Wednesday, 28 September 2011

Cinta Selipar Suci

Kisah di sebuah masjid yang berada di negara yang aman damai ni...(cerita diadaptasi dari novel Cinta Selipar Suci karya Osman. Z)

"aik, tadi ada ni dah tak de???" sambil mata melilau-lilau ke kiri dan ke kanan.

"cari apa dik? Kunci hilang ke?"tanya seorang pak cik yang berhampiran apabila melihat tingkah laku pemuda tersebut yang seakan mencari sesuatu.

"macam biasa cik, cari selipar. Rasa tadi ada kat bawah tadi tapi balik je ghaib" kata pemuda tersebut sambil mata cuba mengesan seliparnya di kalangan selipar jemaah yang lain.

"biasa lah dik, lain kali kalau pergi masjid tu kena berjaga sikit. Orang sekarang ni nampak je muka baik suci murni tapi dalam hati tu siapa je tau kan. Macam ni lah adik balik je dengan 'kaki ayam' lepas tu wat relax je, da nak hilang nak wat camna kan" kata pak cik tersebut sambil mula membakar rokok daunnya dan berlalu pergi.

Hendak tak nak pemuda itu pon berjalan ber'kaki ayam' pergi ke parkir keretanya. Kehangatan tar itu tidak dirasai oleh kaki pemuda itu mungkin hangat dalam hati lagi tinggi atau pemuda itu redha dengan pemergian seliparnya.

Haha. Pak cik rasa korang mesti pernah rasa benda ni kan, ha biasala bak pepatah "rambut sama hitam hati lain-lain". Pak cik pon pernah merasa hilang selipar ni, tapi relax je la mungkin dulu masa kecik-kecik pak cik ada ter'rembat' selipar orang (ni la kot, pak cik pon tak hingat bebudak lagi kan masa tu), ha kira cash and carry kat dunia la ni kan. 

gambar selipar kawan pak cik. Mintak halal ye merembat gambar..hehe

Ok sekarang pak cik ada tips pada korang bagaimana nak elakkan kehilangan selipar dari saat kita memilih, membeli sehinggalah memakai selipar tersebut.

TIPS UNTUK ELAK KEHILANGAN SELIPAR:

1)
kat pasaran melambak selipar berwarna-warni. Beli je kaler yang pelik-pelik.

Bila korang pilih kat pasar malam kan. Biasa nampak kaler pink, hijau terang, kuning dan berbagai warna pelik lagi kan. Korang wat macam ni, beli dua pasang selipar satu kaler pink dan satu kaler hijau terang. Pastikan bayar baru blah kalau tak memang kena kapak dengan brader jual selipar tu.

2) Tapi kan pak cik pernah nampak pemilik selipar ni akan potong sikit hujung selipar dia bila pergi masjid kan. Mungkin nak tandakan supaya tak tertukar atau dia nak bagi pencuri hilang mood nak rembat. Sebab apa? Sebab kebanyakan selipar jamban kan hujung terpotong, kalau yang rembat tu pakai mesti malu sebab curi selipar jamban. Ha da la mencuri pas tu selipar jamban lak, alangkah malu dan hinanya la hai.

3)
Ha pakai cenggini..Kompem tak hilang kan
Tapi kalau pak cik wat cam ni. Kita da beli selipar dua pasang tadi kan. Ok bila pergi masjid korang pakai la sebelah lain sebelah lain. Wat selamba je, biasala pencuri kasut ni profesional. Tak kan dia nak sebat selipar sebelah lain, sebelah lain. Kan susah nak cari pasangannya. Lagi satu siapa kata salah kalau pakai selipar sebelah lain, sebelah lain? Kalu ada meh komen penulisan pak cik kali ni. Nak kata membatalkan wuduk ke tak la pulak lagi la membatalkan solat sebab korang bukan pakai selipar pon masa sembahyang kan. Hehe....

4) Ok, Ok kalau korang malu nak buat langkah (3) tadi. Pak cik ada idea baik punya. Ha macam ni masa da sampai tangga masjid tadi korang campak selipar satu belah sini satu lagi nun jauh di sana. Sepak je kompem terebang nanti selipar tu. Tapi pas sembahyang tu korang kena last sekali la keluar, sebab per? Woi gila ke nak cari selipar yang da terebang tadi dalam banyak-banyak selipar. Kan susah, kalau keluar last tu kompem la selipar korang mudah dikesan sebab ramai jemaah da balik. Macam tu la yek.

5) Seterusnya kat rumah korang de ayam tak? kucing ke? Ha masa kucing tu ber'tuuuutttt' atau bahasa sains melakukan penyahtinjaan tu la tak pon senang cakap masa die be**k. Ha paham?? Korang amek najis tu masuk dalam beg plastik. Bila da sampai masjid korang sapu je kat selipar, ye la kalau hilang pon puas hati la. Sebab yang merembat tu kompem bila sarung je selipar pas tu euuuuuwwwwwhhhhhhhh!!! Boleh bayang tak. Baru padan muka.

6)
Ha pak cik din rilex..lagi la jadi feymes tau...




Lagi satu pak cik nak bagi idea. Korang penah tengok majalah Ujang tak? ala majalah yang kartun lawak tu. Kan Pak Cik Din selit selipar dekat tangan la kaki la. Korang pas je basuh kaki nak naik tangga masjid tu, korang selit cam Pak Cik Din buat tu. Tak pe orang tak mengata korang lagi-lagi bila solat Jumaat. Ha ye la kan kalau bercakap masa baca khutbah dibacakan kompem sia-sia je kan. Dah tu sape nak kutuk-kutuk kat korang kan.


7) Yang terakhir bagi tips pak cik ialah korang pergi masjid dengan berkaki ayam je. Ye la balik kompem selipar tak hilang, dah nak hilang guane datang masjid pon kaki ayam la kan. Tak pe kalau orang kata korang gila ko wat senyap je, kalau lebih-lebih ko cakap macam ni "oi brader kalau aku gila, orang yang suka rembat selipar lagi gila". mana tau yang kata korang tu perembat selama ni, kompem di pon malu lepas tu. Pas tu korang letak tangan kat dada sambil mata ke atas dan kata "ada mak kissssssaaaaaaaahhhhh".

Tapi kalau selipar korang asyik hilang je, cuba korang duduk bertenang pikir balik dulu korang pernah rembat selipar orang lain tak agak-agaknya. Kalau ada adat lah. Hehe...

Tapi pak cik memang respek la kat pencuri selipar ni, woi mana tak nya. Komando pon tak berani macam diorang ni la. Bayangkan ek dah la kalau sembahyang Jumaat tu. Pertama masuk je dengar la khatib berkhutbah, pas tu solat sama-sama dan last sekali mesti tak pon akan dengar imam baca doa siap aminkan lagi. Tapi balik terus sebat selipar orang, berani memang berani. Baru je lepas mengadap Tuhan. Tapi kalau dia tak dengar khutbah, tak masuk sembahyang tak join doa tu dia tak pikir ke yang Tuhan tu Maha Melihat. Memang pak cik respek la korang wahai pencuri ni. Tabik spring la..

Ha cukup lah kemelalutan pak cik hari ini. Harap korang berbahagia baca apa yang pak cik bagi idea kali ni ye. Ok As Salam.

Insan yang sedang belajar

Osman. Z

4 comments:

Sukebukezine said...

kata pak cik tersebut sambil mula membakar rokok daunnya dan berlalu pergi.-hahahahahah

Osman Z. said...

aik...salah ek pgunaan ayat tersebut?

Sukebukezine said...

haha..x salah tapi best..penuh aksi...

Osman Z. said...

hahaha...tenkiu!!