Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahgia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
54 tahun kita mengecapi kemerdekaan dan selama itu kita hidup dalam keadaan yang aman...tetapi merdekakah kita selama ini???
Kita hanya meminjam dari generasi dahulu dan akan meminjamkannya kepada generasi akan datang.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Dalam tulisan tangan aku kali ini, aku nak sentuh sikap kita khususnya yang muda-muda blako ni. Bagaimana hendak melahirkan istilah merdeka dalam diri kita.
Merdekakah kita di bumi Malaysia ni?
Walau apa pekerjaan yang kamu lakukan, (pastikan yang halal ye). jangan takut untuk melakukan perubahan walaupun "seinci' dalam karier kamu.
Kalau kamu bekerja sebagai atendan pam minyak tetapi kamu telah berfikir untuk keluar dari kepompong pekerjaan tersebut sama ada memilih pekerjaan yang lebih baik atau berani ingin menceburkan diri dalam perniagaan. Jika ini berlaku, kamu sebenarnya telah melakukan perubahan sebanyak "seinci"...mulai saat tersebut fikirkan bagaimana "seinci" tersebut mampu jadi "sekilometer".
Bumi Malaysia tidak akan pernah menjadi tempat yang sukar untuk membuat perubahan melainkan kamu mengatakan YA AKU BOLEH dalam diri kamu untuk membuat perubahan tersebut.
Jangan pernah gentar sebelum berjuang. Tanamkan dalam diri kamu sekiranya apa yang kamu lakukan kerana Allah dan niat yang baik...InsyaAllah kamu akan berjaya. Tapi ingat bahawa kejayaan kamu adalah tipu muslihatNya untuk menguji kamu dan kegagalan kamu juga ujian untuk menguji kamu. Oleh yang demikian tetapkan hati, niat kerana Allah, berdisiplin dan berfikir "di luar kotak".
Jadikan diri kita anak Malaysia (tak kira apa bangsa pon) yang berani dalam semua tindakan, berfikir "di luar kotak", bijak mencari peluang dan membuat keputusan, berdisiplin diri yang tinggi dan berjuang kerana Allah.
Akhir kata bagi PART 1 ni, jangan pernah takut mengejar seekor singa selagi kita belum berhadapan dengannya. Kesusahan, ketakutan bukan penghalang tetapi pembina kekuatan diri.
Akan menyusul PART seterusnya...InsyaAllah
Insan sedang belajar
Osman. Z
No comments:
Post a Comment