Thursday, 31 October 2013

Kisah seluar pendek dan brader berjubah

Tiba - tiba pakcik rasa nak menulis sebuah kisah benar (mungkin ditokok tambah untuk menambahkan dramatis cerita ini).

Sebenarnya dahulu semasa zaman jahiliah pakcik, pakcik suka sangat memakai seluar pendek ala-ala nak main bola tu. Ish apa peliknya kan. Bukan. Macam ni, pakcik suka sangat kalau keluar pergi town pakai seluar pendek.

Ek eleh, biasalah lelaki pakai seluar pendek kan. Apa salahnya.

Ok itu yang selalu bermain di minda pakcik pada masa itu. Pakcik berasa setakat pakai seluar pendek bukan apa sangat pun. Bukan buat maksiat pun kan.

Suatu hari pakcik seperti biasa berkostum (seluar pendek) berkehendakkan untuk ke town. Macam biasa zaman tu masih pakai wave 100 kaler biru. Pakcik pun start la motor dan memulakan perjalanan ke town.

Setibanya pakcik untuk memparkir motor pakcik di tepi hentian bas Batu Pahat. Seperti biasa lah kan, mula-mula lock handle, double stand kemudian kasi mangga spoket belakang. Ha kalau tak buat semua ni, silap-silap malaun curi motor dengan selamba je guna master key diorang sakau motor kapcai pakcik ni.

Setelah merapikan rambut (pakai helmet rambut konfem macam ribut) pakcik pun berlalu pergi. Selang beberapa langkah suatu suara menyergah telinga pakcik.

Brader berjubah: Assalammualaikum.....

Pakcik: Pusing dan krik..krik...krik...(pakcik macam terpaku dengan salam tersebut). Pakcik terpandang sesusuk tubuh seorang remaja lebih kurang usia pakcik, berjubah dan berdiri berhampiran motor pakcik.

Sambil termangu - mangu pakcik menjawab salam tersebut.

Brader berjubah: Bang ni kunci motor abang tertinggal dekat motor.

Pakcik: Eh..ye ke...terima kasih...(sambil mengambil kunci yang tergantung di motor)

Brader berjubah: Hati -hati bang. Assalammualaikum....

Pakcik: errr...Waalaikumussalam....

Sambil pakcik termangu melihat brader berjubah tadi berlalu pergi, pakcik macam blur.

Kisah ini bukan nak kongsikan cerita kunci motor pakcik yang tertinggal tadi, cuma pada masa tersebut pakcik macam tersedar dengan pemakaian pakcik. Berbanding brader tadi. Pemikiran kolot pakcik diselitkan gaya pemakaian sakai membuatkan ada satu jurang antara pakcik dengan brader tadi.


Iye lah orang kata don't judge a book by its cover.. Tapi dalam situasi ini pakcik cuma berasa disedarkan olehNya. Bukan nak suruh kita keluar town ke main boling siap berjubah. Cumanya tutuplah aurat itu. Itu yang paling penting.

Lagi satu mudahnya kalau tutup aurat ni, mana tahu dah masuk waktu solat dan di depan kita ada masjid. Kan senang terus ambil air sembahyang lepas tu solat berjemaah.

Kesimpulannya, berpakaian sebagaimana kita sebenarnya perlu berpakaian. Kalau kurang selesa pakai seluar panjang, seluar tiga suku kan ada. Janji tutup aurat.

# Pakcik bukan ustad. Cuma ada sedikit kisah nak dikongsikan. Baru cuba keluar lubang kejahilan, lumpur pun masih terlekat di badan. Assalammualaikum. Jagalah auratmu, ia begitu berharga ^____^

No comments: