Monday, 5 September 2011

Jangan pernah mengalah mengejar "bintang"

Bintang-bintang berkerdipan, 
Hanya satu bintang di hati,
Hanya dikau diantara beribu,
Impianku...

Bintang merupakan bebola yang berada di angkasa raya kita dan mampu mengeluarkan cahaya sendiri. Keistimewaan bintang dapat dilihat oleh penduduk Bumi walaupun kedudukan mereka ni jauh dari kita. Dalam al-Quran juga Allah telah merakamkan mengenai bintang antaranya dalam Surah At Taariq dan Al Buruuj. Ini merupakan kisah bintang dalam bidang Sains yang amat luas dan semua ini dalam lingkungan ilmu-Nya.



Namun kisah kali ini yang aku nk kongsikan ialah apa "bintang" dalam hidup kita..ok cuba hayati beberpa pepatah ni..

1. Orang yang tiada angan-angan ibarat burung yang hidup tanpa sayap.

2. Dreams do not matter, unless you make them com true.

Aku telah meletakkan "bintang" sebagai impian atau cita-cita aku. 

Dalam masa 10 saat ni cuba renungkan "bintang " korang sendiri...

Da dapat kan?? Skarang tulis 'bintang' korang pastu lekat la kat mana-mana tempat yang korang akan tengok tiap-tiap hari...

Tapikan jangan pernah letak impian korang terlalu mudah, cuba letakkan dalam kedudukan yang sangat tinggi sehingga agak mustahil untuk korang capai... sebagai contoh satu ari nanti aku nak bukak sebuah perniagaan yang besar dan keuntungannya aku nak buka sebuah tuisyen yang serba canggih secara percuma kepada semua orang...ha tu contoh je, bunyi agak mustahil kerana kos yang sangat tinggi kan dan ada ke masa bila da kerja nanti tapi kita ke yang tentukan rezeki kita???Allah kan yang tetapkan semua tu..maknanya pasang impian dan kejarnya kemudian ingat pada Allah..

Aku percaya kita akan tempuh 1001 cabaran dalam hidup ni, tapi tak bermakna kita akan tewas sebelum berjuang... tetapkan pendirian dan mintalah kepada-Nya.. semoga Allah permudahkan perjuangan kita semua..

Kita tidak akan pernah merasa kesusahan selagi kita tidak menempuhinya...maka jangan pernah mengalah mengejar "bintang"...

Insan sedang belajar
Osman. Z

No comments: