat sampai terabur semua beras tu nanti. Korang lenyek-lenyek dengan penuh kasih sayang)

Ok lenyekkan dengan penuh kasih sayang.

Jangan sampai terlalu halus, takut tekstur beras itu hilang
6. Setelah selesai dilenyek sehingga tidak terlalu halus. Maka korang bolehlah menggaulkannya bersama ikan korang tu.

Ok ni tangan pakcik, bukan cilok punya gambar. Hehe

7.Setelah itu kita simpan didalam bekas yang agak siuman. Dan simpan di dalam peti ais untuk hasil tahan lebih lama. Sekian.

Ok simpan dalam bekas macam ini.

Ok sekian sahaja perkongsian pakcik kali ini. Selamat mencuba. ^_^

* Rasa tak tau lagi macam mana. Rupa ada, harap rasa tak macam kaki la kan. Sekian.

Thursday 19 September 2013

Between Two Wings : Part 5 (Ini Kisah Saya)




Dan disebabkan kelapangan masa (cewah macam lapang sangat kan). Maka pakcik cuba mengkompilasikan video pakcik. Secebis pengalaman pakcik berada di SK Sungai Bebangan, Kapit, Sarawak. 

Ini adalah kisah tidak seberapa pakcik berbanding pedalaman lain.

Selamat menonton. :)

 

Thursday 5 September 2013

Part 4.2 : Buruj

" cikgu tu buruj pari kan yang bentuknya macam lelayang " tanya Saran dan Ladun dengan penuh minat.

" kalau kita nak lihat buruj Pari, kita kena lihat di hemisfera Selatan " jawab pakcik sambil buat muka kontrol hensem tatkala masih sukar untuk mengenalpasti dimana kedudukan buruj tersebut. Tatkala ini bulan September dan pakcik juga konfius kerana sepatutnya.... Ok kena sambung studi balik ni.

Namun pakcik tersenyum dalam hati. Alhamdulillah. Budak-budak ni sudah tercetus minat dan sifat ingin tahu terhadap apa yang mereka belajar. 


---------------- 13 tahun yang lalu ------------------

Pakcik juga melalui fasa yang sama tatkala kegilaan pakcik untuk menjadi ahli kaji bintang suatu ketika dahulu. Saat itu pakcik sanggup membina sebuah bilik pencerapan di rumah nenek pakcik. Mesti korang gelak kan? haha.

Maka hampir setiap malam pakcik melakukan pencerapan di langit. Duk buka buku, lepas tu tengok langit. Mana tahu akan ketemu penemuan baru dalam proses pencerapan pakcik tu kan. Oh sungguh indah pengalaman 13 tahun lalu pakcik.

 -------------------- 15 tahun akan datang --------------------

Anak didik SK Sungai Bebangan. Semoga kamu menjadi yang terbaik apa yang kamu mahukan pada masa akan datang. Saya sekadar picisan pemudah cara dan selebihnya adalah kamu. 

You're what you're tomorrow. 

Pakcik jenis malas nak menulis guna kapur. So laptop zaman Jepun ni la, ala-ala LCD.
 

Tuesday 3 September 2013

Between Two Wings : Part 4. 1 ( Gulung - Gulung )

Sekadar hiasan


" Zul dulu kamu ada minta posting di Sarawak ke?" tanya cikgu Alang sambil beliau duduk melepak di tangga di hadapan rumahnya. (rumah kami bersebelahan saja)

" Dulu masa zaman belajar ada lah niat nak ke Sarawak cikgu, masa tu rasa nak ambil pengalaman di tempat orang kan. Tapi disebabkan saya sorang saja anak laki dalam keluarga, ayah pun dah takda. Tu yang minta Pahang sebab nak jaga mak. Bila keluar result dapat kat Sarawak  tu tak terbayang akan ke Kapit sebenarnya. Takpe muda-muda ni yang kena pergi tempat orang dulu. Ambil pengalaman ni " jawab pakcik sambil mengikat tali kasut dengan muka yang berkobar-kobar nak turun bersukan.

Maklumlah cikgu-cikgu kat sini dah mula aktiviti sepak takraw. Ha pakcik ni "lubuk" je bagi diorang. Setakat nak "gulung" ke takde hal lah, tapi gulung net je lah...haha...Kalau point pasukan lawan tu lebih maknanya silap pakcik la. Haha.

Mungkin turun berat pakcik sekitar 0.01 gram. Sape tahu kan.



------------------------------- malam menjelma ----------------------------



Pakcik takde idea. Maka pakcik nak tido. Terima kasih sudi singgah blog pakcik. Haha.







Wednesday 28 August 2013

Between Two Wings : Part 3.1 ( LUrV3)

aha...assalammualaikum....pakcik is back!!! Terima kasih pakcik ucapkan kepada korang yang tegar sudi singgah belog berhabuk pakcik. Bukan sekadar gila basikal malahan ia penuh dengan penciritan. Ok sori pencoretan pakcik. Hoho

Kenapa pakcik pilih Part 3.1 (LUrV3) ? Ha kalau korang dah baca part 2 korang akan tahu kenapa. Sebab pakcik kata pakcik nak buat part 3, tapi apakan daya. Hajat pakcik tidak kesampaian. Macam pakcik dah cong korang saja kan? Maaf-maaf. :) Maka pakcik skip untuk jadikan part 3.1. Kalau pakcik terus mula part 4.0 mesti korang kata pakcik tipu la, tak jujur la, hensem la, apa la kan. Haha. Maaf-maaf.

Ok nak dijadikan stori, Alhamdulillah sudah melangkaui sebulan lebih pakcik berada di bumi Kapit ni dan lebih spesifiknya di bumi Sungai Bebangan. Nak menangis rasa pakcik. Huhu.

Selamat Datai ke SK Sg Bebangan


Tapi dalam kegembiraan ini terselit kesedihan PK1 yang sangat berdedikasi Cikgu Kuji telah bertukar sekolah ke sekolah lain. Sebenarnya Cikgu Kuji ini antara yang memberi kata-kata semangat kepada pakcik masa mula-mula pakcik sampai di sini dan ada ayat beliau masih terngiang dalam sanubari pakcik sehingga saat ini. Semoga kamu sentiasa sukses dimana jua kamu berada !

Gambar kenang-kenangan bersama Cikgu Kuji (duduk 5 dari kiri dan segak berbaju batik)


" kamu jangan bina sempadan dalam diri kamu. sekiranya kamu membina sempadan dalam diri kamu, kamu akan menyukarkan perjalanan kamu di sini" (Cikgu Kuji, 2013)

Orang kata untung kalau masuk pedalaman ni, lagi-lagi dapat P3. Gelaran OKB (orang kaya baru) pasti akan melekat. Cuma bagi pakcik gaji sekadar angka dan amanah yang dijalankan adalah terasnya. Prof Dr Muhaya pernah menyatakan bahawa "sekiranya gaji kita 4K, adakah kita bekerja seperti gaji kita 2K atau kita bekerja seperti gaji kita 6K". Disini gaji bukan ukurannya, namun sikap dan integriti kita yang memainkan peranan terhadap tahap mana sumbangan kita.

Teaching is work of heart. Love first then teach

Perhimpunan pagi yang mendamaikan


Rionaldo Ameng dan Jackson Nyaring





This is how my story begin. I'm in love with this profession.


Pelajar tahun 5 berkolaborasi bersama laptop pakcik yang berusia hampir 7 tahun

Sejujurnya I'm in Love with this school. Pakcik bangga kerana SK Sungai Bebangan merupakan sekolah pertama penempatan pakcik. Ia pengalaman yang sangat berharga.

Anak-anak didik SK Sungai Bebangan.. All the best !!!

Monday 8 July 2013

Between Two Wings: Part 2 ( CEPERET !!! )

Alhamdulillah saat pakcik mencoretkan penulisan kisah pakcik kali ini. Pakcik telah pun berada di Sekolah Kebangsaan Bebangan. Disebalik rintik-rintik hujan membasahi bumi SK Bebangan maka pakcik nak kongsi kisah seterusnya.

Tepat pukul 10 pagi, pakcik mula check out dari hotel sambil ditemani guru besar, Mr. Louis. Dengan barang yang sarat barat kami bergerak ke Kapit Town Square sebelum menaiki van (teksi) ke jeti seterusnya. Pakcik ditinggalkan sementara oleh guru besar kerana beliau ingin membeli sedikit bekalan makanan untuk masuk ke sekolah nanti. Maka pakcik pun mula memerhati keadaan sekeliling, ianya sungguh rare. Dan azam pakcik, pakcik akan pastikan setidaknya pakcik mahir berbahasa Iban. Ia lebih memudahkan untuk komunikasi pakcik pada masa hadapan.

Setelah beberapa belas minit menunggu, maka guru besar pakcik kembali dari membeli barang makanannya. Maka kami bergerak menaiki van untuk ke jeti tersebut. Untuk makluman dari bandar kapit pakcik perlu menaiki van selama lebih kurang setengah jam dan kemudian menaiki bot panjang merentasi sungai dalam lebih kurang 10 minit sebelum bertukar menaiki pacuan empat roda melalui jalan balak selama lebih kurang tiga jam.

Pakcik difahamkan ketika laluan utama ke sekolah ialah sungai dengan menaiki bot. Ianya memakan masa separuh hari dan jikalau air surut maka perjalanan mungkin memakan masa satu hari. Bersyukur dengan kewujudan laluan balak tersebut.

Keadaan dalam van menuju ke jeti

Ok pengalaman menaiki van adalah biasa saja bagi pakcik. Dan ia merupakan nadi pengangkutan awam bagi penduduk sekitar bandar Kapit. Beberapa ketika kemudian bermulanya andrenalin pakcik memuncak. Sebab pakcik perlu menaiki bot panjang merentasi sungai tersebut. Oh ini memang rare. Pakcik kan aquaphobia.

Maka dengan kontrol hensemnya pakcik cuba menutupi kecuakkan pakcik semasa menaiki bot tersebut. Fuh. Siyes !!! Takut woa. Duduk terus rapat, tangan memegang erat tepian bot sambil beberapa ketika merasai air sungai memercik ke tangan pakcik. Jadi sepanjang perjalanan merentasi sungai tersebut pakcik cover dengan mengambil gambar dan merakam video supaya pakcik dapat mengurangkan kerisauan pakcik. Dan hasilnya dapatlah berkurang sedikit kerisauan pakcik.

Sampailah suatu ketika Express Boat ataupun warf air melewati laluan pakcik. Oh ombak terhasil dan menyebabkan bot seakan......... takut nak cerita bagi insan aquaphobia ini. hehe.

Muka cover takut. Hehe.

Duduk belakang guru besar. Dia steady jek

Pemandangan yang best walaupun hakikatnya takut


Setibanya bot yang pakcik naiki mendekati tebing sungai. Pakcik terperasan guru besar pakcik tiba-tiba sahaja membuka kasut beliau dan pakcik pon rilek je lah kan. Ok bila naik ke tebing sungai tersebut, pakcik yang berkasut jenama POWER dibeli dari kedai BATA mula memijak tebing sungai tersebut dan CEPERET!!!. Terbenam. Ha ni makan dia. Adui kelakar pulak bila pakcik pikir, kenapalah pakcik lambat tangkap apa yang guru besar nak buat masa tu.


Ha ni makan dia. CEPERET !!!

So berkaki ayam lah menaiki ke atas dan tercari-cari selipar pakcik. Kasut habis dah. Inilah pengalaman orang kata kan. Nak dijadikan cerita pakcik dan guru besar menaiki Hilux melalui jalan balak untuk menuju ke sekolah. Dan perjalanan ini mendaki dan menuruni bukit bukau. Dalam perjalanan ni pakcik tertidur walaupun kepala tidak dapat diletakkan dengan sempurna akibat jalan yang tidak rata.

Kawasan permulaan sebelum menaiki Hilux

Dari dalam Hilux

Sayup-sayup dari kejauhan.

Sayup-sayu dari kejauhan


Alhamdulillah tibalah pakcik di rumah guru yang serba lengkap. Siapa kata P3 tak best? Siyes sangat best woa. Ok sekian terima kasih. Nantikan Part 3 yang masih dalam pembikinan. 

Semoga kita dalam lingkungan rahmatNya. :-)

Sunday 7 July 2013

Between Two Wings : Part 1 (STALL dan AQUAPHOBIA)

Alhamdulillah. Masuk hari ini sudah masuk 5 hari pakcik di bumi Sarawak. Setakat hari ini pakcik masih berada di bandar Kapit dan insyaAllah esok akan bergerak masuk ke SK Bebangan yang merupakan pedalaman P3.

Nak dijadikan cerita ini pengalaman pertama pakcik naik belon (kapal terbang). Masa tu nasib ditemani kawan sekelas pakcik, Shuk. Kalau tak mati akal la pakcik. Maklumlah orang kampung kan.  Kami berlepas dari KLIA sekitar jam 2 petang dan dijangka akan sampai di Kuching sekitar jam 4 petang. Pengalaman pertama semasa nak mendarat di Airport Kuching agak menyakitkan. Mungkin disebabkan penurunan secara mendadak menyebabkan rasa sakit dalam bahagian telinga. Woaa...Ini sungguh rare. Sakit juga telinga pakcik sampai petang hari tersebut. Tapi tak kan pakcik nak cakap "ok, ni la last aku naik kapal terbang". Mana mungkin sebab mana ada bas dari Sarawak ke Johor.

Bahan bacaan sebelum berlepas ke Sibu. Siyes pakcik nak cari semangat masa ni.

Penerbangan seterusnya ialah dari Kuching ke Sibu. Sebelum kami menaiki pesawat berkenaan, maka berjalanlah seorang pilot melewati pakcik dan beliau adalah wanita. Terus terpacul dari mulut pakcik " ush perempuan kot yang bawak ni. Boleh ke? ". Beberapa minit kemudian kami mula bergerak masuk ke dalam perut pesawat berkenaan. Nak dijadikan cerita bagi pakcik normal lah penerbangan kali ini. Sampailah satu ketika pesawat berkenaan memasuki kawasan berawan dan agak tebal. Dan pada ketika itulah pesawat tersebut seakan STALL. Woa ini lagi rare. Adui!! dah la pakcik suka tengok rancangan Aircrash Investigation. Maka faham-faham je lah kan apa yang bermain dalam pemikiran pakcik pada masa tersebut. Alhamdulillah ianya gimik saja dan agak menakutkan bagi pakcik. Ok tapi pakcik respek dengan pilot tadi, penerbangan kali ini lancar saja kecuali semasa melalui kelompok awan tadi. Fuhhh...Seriau.

Pesawat yang ditugaskan penerbangan Sibu - Kuching...Best woa..


Keesokannya kumpulan yang bersama pakcik akan mula bergerak dari Sibu ke Kapit dan perjalanannya sejauh 126 KM yang memakan masa selama tiga jam. Ok ini pengalaman baru pakcik. Nak dijadikan cerita pakcik ni sebenarnya aquaphobia. Dan pakcik agak takut dengan kawasan berair yang luas dan dalam seperti laut atau sungai. Sebelum menaiki Express Boat ke Kapit, kumpulan pakcik berkumpul di bahagian atas jeti dan menghadap ke arah sungai Rajang tersebut. Serius adrenalin pakcik dah mula meningkat. Maklumlah sungai tu lebar dan luas kot. Ditambah papan tanda jarak sejauh 126 KM.  Fobia beb fobia. dub dab dub dab je jantung pakcik ni.

126 KM ke Kapit..ohhhhhh

Jeti di bandar Sibu..Orang sini panggil wap air..


Setelah perjalanan selama hampir tiga jam maka sampailah pakcik di bandar Kapit yang memang ohsem. Lupa nak cerita sebenarnya Express Boat tersebut lebih kurang menaiki bas saja dan agak selesa. Maka kuranglah sedikit fobia pakcik tadi.

Suasana sibuk bagi mereka yang mula bergerak melalui jalan air di sekitar Kapit dan kawasan berdekatan

Pakcik bersama Ejat. Flight bersama namun beliau disekolah lain.


Dan sekarang pakcik masih berada di bandar Kapit dan menunggu guru besar sekolah pakcik ambil untuk ke Sekolah Kebangsaan Bebangan yang merupakan pedalaman P3. Makluman yang pakcik terima, kawasan sekolah tersebut ada banyak ikan. Alhamdulillah, takde lah pakcik risau nak cari sumber makanan apa nanti kan. Dapatlah pakcik nak buat ikan pekasam nanti..hehe

Sekian coretan dari pakcik. Semoga kita berada dalam lingkungan rahmatNya dan dipermudahkan perjalanan sebagai pendidik ini.

Tuesday 25 June 2013

Between Two WINGS ^__^

Assalammualaikum w.b.t...

Rasanya lama sudah pakcik meninggalkan blog pakcik ni. Kejam sungguh peribadi pakcik. Aduyai. Ok sebelum pakcik mulakan pengomelan (ok pengomelan dan bukan pencomelan) kali ini setelah sekian lamanya tidak menjenguk blog, Alhamdulillah pakcik ditawarkan untuk berkhidmat di Sarawak.


SARAWAK????????? naik bot, masuk hutan, keluar hutan, catu makanan, nak balik susah, orang tak mesra, silap sikit boleh gaduh...RUBBISH!!! Kalau pakcik biarkan pemikiran macam ni maka sia-sia pakcik menghabiskan 5 tahun setengah di IPG. Lebih baik pakcik hidup dengan sekadar menghabiskan elaun dan berlalalalalalala. kan kan kan

Nak dijadikan cerita jodoh pakcik untuk ke Sarawak bermula pada pertengahan tahun 2007 dimana pakcik ditawarkan untuk belajar di UPM Kampus Rajang (kalau tak silap). Pada masa tersebut pakcik menolak tawaran tersebut walaupun ia merupakan pilihan pertama pakcik dalam borang permohonan kemasukan ke universiti. Pakcik menolak kerana pakcik tak nak bebankan mak pakcik. Almaklumlah pakcik hanya orang kebanyakan.

Tahun demi tahun berlalu dan Alhamdulillah jodoh pakcik ke Sarawak ada kali ini. So adakah pakcik nak sempitkan pemikiran dengan memikirkan perkara yang negatif ? Tidak. Kalau pakcik berbuat demikian maka pakcik telah membunuh lebih dari separuh jiwa pakcik.

Satu kata-kata perangsang pakcik, yang pakcik sendiri pon terangsang untuk lebih positif ialah

"apakah kita rasa setiap yang Allah hadirkan dalam perjalanan hidup kita itu hanya sia-sia? Bukan Allah yang salah, kita yang salah. Setiap apa yang Allah hadirkan dalam perjalanan hidup kita pasti ada hikmah disebaliknya. Jadikan Allah sebagai sumber kekuatan kita. Jadikan setiap pekerjaan kita kerana Allah. Ia lebih manis daripada memiliki Buggati Veron dan mempunyai istana yang tersergam indah"

"adapt to survive not survive to adapt"

Sebenarnya pakcik mengharapkan pengomelan pakcik ini dinukilkan dalam perjalanan menaiki kapal terbang ke Sarawak. Tu yang tajuknya jadi Between Two WINGS. Namun disebabkan laptop pakcik ni berusia hampir 6 tahun dengan baterinya dah rosak, wayar bersalotape. Maka pakcik nukilkan pengomelan pakcik ini lebih awal di kampung halaman pakcik, Johor.

Akhir kata dari pakcik. Pakcik mohon ampun maaf andai ada salah silap, termakan, terpakai, tercuri dan segalanya. Jadikan diri kita penuh dengan sifat positif dan jangan bagi ruang peluang kepada sifat negatif bertapak dalam jiwa kita. Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan pengakhiran yang baik buat kita semua. جزاك اللهُ. خيراً