Saturday 23 January 2016

Tips Menghadapi Tahun Yang Mencabar

Assalammualaikum. Fuhhhh penuh bersawang, rumput naik meninggi sampai ke bumbung blog pakcik ni. Lama betul tidak menulis. Ok hari ini pakcik akan mencoret hari-hari indah korang seperti biasa.

Tahun 2015 merupakan tahun sukar buat Malaysia Tanah Tumpah Darahku. Ekonomi Malaysia agak kelam sepanjang tahun 2015 dan tahun 2016 dijangka akan lebih mencabar. Sebenarnya ekonomi Malaysia mula tenat lebih awal lagi, namun kita belum sedar akan ketenatannya.

Ok kali ini pakcik tidak akan mencoret dalam bahasa ekonomi yang bombastik. Sebab pakcik pun bukan pakar sangat tentang ekonomi apatah lagi cuba merungkai permasalahan ini. Kang korang kata pakcik membongak sajo.

Ini tips-tips menghadapi tahun yang lebih mencabar atau kata lainnya tahun 2016.

  • Pelan bajet kewangan anda.
Jika tahun-tahun sudah korang pun bukan kisah tentang cashflow korang (lagi-lagi jenis makan gaji). Ubah sikap tersebut.

Mulai sekarang dan 90 tahun akan datang (kalau panjang umur), korang dah kena mula bajet kewangan korang setiap bulan. 

Contohnya kena ada pelan jangka pendek (dalam masa 3 tahun kita dah kena ada simpanan 3 kali dari jumlah gaji dan kecemasan 6 kali dari jumlah gaji dan pelan jangka panjang 10 hingga 20 tahun dari sekarang kita sudah mempunyai tabung persaraan sebanyak ratusan ribu. Tetapkan matlamat dan mula dari sekarang.

Kenal pasti sebarang ketirisan sebelum ini dalam takungan kewangan dan kawal semua perbelanjaan yang tidak perlu. Pastikan yang keluar tidak terlalu banyak melebihi yang masuk. Kalau tidak setiap bulan gali lubang tutup lubang.



  • Simpan, simpan, simpan dan beranak (labur bukan lebur)
    sumber:www.rezekipelaburan.com

Setiap bulan pastikan menyimpan. Ingat tetapkan berapa target simpanan bulanan kita.

Contohnya kita tetapkan minimum RM 100 setiap bulan. Setahun kita sudah ada RM 1200.

Sekiranya kita tetapkan sebulan RM 300. Setahun kita sudah ada RM 3600. Dan seterusnya.

Pokoknya simpan di tempat yang boleh diberanakkan tanpa ada isu melanggar hukum syariah. Contohnya ASB atau Tabung Haji. Bukan di mesin kuda atau seangkatan dengannya.

  • Jauhi Skim Cepat Kaya

Ada seorang rakan pakcik bertanya. Kalau kita join program ini, paling tidak setahun boleh jana sehingga 500 % keuntungan.

" Abah kau " jawab pakcik sambil mengekalkan kemachoan.

Ingat kalau ada jaminan keuntungan ditambah sehingga melebihi 100 % peratus setahun. Ko ludah kat tepi jalan, bukan muka orang tu. Kang silap-silap ke hospital nanti. Haha.

Skim cepat kaya ini sudah berevolusi. Kalau dulu jenis join Rm 450.00 jamin dapat RM 30 000.00 dalam masa setahun. Syaratnya cari downline lagi.

 

Kini Skim Cepat Kaya sudah berubah wajah lebih kepada struktur perniagaan. Program komoditi utama emas lah, minyak sawit lah, ikan keli lah. Padahal yang di pusing-pusing duit korang sahaja. Bila sudah tepu dan tiada prospek baharu. Maka tersontot lah beramai-ramai. Mulalah kata Melayu dengki, Cina tipu, India main kotor, kerajaan kapitalis, polis jahat dan macam-macam lagi. Puihhhhh skrip yang sama setiap kali tersontot.

  • Jana pendapatan tambahan

Jana pendapatan tambahan juga merupakan salah satu cara dalam menghadapi ekonomi yang tidak menentu ini. 

 

Tetapi awas sekiranya korang masih kerja makan gaji dan mula jam 7.00 pagi habis 5.00 petang. Elakkan menambah pendapatan ketika itu. Ingat korang dibayar untuk bekerja masa itu bukan membuat kerja yang bukan dalam skop kerja korang.

Jadi kalau mahu berniaga buatlah luar waktu anda bekerja hakiki. Baru berkat gaji. Gituuuuu.

Mulakan dengan apa yang ada dalam tangan. Ingat jangan buat pertaruhan besar pinjaman puluhan dan ratusan ribu. Statistik menyatakan lebih 90 % perniagaan melingkup dalam 3 hingga 5 tahun pertama. Jadi jangan buat pertaruhan besar.

Kawan pakcik mula berniaga dengan modal kurang dari RM 100.00 dan mula menjual dadih di kedai-kedai. Nanti pakcik akan stori kisanhnya dalam post akan datang.

  • Bersedekah

Dalam keadaan ekonomi stabil atau tidak. Bersedekah lah. Ingat tiada yang lebih tepat dan jitu janjinya melainkan janji Tuhan sekalian alam Allah SWT. Banyak cara bersedekah bukan sekadar wang ringgit sahaja.

Sekiranya kita bersedekah dengan ikhlas pada jalan Allah, Allah akan ganti lebih baik dari apa yang kita jangka. Boleh jadi dengan kestabilan kewangan, nikmat kesihatan, indah dalam berkeluarga dan pelbagai lagi di luar pemikiran manusia yang lemah ini.

Ingat pokoknya rajin bersedekah.

  • Jangan suka berhutang

 

Masalah utama orang kita terutamanya yang muda-mudi ini. Suka sangat berhutang. Berhutang yang tidak perlu. 

Contohnya berhutang membeli kereta mewah dengan komitmen bulanan mencecah RM 1000.00. Bayangkan ianya ibarat mendukung biawak hidup. Ingat kereta merupakan keperluan bukannya kehendak.

Belum-belum lagi dah manjakan diri dengan himpunan kad kredit. Swap sana swap sini. Hujung bulan ternganga bila tengok bil. 

Tidak salah beli kereta berhutang atau mempunyai kad kredit. Ingat kena sepadan dengan pemiliknya. Kalau boleh minimakan, minimakanlah. Jangan keterlaluan.




Ok lah sekian sahaja coretan yang ringkas mengenai tips mengahadapi tahun sukar ini dari pakcik. Kelak pakcik akan sambung coretan ini dengan lebih jitu dan persis. 

Ampun maaf atas kekurangan sekiranya ada.

Semoga Allah permudahkan urusan kita sepanjang tahun ini. Amiin.

Salam sayang,

Pakcik Osman .Z
  
 


Friday 7 November 2014

Bila Pakcik Lama Tak mencarut ... Eh Mencoret ... Ngee... :)

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah. Dah setahun lebih menabur bakti di SK Sungai Bebangan. Dan selama itulah pakcik dah lama tak mencarut eh mencoret. Fuhhhh....

Bukan apa sebab bila pakcik nak "log in" memang sistem ni macam jeles. Tak bagi pakcik "log in". Nak kata belog tua pakcik ni pro pembangkang, tidak la pula. Apatah lagi berbaur perkauman memang tak lah kan. Nak kata feymes pun tak la. Eh sikit je...Haha...

Ok pertama kali pakcik nak kongsikan. Setahun ini agak "struggle" bagi pakcik (hah speaking omputih kau). Bukan apa, tahun ni pakcik ambil alih kelas Bahasa Inggeris. Hah bukan korang tak tahu pakcik punya tahap penguasaan bahasa ni kan. Hah kelaut. Bila pakcik ambil alih kelas Bahasa Inggeris memang pakcik agak "down" sebab susah untuk seorang yang berotak logik nak ambil bab bahasa ni. Tapi takpe pakcik cuba kekalkan hensem cuba yang terbaik juga. Alhamdulillah tahun ni masih tahun pembelajaran bagi pakcik. Sasaran pakcik tahun depan anak murid pakcik lulus 75%. InsyaAllah.

Anak murid pakcik tahun 1 dan tahun 2. Prospek kelas Bahasa Inggeris ni. Hehe.

Tahun ini juga merupakan tahun pembelajaran pakcik dalam Unit Kokurikulum sebagai setiausaha sukan sekolah. Yeahhhhh. Walaupun pakcik kaki bangku, namun sukan berbasikal dulu merupakan asas pakcik. Ehekkkk. Apa kena mengena ni. Haha. So sebagai guru novis, banyak yang pakcik perlu belajar untuk tahun seterusnya. Fighting!!!

Best Picture Of The Year. 80 metres sprint.

Kejohanan Olahraga Tahunan SK Sg Bebangan 2014

Program Mini Jogathon 2014


Sukan Ragam PIBG @ Mini Jogathon
The Only Hensem BSMM among the Pengakap

We had joy and fun. Pengakap Entuloh.

Ayuh membatak perahu...ceewaaahhhhhhh...

Ha itu lah serba sedikit yang berlaku pada tahun ini. Malas pakcik nak letak banyak-banyak, korang bukan baca pun nanti kan. Haha.

Orang lain sibuk bawa zawjah. Pakcik rilek je bawak basikal. Gigih . Hehe

When a fat boy dancing on a MTB

I am novice recreational cyclist
Maka nak dijadikan cerita pakcik pun gigih bawa basikal naik flight. Haha. Dapat la merasa tergolek, mendaki, downhill di kawasan Sungai Bebangan yang memang mencabar ni. Tapi basikal pakcik dah jual. Sebab fokus lepas ni nak cari folding untuk light touring. Semoga dipermudahkan niat ni. Hehe.

Ok lah malas nak tulis lagi. Sebab korang pun meluat nanti nak baca. Sekian sampai sini saja penulisan mencoret pengalaman 2014. Tunggu coretan seterusnya. Pakcik akan upload video tahun ni. Tungguuuuuuuuu. :)

Adios !!! Assalammualaikum w.b.t 

Hidup ini bukan untuk bangun, makan, tidur, lepak, makan, tidur, bangun, tidur. Buatlah benda-benda gila. Baru ohsem!!!Bab agama jangan lupa juga. :)  



Thursday 31 October 2013

Kisah seluar pendek dan brader berjubah

Tiba - tiba pakcik rasa nak menulis sebuah kisah benar (mungkin ditokok tambah untuk menambahkan dramatis cerita ini).

Sebenarnya dahulu semasa zaman jahiliah pakcik, pakcik suka sangat memakai seluar pendek ala-ala nak main bola tu. Ish apa peliknya kan. Bukan. Macam ni, pakcik suka sangat kalau keluar pergi town pakai seluar pendek.

Ek eleh, biasalah lelaki pakai seluar pendek kan. Apa salahnya.

Ok itu yang selalu bermain di minda pakcik pada masa itu. Pakcik berasa setakat pakai seluar pendek bukan apa sangat pun. Bukan buat maksiat pun kan.

Suatu hari pakcik seperti biasa berkostum (seluar pendek) berkehendakkan untuk ke town. Macam biasa zaman tu masih pakai wave 100 kaler biru. Pakcik pun start la motor dan memulakan perjalanan ke town.

Setibanya pakcik untuk memparkir motor pakcik di tepi hentian bas Batu Pahat. Seperti biasa lah kan, mula-mula lock handle, double stand kemudian kasi mangga spoket belakang. Ha kalau tak buat semua ni, silap-silap malaun curi motor dengan selamba je guna master key diorang sakau motor kapcai pakcik ni.

Setelah merapikan rambut (pakai helmet rambut konfem macam ribut) pakcik pun berlalu pergi. Selang beberapa langkah suatu suara menyergah telinga pakcik.

Brader berjubah: Assalammualaikum.....

Pakcik: Pusing dan krik..krik...krik...(pakcik macam terpaku dengan salam tersebut). Pakcik terpandang sesusuk tubuh seorang remaja lebih kurang usia pakcik, berjubah dan berdiri berhampiran motor pakcik.

Sambil termangu - mangu pakcik menjawab salam tersebut.

Brader berjubah: Bang ni kunci motor abang tertinggal dekat motor.

Pakcik: Eh..ye ke...terima kasih...(sambil mengambil kunci yang tergantung di motor)

Brader berjubah: Hati -hati bang. Assalammualaikum....

Pakcik: errr...Waalaikumussalam....

Sambil pakcik termangu melihat brader berjubah tadi berlalu pergi, pakcik macam blur.

Kisah ini bukan nak kongsikan cerita kunci motor pakcik yang tertinggal tadi, cuma pada masa tersebut pakcik macam tersedar dengan pemakaian pakcik. Berbanding brader tadi. Pemikiran kolot pakcik diselitkan gaya pemakaian sakai membuatkan ada satu jurang antara pakcik dengan brader tadi.


Iye lah orang kata don't judge a book by its cover.. Tapi dalam situasi ini pakcik cuma berasa disedarkan olehNya. Bukan nak suruh kita keluar town ke main boling siap berjubah. Cumanya tutuplah aurat itu. Itu yang paling penting.

Lagi satu mudahnya kalau tutup aurat ni, mana tahu dah masuk waktu solat dan di depan kita ada masjid. Kan senang terus ambil air sembahyang lepas tu solat berjemaah.

Kesimpulannya, berpakaian sebagaimana kita sebenarnya perlu berpakaian. Kalau kurang selesa pakai seluar panjang, seluar tiga suku kan ada. Janji tutup aurat.

# Pakcik bukan ustad. Cuma ada sedikit kisah nak dikongsikan. Baru cuba keluar lubang kejahilan, lumpur pun masih terlekat di badan. Assalammualaikum. Jagalah auratmu, ia begitu berharga ^____^