Wednesday 30 November 2011

Penghidupan Roh Hijrah: Suatu Peningkatan atau Penurunan

Assalammualaikum w.b.t

Semalam sahabat pakcik mengirimkan satu pesanan ringkas iaitu: “Ini kisahku kat TV9 best- bila kita ingin jadi baik, ALLAH hantar orang yang baik-baik untuk dekat dengan kita (Wardina Saffiyah)”. Walaupun pakcik agak lambat untuk memahami apa yang dikatakan namun insyaAllah pesanan ini akan dijadikan semangat akan penghijrahan kita semua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi usia kita kian menginjak dewasa, 1432H sudah dilepasi langkauan tempohnya dan 1433H kini menjengah dalam hidup kita. Adakah kita menjadi manusia yang untung, rugi atau celaka? Adakah hari-hari yang dilalui melalui transformasi ke arah suatu titik yang lebih baik?

Penghidupan di dunia ini merupakan satu medan perjuangan yang tidak pernah akan selesai. Justeru untung, rugi atau celaka yang menjadi bekalan yang akan menentukan nasib kita ketika ditimbang segala apa yang kita kerjakan di dunia ini kelak.

Ramai di antara kita menyintai dunia sehingga melampaui batas namun terdapat yang meimbangi dunia dan akhirat kerana kecintaan akan penghidupan akhirat yang lebih bermakna melampaui segalanya.

Jangan terlampau disanjungi mereka yang semakin meningkat ke suatu tahap yang lebih baik kerana pujian tersebut ditakuti akan memesongkan prinsip dan peningkatannya.

Jangan terlamapau dihina mereka yang terperosok jauh dan jatuh dalam kecintaan dunia kerana suatu hari nanti, insyaAllah cinta Allah akan membuka hijab mereka sehingga mereka lebih tinggi dari kita.

Usia kita sudah menghampiri ke pengakhiran sejarah manusia di dunia ini dan saling ingat-mengingatlah sesama dalam kesederhanaan supaya kita semua menjadi hambaNya yang untung dalam penghidupan.

Semalam adalah sejarah dan semalam adalah siapa kita hari ini. Hijrahkan diri supaya kita mencetuskan satu fenomena dalam diri dan masyarakat. Buka mata bagaimana mereka yang bukan Islam menjadikan mereka ibarat satu rantaian yang panjang dalam membantu sesama mereka.

Jangan takut akan penghijrahan kita ke suatu perubahan yang lebih baik walaupun tiada seorang mengikuti di belakang kita kerana kelak hijrah ke arah yang baik tersebut akan mencetuskan roh hijrah insan lain.

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya kerana ketakutan kita akan jadi muflis di akhirat adalah suatu yang menakutkan setiap insan yang akan dihidupkan semula kelak.


Sumber: IluvIslam.com

Insan yang sedang belajar
Osman. Z

Thursday 17 November 2011

Dimanakah Kita 10 Tahun Akan Datang???

Assalammualaikum w.b.t...

Suatu hari pakcik bersama tiga sahabat pakcik yang lain pulang dari kampung halaman di Johor ke penghujung Terengganu-Kelantan. Memandangkan perjalananan yang agak jauh dan kami pon mula lah berborak sahaja dalam perjalanan tersebut, ada pelbagai cerita kami kongsi bersama. Salah satu soalan yang kami berdiskusi dan berkongsi ialah "agak-agaknya macam mana korang 10 tahun akan datang?"

Ting!!!!Pakcik suka soalan macam ini.

InsyaAllah dalam perancangan pakcik 10 tahun akan datang:

1) Pakcik berimpian untuk menjadi lebih dari sekadar guru biasa, maknanya guru yang luar biasa.

2) Pakcik akan tubuhkan kelab lumba basikal pakcik sendiri bagi memenuhi impian pakcik terhadap sukan ini.

3) Kahwin???Emm dah kot sebab rasa da sampai jodoh masa tu kan.

4) Kereta yang pakcik nak pakai ialah jenis MPV atau Wagon, bukan pe pakcik nak famili yang ramai maka sesuai kan.

5) Pakcik nak buka ladang pertanian berskala besar dan komersial.

6) Pakcik nak buat satu kompleks untuk pelajar dari pelbagai latar belakang untuk belajar. Tuisyen, perpustakaan, pusat akses dan pelbagai lagi untuk pendidikan secara percuma.

7) Pakcik nak cuba wujudkan satu yayasan khas bagi pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan supaya mereka mampu belajar dalam kadar yang lebih sempurna. 

8) Pakcik pernah menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Menteri Pendidikan. Tinggi sangat kan. tapi tak mengapa pakcik akan cuba buat yang terbaik. InsyaAllah.

Ok lah lapan je pakcik kongsikan bukan pe nak pastikan  ini yang utama pakcik akan capai. InsyaAllah pakcik akan kejar.

Ape pula sasaran korang 10 tahun akan datang??? Fikir-fikirkan lah ye.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Wednesday 16 November 2011

Menangislah Kamu Kerana Allah



Ada masanya kita akan menangis dengan apa yang kita lakukan. Kita menzalimi diri kita sendiri. Suatu hari pakcik pergi mengikuti majlis ilmu dan pada masa tersebut ada seorang hamba Allah ini mengemukakan soalan.

Soalan yang berbunyi lebih kurang begini:

Assalammualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya, kenapa apabila saya sangat mudah mengalirkan air mata apabila bersolat berjemaah namun apabila saya solat seorang diri sangat sukar untuk saya mengalirkan air mata?

Jawapan dari ustaz ini agak simple dan bersahaja. Susunan intonansi jawapannya membuatkan pendengar dan juga pakcik memahami apa yang dikatakannya. Ustaz tersebut berkata kita perlu menangis mengenang akan apa yang dilakukan kita pada masa lalu. Kita telah melampaui batas. Kita juga perlu menangis mengenangkan nasib kita di akhirat kelak. Tanya dalam diri kita apakah kita mampu meletakkan hujung jari kita selama sekurang - kurangnya satu minit di atas api lilin? Ingat akhirat kelak kita tidak dapat menggambarkan nasib kita. Namun ustaz tersebut mengingatkan kami, jika air mata yang jatuh itu adalah kerana ingin menunjukkan kita menunjuk-nunjuk maka sia-sialah apa yang kita tangisi. Syaitan tidak akan berputus asa dalam menyesatkan manusia supaya kita melakukan sesuatu dengan menunjuk-nunjuk supaya semuanya jadi sia-sia.

Katakanlah: "Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesunguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Surah Az-Zumar; ayat 53

Allah Maha Pengampun sehinggakan dalam ayat tersebut juga Dia telah memberi pengharapan bagi kita yang sering melakukan dosa ini. Namun manusia itu sering lupa, apabila saat susah Allah pengharapannya namun apabila senang Allah dilupakan.

Ya pakcik menulis ini supaya pakcik juga beringatkan diri pakcik. Kita semua berhak mengingati sesama kita dan belajarlah menerima sesuatu supaya kita kembali kepadaNya.

Adakah kita tahu bilakah akan sampai masa kita dijemput semula olehNya? Tiada siapa akan tahu mengenainya dan oleh yang demikian membuatkan kita kian jauh.

Kadangkala Allah hadirkan sesuatu yang bahagia dalam hidup kita sebagai satu ujian adakah kita akan jadi hamba yang tahu erti bersyukur atau kita terus hanyut akan kebahagiaan itu. 


Kadangkala kita akan dihadirkan keresahan, kesempitan dan kesedihan supaya kita sedar adakah kita tergolong dalam golongan hambaNya yang tahu erti sabar atau kita akan menyalahkan semua dan terus menerus meluahkan ketidakpuashatian?


Menangislah dan basahi kelopak mata kita dengan air mata yang takut akan azab Allah. Adakalanya kita mudah menangisi hati kita kerana perkara yang remeh temeh seperti gaduh dengan awek atau pekwe. Ya pakcik pernah melakukan kesilapan sedemikian dan kerana itu pakcik merasakan ia hanya sesuatu yang sia-sia. Tiada ketenangan dan kebahagiaan yang dapat menandingi rahmat pemberianNya. Maka alirkanlah air mata kita hanya kepada Dia.


Biarlah kita di siang hari ibarat seorang pahlawan di medan peperangan dalam mengejar impian, menjalankan amanah, menjalin hubungan dengan yang lain dan saat mentari hilang di ufuk barat tatkala kemuncak malam menyinggahi tepian kehidupan. serta merta kita berubah menjadi manusia yang terlalu hina untuk apa yang dikurniakan olehNya. Kita tangisi apa yang kita lalui sama ada iman kita bertambah kukuh atau kian longlai ditiup angin keduniaan. Kenangi nasib kita sama ada kita berjaya atau gagal di akhirat. Tangisi lah kerana kita masih berpeluang untuk menangisi nasib kita.


Seorang yang bijak mengatakan: "Kehidupan hanyalah sesuap nasi dan seteguk air. Adapun selebihnya adalah suatu kelebihan yang tidak telalu diperlukan"


Jangan disalah ertikan ayat di atas sehingga kita menolak hidup di dunia ini. Islam tidak pernah menghalang seseorang itu untuk berjaya dalam hidup di dunia malahan akhirat kelak.


Salam Ukhuwah dari pakcik


Insan yang sedang belajar

Osman.Z


Saturday 12 November 2011

Terima Kasih Sahabat...

Assalammualaikum w.b.t...

Sumber: google image


Selama pakcik hidup hingga kini antara yang membuatkan pakcik agak terkesan ialah siapa mereka yang bernama sahabat dalam hidup pakcik. Pakcik ada sebuah kisah tentang seorang sahabat pakcik yang pakcik akan terhutang budi sampai akhir hayat pakcik.

Kisahnya bermula begini, masa zaman sekolah dulu pakcik telah mengalami masalah penglihatan biasa iaitu rabun jauh. Masa tu pakcik belum memakai cermin mata dan disebabkan itu, pakcik terpaksa bergantung kepada sahabat pakcik ni. Dia merupakan mata bagi pakcik. Kalau apa yang disalinnya betul maka betul lah pakcik dan kalau salah maka seratus peratus pakcik ikut salah.

Sahabat pakcik ni agak baik dan terkadang kala pakcik yang nakal pada masa tu ada la juga dengki buli-buli sikit kan. Ye la masa tu hidung pon berhingus lagi memang la gitu kan. Kenangan-kenangan.

Masa kian berlalu meninggalkan kenangan kami dan pakcik tidak dapat berhubung dengan beliau. Sampai lah satu masa pakcik terjumpa beliau di laman muka buku dan bila ditanya beliau sebenarnya agak malu dengan apa yang dilaluinya.

Bagi pakcik beliau antara kekuatan pakcik hingga ke hari ini. Namun apa yang dilaluinya amat berbeza dengan siapa beliau sebelum ini. 

Sahabat kalau kamu membaca tulisan pakcik ini, hayatilah ini;


Sabda Rasulullah S.A.W: "Jalanilah hidupmu di dunia seakan-akan seperti seorang asing atau pengembara" (Al-Hadith)


Sumber: Buku La Tahzan Edisi 2, m/s 333


Bagi pakcik apa yang terjadi tidak menlemahkan atau memalukan kita tapi bagaimana kita menghadapi secara kreatif akan sesuatu menunjukkan siapa kita sebenar. Bagi pakcik beliau adalah salah seorang yang pakcik kagumi. 

Pengorbanan dan kesusahan hidup beliau dijadikan kekuatan dalam diri.

Semoga Allah permudahkan urusanmu dunia dan akhirat wahai sahabat.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Friday 11 November 2011

Lamanya Tak Menulis...Tips kekalkan motivasi studi...

Pakcik sebenarnya agak la stuck pale hotak ni mencari idea nak menulis. Idea dah ada tapi nak dikembangkan tu la agak kesukaran sedikit. 

Buat masa ini pakcik nak kena fokus kat exam, bukan ape banyak sangat melalutnya dah tu dah dekat exam baru kelam kabut nak studi. Hehe.

Biasa la lelaki kan. Tapi dikala last minut punya studi ni pakcik ada beberapa tips nak bagi kat korang macam mana nak kekalkan motivasi studi ni.

1. Studi biar smart: buat nota ringkas yang penuh berwarna warni

2. Letak wallpaper atau note yang penuh kata-kata perangsang bagi kita senang lihat setiap masa.

3. Elakkan bagi tekanan dalam diri sendiri.

4. Biar sedikit dari tak de langsung.

5. Lepaskan tekanan dengan cara yang berhemah.

6. Tanya lah orang lain kalau dah tak paham tu kan.

Hah tu je la pakcik nak kongsikan, bukan ape tak de idea sebenarnya ni. haha.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Tuesday 1 November 2011

Kisah Sepasang Kasut Lusuh

Mak: Emm...adik minta mak duit sikit, katanya cikgu minta bayar untuk beli buku. Tapi duit upah menoreh mak belum dapat lagi, boleh mak pinjam duit kakak?

Kakak: Mak ambil lah duit kakak, tak pe kakak tak perlukan duit itu buat masa ini.

Mak: Terima kasih ye kak. Kakak kalau dah berjaya nanti jangan lupa dekat adik-adik ya. Ayah kamu dah lama tak de, mak sorang je yang nak besarkan kamu semua. Kita memang orang susah tapi kita jangan pernah mengeluh akan apa yang kita lalui masa ni.

Kakak: InsyaAllah, kakak akan buat yang terbaik dan akan balas semua jasa mak.

Setelah selesai urusan pengerluaran wang di bank (gaya macam duit bantuan persekolahan je), dua beranak ini pon keluar namun hujan renyai-renyai mula membasahi bumi ketika itu

Kakak: Basah stokin aku ni, tak pe la da habis sekolah dah pon. (dalam hati)

Mak: Eh kenapa tercegat kat kaki lima tu, dah jom balik.

Kakak: Ye mak, saja temengelamun tengok hujan turun ni.

Motosikal Honda C70 yang agak uzur ini pon mula dihidupkan, sekali pandang mungkin ini kenderaan rasmi keluarga ini agaknya. Pakcik agak terkesan dengan apa yang pakcik lihat pada hari itu, sebenarnya dialog di atas adalah imaginasi pakcik je. Tapi kisah kasut pelajar tersebut membuatkan pakcik agak terkesan.

Masa tu pakcik baru sahaja sampai di bank dan seperti biasa bila nak pecahkan akaun, pakcik akan mula beroperasi. Belum sempat pakcik buka helmet dan matikan enjin motor, tetiba pakcik terpandang dua beranak ini dan secara tidak sengaja mata pakcik terus terpandang kasut yang dipakai pelajar ini.

Bagi pakcik kasut yang dipakainya terlalu uzur dan jika pelajar tersebut berlari dengan pantas akan menyebabkan segala isi kasut tersebut terburai. Serius tidak dapat digambarkan.


Ni kasut pakcik tak de lah uzur mana, tapi kasut pelajar tersebut sukar pakcik nak gambarkan...

Ya ini adalah salah satu situasi yang berlaku dan mungkin kita akan ketemui suatu hari nanti. Moga apa yang dilalui keluarga tersebut memberikan kekuatan dalaman bagi si anak tersebut.

Pakcik agak terkilan kerana kini pakcik hanya menulis mengenai kisah kasut lusuh pelajar tersebut namun pada masa tersebut pakcik tak dapat berbuat sesuatu. Maafkan pakcik.

Akhir kata dari pakcik bagi kita yang agak mampu ini, sekiranya anda berada dalam suatu keadaan yang memerlukan anda membantu insan lain. Jangan takut untuk jatuh miskin atau sebaliknya, hulurkan seberapa yang anda mampu. Kerana jika anda ikhlas maka insyaAllah, Dia akan menghadirkan sesuatu dari mana anda tidak jangkakan.

Sekian sahaja dari pakcik. As salam.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z