Penulisan saya kali ini ingin menyentuh mengenai bagaimana berbelanja secara berhemah.
Memandangkan keseluruhan rakyat mengalami kenaikan harga barang yang seakan-akan 'mencekik' leher sehingga ramai di antara kita perlu menguasai perbelanjaan secara berhemah. Jika tidak kita akan tewas dengan keinginan untuk membeli sesuatu yang tidak perlu dalam hidup kita.
Perbelanjaan secara kasarnya boleh terbahagi kepada beberapa bahagian dan penulisan kali ini akan menjurus kepada perbelanjaan utama atau asas.
Berikut adalah tips bagaimana untuk mengitepretasikan perbelanjaan berhemah dalam perbelanjaan utama:
1. Buat bajet terlebih dahulu.
Bagaimana membuat bajet ialah dengan menghadkan pendapatan anda kepada beberapa bahagian terlebih dahulu Setelah anda dapat membuat anggaran perbelanjaan selama sebulan, pastikan akaun perbelanjaan adalah 30% lebih dari anggaran perbelanjaan. Ini adalah supaya sekiranya berlaku kenaikan harga atau terlebih dari pembelian, anda masih mempunyai wang untuk kegunaan tersebut. Seelok- eloknya bajet anda merangkumi perbelanjaan sebulan supaya memudahkan anda di masa hadapan.
ni bajet yang main-main je... |

2. Ikut keperluan. Bahagian ini merupakan antara bahagian yang sukar dilaksanakan. Sebagai contoh anda membeli belah di pasaraya besar dan di sini bermulanya kesilapan dalam mengikut hawa nafsu. Anda akan mula terbeli apa yang tidak perlu. Oleh yang demikian tetapkan objektif utama anda dan beli ikut keperluan anda.
3. Bagi mengatasi masalah di nombor (2), saya menyarankan anda membuat senarai semak apa yang perlu dibeli. Senarai semak ini disediakan sebelum perbelanjaan tersebut dan disemak semula setelah perbelanjaan dilakukan. Ini untuk mengelakkan anda ter'pukau' dengan promosi indah sehingga anda membeli apa yang tidak perlu pada harga yang sama sebenarnya.
4. Semasa pembelian sedang berlaku pastikan anda semak label, harga, kuantiti atau berat dan lain-lain maklumat. Sekiranya anda bertindak sedemikian anda dapat membezakan antara satu produk dengan yang lain. Kaedah ini memakan masa tetapi sekiranya anda sudah biasa melakukannya, ia akan menjadi lebih mudah.
5. Waktu yang paling sesuai ialah ketika Jualan Mega.
Namun harus diberi penekanan terhadapa penelitian setiap pembelian adalah penting. Ini adalah kerana akan berlaku selisih harga yang lebih kurang sama walaupun bukan dalam musim Jualan Mega. namun terdapat juga barangan yang akan diberi potongan harga sehingga 70%. Oleh yang demikian anda perlu bijak memilih semasa musim Jualan Mega ini.

6. Bagi suri rumah tangga yang memikirkan sayuran yang perlu dibeli untuk hidangan keluarga. Saya ingin berkongsi idea di mana suri rumah dapat berjimat sehingga 50% dari perbelanjaan dapur untuk pembelian sayuran. Bagaimana??Konsepnya mudah sahaja iaitu bercucuk tanam. Bagi kawasan bandar anda boleh memulakan dengan 4 -5 pasu bagi tanaman sayuran seperti timun, kacang botor, kacang panjang,terung dan juga cili padi. Malahan serai juga boleh ditanam tanpa mengambil kawasan yang luas. Biar sedikit dari tiada langsung kan.
Sayuran jenis ini adalah senang dijaga disamping mengeluarkan hasil yang agak memberansangkan. Saya sendiri melakukan di rumah. Sedap sebab sayur hasil tangan sendiri dan petik terus masak. Suci dan bersih.hehe
Berikut adalah beberapa tips yang saya dapat kongsikan pada penulisan kali ini. InsyaAllah yang saya akan berkongsi lagi di penulisan yang akan datang.
Insan yang sedang belajar
Osman.Z
No comments:
Post a Comment