Pak cik sebenarnya jahil bab lagu-lagu omputih, tu sebabnya kemahiran bahasa Inggeris pak cik agak lemah berbanding rakan-rakan pak cik yang lain. Tapi tak mengapa sebab pak cik percaya setiap individu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Ye idak.
Salah satu genre yang pak cik akan layan ialah yang bersifat ketuhanan dan kali ni pak cik nak perkenalkan salah seorang artis yang pak cik minat dengan hasil-hasil kreatifnya. Nak kata pak cik ni ustad ke pe, idak le. Pak cik sebenarnya jahil dalam bab agama dan pak cik sendiri sedang melalui proses belajar untuk mendalami sedikit sebanyak. InsyaAllah.
Kali ni pak cik nak perkenalkan Aunur Rofiq Lil Firdaus atau dikenali sebagai Opick. Umur beliau baru je 37 tahun, ha muda lagi kan. Sejuk je mata tengok penampilan beliau. Harap suatu hari nanti pak cik tak pun kita ni nak berpernampilan macam beliau dan berjuang seperti beliau. Tapi orang kata tak semestinya kita berpenampilan macam beliau, kita ada roh macam beliau pon tak pe kan. Pakaian nampak ganas tapi tak melanggar hukum hakam pon ok la dari berpakaian tapi hakikatnya 'bertelanjang'.
pic cilok dari wikipedia..mintak halal ye |
Bagi pak cik , Opick yang merupakan pencipta lagu dan juga penyanyi ini adalah seorang pendakwah melalui muzik. Lagu-lagunya semua sesuai didengar oleh setiap lapis masyarakat.
Bagi pak cik muzik tidak salah dan selagi tidak melampaui batas agama dan tidak melalaikan, harus bagi kita menggunakannya sama ada dalam pengajaran atau menyampaikan sesuatu.
Sebenarnya dalam darah pak cik ada darah keturunan Jawa, walaupun pak cik tidak faham mahupun berkomunikasi dalam bahasa jawa. Itu yang kengkadang seronok juga dengar lagu dari tanah seberang walaupun mungkin terdapat banyak perbedaan bahasa antara kita.
Tapi tidak bermakna pak cik menganak tirikan artis nasyid tempatan. Malahan ramai artis nasyid tempatan yang bertempat dalam hati pak cik. Salah seorangnya Allahyarham Ustaz Asri dari Rabbani, kenalkan? Kalau masa arwah dalam takbir raya dulu, meleleh air mata pak cik masa tu.
Ok kita kembali ke kisah Opick ni.
Ok kita kembali ke kisah Opick ni.
Salah satu lagu Opick yang pak cik suka ialah lagu ni, Tombo Ati. Serius tak mengecewakan sebab lagu ni kalau kita amati dan jadikan sebahagian dari rutih hidup. InsyaAllah kita akan dapat kelapangan yang tidak terhingga.
Sebab sebelum ni pak cik ada kenal dengan seorang sahabat, dia yang banyak ingatkan pak cik semua ni. Pak cik tahu rahsia bagaimana dia menjadi salah seorang best student, sebabnya dia menjaga masa dia dengan Allah. Kalau kita jaga dan luang masa kita dengan Allah, Dia akan memberikan kita kelapangan dan kemudahan dari lorong-lorong yang kita tidak ketahui. Semoga persahabatan pak cik kekal dengan insan yang banyak ingatkan pak cik ni walaupun dari jauh.
Ok bawah ni, lirik lagu Tombo Ati atau bahasa melayu standard Ubat Hati. Pak cik nak upload video tapi tak boleh la pulak. Maaf ye.
OPICK - Tombo Ati
Tombo ati iku limo perkarane
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo bisa ngelakoni
Mugi-mugi gusti Allah nyembadani
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salahsatunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
Kaping pisan moco Qur’an lan maknane
Kaping pindo sholat wengi lakonono
Kaping telu wong kang sholeh kumpulono
Kaping papat kudu weteng ingkang luwe
Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe
Salah sawijine sopo bisa ngelakoni
Mugi-mugi gusti Allah nyembadani
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perbanyaklah
Salahsatunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Gusti Allah mencukupi
Bagi siapa-siapa yang masih belum merasai dan menjiwai lagu Opick ni, carilah lagu-lagu beliau dan pak cik jamin kita semua akan berpuas hati.
Pernah juga pak cik berimpian nak persembahkan lagu berunsur ketuhanan ni, tapi apakan daya pak cik agak kurang kreatif. hehe..
Sekian sahaja dari pak cik dalam penulisan kali ini, maaf la yer tak banyak cerita tentang Opick tapi pak cik pula banyak melalut. Biasa la orang da tua kan. As salam.
Insan yang sedang belajar
Osman.Z
No comments:
Post a Comment