Wednesday 30 November 2011

Penghidupan Roh Hijrah: Suatu Peningkatan atau Penurunan

Assalammualaikum w.b.t

Semalam sahabat pakcik mengirimkan satu pesanan ringkas iaitu: “Ini kisahku kat TV9 best- bila kita ingin jadi baik, ALLAH hantar orang yang baik-baik untuk dekat dengan kita (Wardina Saffiyah)”. Walaupun pakcik agak lambat untuk memahami apa yang dikatakan namun insyaAllah pesanan ini akan dijadikan semangat akan penghijrahan kita semua.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi usia kita kian menginjak dewasa, 1432H sudah dilepasi langkauan tempohnya dan 1433H kini menjengah dalam hidup kita. Adakah kita menjadi manusia yang untung, rugi atau celaka? Adakah hari-hari yang dilalui melalui transformasi ke arah suatu titik yang lebih baik?

Penghidupan di dunia ini merupakan satu medan perjuangan yang tidak pernah akan selesai. Justeru untung, rugi atau celaka yang menjadi bekalan yang akan menentukan nasib kita ketika ditimbang segala apa yang kita kerjakan di dunia ini kelak.

Ramai di antara kita menyintai dunia sehingga melampaui batas namun terdapat yang meimbangi dunia dan akhirat kerana kecintaan akan penghidupan akhirat yang lebih bermakna melampaui segalanya.

Jangan terlampau disanjungi mereka yang semakin meningkat ke suatu tahap yang lebih baik kerana pujian tersebut ditakuti akan memesongkan prinsip dan peningkatannya.

Jangan terlamapau dihina mereka yang terperosok jauh dan jatuh dalam kecintaan dunia kerana suatu hari nanti, insyaAllah cinta Allah akan membuka hijab mereka sehingga mereka lebih tinggi dari kita.

Usia kita sudah menghampiri ke pengakhiran sejarah manusia di dunia ini dan saling ingat-mengingatlah sesama dalam kesederhanaan supaya kita semua menjadi hambaNya yang untung dalam penghidupan.

Semalam adalah sejarah dan semalam adalah siapa kita hari ini. Hijrahkan diri supaya kita mencetuskan satu fenomena dalam diri dan masyarakat. Buka mata bagaimana mereka yang bukan Islam menjadikan mereka ibarat satu rantaian yang panjang dalam membantu sesama mereka.

Jangan takut akan penghijrahan kita ke suatu perubahan yang lebih baik walaupun tiada seorang mengikuti di belakang kita kerana kelak hijrah ke arah yang baik tersebut akan mencetuskan roh hijrah insan lain.

Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya kerana ketakutan kita akan jadi muflis di akhirat adalah suatu yang menakutkan setiap insan yang akan dihidupkan semula kelak.


Sumber: IluvIslam.com

Insan yang sedang belajar
Osman. Z

No comments: