Duit oh Duit!!! Antara benda yang paling bahaya jika tidak diuruskan dengan berhemah.
Secara amnya ramai diantara kita akan mengalami masalah kewangan sama ada yang kronik atau masih boleh diselamatkan. Saya nak anda mampu menguruskan kewangan dan tidak terlalu bergantung sama ada dengan keluarga atau dibebani hutang yang banyak.
Penulisan kali ini saya ingin berkongsi tips bagaimana ingin merancang kewangan secara berkesan melalui pecahan akaun.
Dengan diambil contoh bahawa pendapatan anda ialah RM3000.00, aspek yang perlu ditekankan ialah pecahan akaun anda:
PERTAMA: Akaun Kegunaan SATU (dalam keadaan cair). Kegunaan utama ialah perbelanjaan utama anda. Disyorkan sebagai kegunaan perbelanjaan dapur, makanan, bil-bil utama dan lain-lain yang sesuai.
KEDUA: Akaun Kegunaan DUA (dalam keadaan separa cair). Kegunaan utama ialah membantu ketirisan wang dari akaun SATU, dimana untuk perbelanjaan seperti pembelian peralatan atau nilai yang besar dari perbelanjaan.
KETIGA: Akaun Kecemasan (sepenuhnya dibekukan dan cair apabila perlu sahaja). Andai kata kereta rosak, road tax mati atau keluarga memerlukan wang. Akaun ini akan diambil kira sebagai penyelesaian masalah, namun ingat guna bila perlu dan bukan sebagai sumber wang bagi perbelanjaan.
KEEMPAT: Akaun Simpanan atau Pelaburan (beku sepenuhnya dan dikira sebagai simpanan masa tua). Kalau boleh cuba cari maklumat sama ada ASB atau pelaburan Emas dan sebagainya selagi sah dari segi hukum syara'.
Jadilah penyimpan yang bijak sama ada dalam penyimpanan atau pengurusan kewangan, perlu diingatkan simpanan adalah penting di masa muda dan bagi yang bujang-bujang lagi tu (cermin diri). Susah woa nak bagi makan pakai anak dara orang kang.
OK lah. Dalam penulisan seterusnya saya akan membincangkan mengenai tips mengurus kewangan sambil mengumpul aset.
Insan yang sedang belajar
Osman.Z
No comments:
Post a Comment