Thursday, 10 May 2012

Kisah Penjual Sulur Keladi

Assalammualaikum w.b.t....

Penulisan pakcik kali ini disebabkan suatu pengalaman pakcik beberapa tahun lepas..Agak-agak korang kenal tak sulur keladi? Kalau kenal sila angkat tangan yek, kalau x kenal maka pakcik kenalkan...


Ha amacam kenal da??




Tapi pakcik bukan nak cerita pasal sulur keladi ni, pakcik pon tak hengat pakcik pernah makan ke tak sulur keladi ini. Kisah bermula masa pakcik dan mak pakcik pergi pasar lambak (panggilan di selatan)..Bila sampai di sebuah gerai menjual sayur tu ada la seorang atuk ni jual sulur keladi dalam satu ikat besar juga la kepada penjual sayur di gerai tu..Atuk ni dalam lingkungan penghujung 60-an umurnya.. Masa ni pakcik agak tersentuh, sebab bukan apa harga yang hendak dibeli penjual sayur ni kepada pakcik tu hanya RM 2.00...Boleh bayang tak?


Dengan muka sedih atuk ni macam tak rela, bukan apa macam tak berbaloi...Sebenarnya pakcik tak duduk lama kat situ sebab pakcik terpaksa bergerak ke tempat lain..Serius sampai sekarang terngiang-ngiang peristiwa ni balik...

Kalau anda berada kat tempat pakcik pada masa tersebut, serius sampai sekarang anda akan teringat dan terbayang riak wajah atuk ni...

...tak terkata..kesian kat atuk tuh....emmm....

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: