Sunday 25 September 2011

Amaran Buat Bakal Isteri: Ayam Masak Lemak Cili Api

Bertemu kembali, ari ni pak cik dah jem sebab malas wat asignment. So pak cik menulis la kejap.

Pak cik ni sebenarnya gilo makan pedas. Ha bila sebut tentang masakan pedas ni pak cik nak kongsi satu benda (tengok kat tenet jugak benda ni). Hehe...tapi saja je nak kongsi.

Ta daaaa...AYAM MASAK LEMAK CILI API

cilok kat tenet pic ni..mintak halal yek

Ok pak cik nak ajarin korang semua bagaimana nak masak benda ni. Ok mula-mula baca Bismillah dulu, jangan main hentam je kang tak berkat pulak. 

Ok pertama bila kata tentang ayam masak cili api ni, korang kena pastikan ada ayam dulu kang camna lak datangnye ayam kan.

Bila da puas hati belek-belek ayam ni kat pasar, amek terus bayar kat orang jual tu yek.

Bahan yang diperlukan bagi memasak AYAM MASAK LEMAK CILI API ialah seperti berikut:

1) Pastinya ayam. Sembelih punya bukan cucuk jarum lak.

2) Bawang besar,bawang putih,cili api,halia,serai,kunyit hidup (masuk dalam blender, kasi hantam sampai lumat)

3)Serai (dititik)

4) Santan jangan dilupakan yek. Sama je santan kelapa kalu tak de guna santan kotak, tapi orang la ni guna susu sejat.

5) Tomato, kentang dan daun sup dipotong halus (hiasan). Hirisan daun kunyit.

6) Air asam jawa sikit (buat masam-masam)

Sekarang pak cik nak ceritakan perjalanan aktiviti memasak pulak.

1) Gunakan periuk yang sesuai la, jangan besar atau kecik sangat. 

2) Panaskan sedikit minyak. Masukkan bahan yang telah diblend tadi tu. Ha kacau sampai anda puas hati.

3) Pas tu selamber dek je, masukkan ayam dan pastikan ayam telah dipotong saiz yang sesuai. Kalau anda masuk sekor terus kompem orang kata anda gilo. Ha ye la bukak periuk tengok terjongkang sekor ayam. Masukkan ayam masa ni sebab nak bagi tekstur cam rangup sikit, tak nak tak pe.

4) Agak-agak ayam dengan bahan tumisan tadi tak jadi hangus. Dengan melentik jarinya masukkan pula santan tadi. Lepas tu campak je serai yang dititik tadi.

5) Kacau secara perlahan-lahan sambil berzikir ke, kalau tak pon nyanyi la lagu ikan kekek, tak pon enjit-enjit semut. Pastikan suara anda semerdu pak cik ni, takut memaki pula jiran sebelah, tak pun anak-anak kecil terus melalak tak tentu hala. Nak bagi warna kekuningan sedikit campur kunyit hidup, lumatkan dulu. Tercekik kang.

6) Garam jangan dilupakan, pastikan cukup la rasa kemasinan tu yek. Jangan la suruh laki korang yang rasa (sebab laki lidahnya kebanyakan kurang deria rasa macam pak cik ni). Air asam jawa jangan lupa lak nanti (tak nak tak pe). Tapi pak cik suka bila ada sikit-sikit.

7) Da agak-agak nak masak sikit-sikit masuk la tomato ke kentang ke dan juga hirisan daun kunyit. 

8) Ambil sudu teh tu, kemudian rasa cukup tak masam, pedas, masin, manis semua tu ok. Tiup dulu takut terbakar lidah kang.

9) Setelah anda berpuas hati. Dengan iringan doa dan hati yang tulus ikhlas. Hidangkan juadah anda ni. Tabur sedikit daun sup buat hiasan. 

Ok da boleh makan, tapi nasi ke ketupat jangan dilupa ye. Kang makan lauk je kak kiah dengan lakinya da jadi satu hal.

Sekian dari pak cik hari ini. Resepi yang yong yok, tendang potong masuk periuk.

Kling klang kling klang, alexander...haaaaaa.....

Kalau tak jadi tu bukan salah pak cik ye, mungkin salah resepi atau pon korang de masalah nak memasak-masak ni. hehe...ok chow cin cau...

Insan Sedang Belajar

Osman. Z

2 comments:

Anonymous said...

meh aku komeng..
rajin tak bertempat ko ajar masak2..beog ko dah jadi bebas dah...chef pun ko sapu.hehehehe

***btw buang gak word verification ni.dop syok la..

Osman Z. said...

haha...tenkiu...nk bab agama x pandai, bab mengarut pandai la..pape pong thanx