Assalammualaikum w.b.t
Saya tuan tanah ingin menyatakan bahawa blog ini adalah berunsur bebas, tidak ada kaitan sama ada yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia
Apa yang saya luahkan mungkin datang dari hati dan sanubari saya, pemerhatian di sekeliling saya dan sebagainya. Andai ada yang terasa atau terguris perasaan terhadap penulisan ini, saya dengan rendah diri dan menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf kerana saya tidak berniat untuk menyerang kepentingan individu, bangsa, agama, fahaman, pegangan politik dan isu-isu sensitif.
Apa yang saya sampaikan harap dijadikan cetusan idea dan bukan sebagai panduan hidup yang perlu dipegang selama-lamanya.
Saya adalah insan yang serba daif dalam ilmu dan saya mengharapkan teguran dari pembaca supaya saya berpijak di bumi yang nyata.
Akhir kata dari saya selamat membaca kepada pelawat-pelawat. Tanpa anda siapalah saya di muka bumi ciptaan Allah ini.
"Orang yang bijak di dunia ini ialah mereka yang mempunyai sifat qana'ah dalam hidupnya dan senantiasa bijak mencari ruang dan peluang memburu kejayaan demi agamanya, dirinya, dan orang lain"
Selamat membaca dan memberi pendapat
Insan yang sedang belajar
Osman. Z
No comments:
Post a Comment