Suatu hari di kedai komputer
Jurujual: Awak ni belajar mana?
Aku: Belajar biasa-biasa je (malas ckp nanti orang tak percaya)
Jurujual: ala cakap je la, buat ape nak malu kan
Aku: Emmm...belajar kat maktab
Jurujual: ooooo....nak jadi cikgu la ni....
Aku: InsyaAllah satu ari nanti..Kenapa? Muka tak macam cikgu kan
Jurujual: a'ah....tak macam pon
Aku: emm...da agak da ayat ko tu (dalam hati).....sambil tersenyum.....=)
Penting ke muka??? kalau aku nak jadi model ke, pramugara ke ok la kot....tapi tak de pon stail mat rempit ke ape ke aku tyme tu...tak pe la anggap je segala kritikan tu membina kan...(nak sedapkan hati)
Tapi tak pe la, cuma aku nak cita kenapa aku nak jadi seorang guru yang bukan biasa-biasa tapi aku nak jadi yang "luar dari kebiasaan"...ha ni la satu tekanan dalam diri untuk menjadi "luar dari kebiasaan tu...
Nak dijadikan cerita aku sebenarnya tak terdetik pon nak jadi cikgu ni...suatu hari pak cik aku yang juga seorang guru iaitu Cik Pozi datang la umah, dia ada la berbual ngan mak aku soh aku masuk maktab and then mak aku pon soh aku cuba....aku sebenarnya nak sambung belajar kos pertanian kat UPM tapi aku dapat kat Sarawak...al maklum la kewangan masa tu tak stabil dan aku kesian kat mak aku...kalau aku banyak duit aku da pergi da kejar suma tu...aku korbankan impian aku sebab aku tak nak susahkan mak aku...
Pas tu aku pon masuk la Matrikulasi (jap je pon)...tapi masa tu impian aku nak sambung belajar untuk belajar pertanian tu tinggi lagi...Hari-hari aku pasang impian aku, belajar and pasang impian....Masa kat matrik la aku interview maktab, susah beb serius tak tipu...bayang ar 16 orang je tapi orang ke-16 tu siap kol 6 petang...tak gila ke...
Alhamdulillah ada rezeki...tapi bila start masuk di IPG Tengku Ampuan Afzan aku masih tak nampak hala tuju aku...tapi Allah Maha Bijaksana, satu hari aku lepak kat uma pok da aku (sekarang dia pengetua kat Sekolah Sains Muar)...nak tau tak dia pernah dapat anugerah sebab tak pernah cuti dalam setahun, anugerah cemerlang...bermuala saat tu aku jadikan dia idola aku...susah sebab DISIPLIN tu paling penting....
Sekarang lepas da pindah di IPG Sultan Mizan, aku da rasa something...aku da ada impian aku bila dapat jadi seorang guru nanti...cuma perjalanan masih jauh dan banyak perlu aku belajar lagi....
bagi rakan-rakan guru pelatih semoga kita berjaya mengejar impian kita dan aku cuma nak kongsikan bila kita jadi guru secara automatiknya kita perlu menjadi seorang "pengkaji" untuk menghasilkan sesuatu untuk meningkat kualiti pendidik dan juga kita perlu menjadi nadi penghubung masyarakat serta aktif dalam aktiviti kemsyarakatan.
Insan sedang belajar
Osman. Z
No comments:
Post a Comment