Pagi ni baru je selesai dengar diskusi buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul by Kak Ha (Fatimah Syarha Binti Mohd Noordin). Sangat memberi motivasi pada diri ini, mudah-mudahan semua yang hadir mendapat sesuatu yang tidak ternilai dalam kehidupan.
Buku ini saya sudah baca suatu ketika dahulu hasil pinjaman oleh rakan saya. Buku ini amat menarik dan salah satu buku yang terbaik pernah saya baca. Memang terbaik lah buku ni!!!
Apa yang saya ingin kongsikan pada penulisan kali ini bagaimana kita cuba melawan seketika fitrah 'cinta' iaitu kecenderungan kita terhadap pasangan yang berlainan jantina dengan kita. Lelaki dengan perempuan dan perempuan dengan lelaki. Ini fitrah tetapi kita perlu melawannya seketika. Kelak akan sampai masanya.
Sepanjang pendiskusian pagi tadi apa yang paling meresap ke dalam sanubari ialah kecenderungan sehingga memabukkan. Tidak dinafikan saya juga pernah melalui zaman 'memabukkan' ini dan kerana itu saya berani katakan bahawa bahayanya perasaan 'memabukkan' ini.
Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup kita. Setujukah anda?
Fitrah kecintaan pada selain dari itu amat digalakkan seperti cinta kepada Allah, ibu bapa, rakan-rakan dan mungkin cinta kepada kerjaya serta apa aktiviti yang kita suka.
Bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi khususnya, peringkat usia 20an adalah antara cabaran yang besar. Kita masih tergapai-gapai akan hala tuju kita. Kematangan untuk berfikir sesuatu kemungkinan sedikit sebanyak akan membantu kita untuk menjadikan usia ini sebagai tempat kita pasakkan diri kita dalam menempuhi cabaran hidup yang sebenar.
Inilah yang dikatakan impian sebenar kita, saya merujuk kepada bagaimana kita mengejar impian tersebut.
Kelmarin saya telah terbaca satu kata-kata semangat yang berbunyi;
"Win or lose. We should not regret on our work hard, discipline, focus and and what we sacrifice for. It depends on what we do to make sure we win that game"
Secara kasarnya saya menganalisis kata-kata ini, kita dalam satu proses perjalanan untuk mencapai sesuatu dan kita tidak perlu risau sama ada kita akan berjaya atau tidak. Apa yang kita lakukan itu sendiri menunjukkan kejayaan kita. Kita perlu fokus terhadap bagaimana kita hendak mencapai impian kita itu.
Mungkin anda di luar sana akan mempunyai tafsiran yang berbeza. Tidak mengapa kerana setiap dari kita berhak untuk meluahkan apa yang kita rasa.
Setiap dari kita mempunyai pelbagai pandangan dan itulah menjadikan dunia kita, hidup kita dan segalanya berwarna-warni.
Apa yang diharapkan doa dan minta kepadaNya;
"Ya Allah jika dia memang dijodohkan untukku, dekatkan hatinya dengan hatiku keranaMu Ya Allah. Jika dia sememangnya bukan untukku, aku serahkan segalanya padaMu dan patahkan hatiku dengan cara yang baik Ya Allah. Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu aku meminta pertolongan"
Yakinlah sepenuhnya kepada Allah. Soal siapa jodoh kita, apa rezeki kita dan bila masanya kita kembali kepadaNya. Berserahlah kepadaNya.
Pesanan ikhlas untuk kekuatan bersama. Marilah kita bersama-sama menggali seberapa banyak peluang yang perlu dihimpun, direbut dan dikuasai supaya kita berjaya mengharungi cabaran hidup.
Tumpukan 100% usaha kita selama ini untuk mengejar impian.
"Bintang tersebut sekarang sangat jauh dan kini kita hanya mampu melihat cahayanya, moga suatu hari nanti kita akan gapai bintang tersebut walaupun hanya satu jari sahaja yang dapat merasa"
Insan yang sedang belajar
Osman.Z
No comments:
Post a Comment