Thursday, 3 May 2012

kenapa saya memilih menjadi guru...

Assalammualaikum w.b.t..

Pagi tadi masa kat kelas tetiba jek pensyarah Bimbingan dan Kaunseling yang tanya ni cetuskan satu persoalan, iaitu sampaikan dari hati anda kenapa anda memilih profesion seorang guru...


Maka berawang-awangan lah pemikiran kami semua menjengah lebih 5 taun lepas...

Dan ini jawapan pakcik, suatu masa dahulu ada post pakcik mengenai siapa yang pakcik kagum iaitu pok de pakcik...yuppp..bunyi macam lawak kan..kalau pakcik pergi rumah beliau pakcik akan tumpu ke satu ruang dimana segala penghargaan yang beliau terima sepanjang jadi seorang guru..Perkara yang kedua pakcik kagumi mengenai beliau ialah mengadakan kelas tambahan secara percuma kepada anak-anak murid beliau...

Dan ini lah salah satu sebab mengapa pakcik pilih profesion seorang guru, kalau pakcik nak kaya pakcik akan terus belajar di UPM dan amik jurusan pakcik minat sehingga buka satu ladang skala besar...namun perlu diingat bahawa rezeki ada dimana-mana atas daya usaha masing-masing...Pakcik datang dari keluarga yang sederhana, struktur masyarakat yang sederhana, melalui zaman sosial yang berbeza dan pakcik amat risau jika anak bangsa pakcik ketinggalan walaupun Malaysia saat itu sudah mempunyai satu era moden yang hebat...Pakcik serba sedikit memahami keperluan anak-anak bangsa pakcik khususnya mereka yang serba kekurangan..

InsyaAllah satu masa nanti pakcik akan usaha satu Pusat Pendidikan percuma bagi semua anak-anak muda supaya mereka sedar kepentingan ilmu berbanding hanyut dalam keseronokan yang penuh tipu daya...

Harapan pakcik bagi sesiapa yang membaca post kali ini dan mempunyai hasrat yang sama, jom kita bersama-sama merealisasikan perkara ini...bukan untuk kita tetapi untuk mereka yang memerlukan..semoga Allah permudahkan perjalanan ini..InsyaAllah...

Insan yang sedang belajar
Osman. Z

No comments: