Tuesday 1 November 2011

Kisah Sepasang Kasut Lusuh

Mak: Emm...adik minta mak duit sikit, katanya cikgu minta bayar untuk beli buku. Tapi duit upah menoreh mak belum dapat lagi, boleh mak pinjam duit kakak?

Kakak: Mak ambil lah duit kakak, tak pe kakak tak perlukan duit itu buat masa ini.

Mak: Terima kasih ye kak. Kakak kalau dah berjaya nanti jangan lupa dekat adik-adik ya. Ayah kamu dah lama tak de, mak sorang je yang nak besarkan kamu semua. Kita memang orang susah tapi kita jangan pernah mengeluh akan apa yang kita lalui masa ni.

Kakak: InsyaAllah, kakak akan buat yang terbaik dan akan balas semua jasa mak.

Setelah selesai urusan pengerluaran wang di bank (gaya macam duit bantuan persekolahan je), dua beranak ini pon keluar namun hujan renyai-renyai mula membasahi bumi ketika itu

Kakak: Basah stokin aku ni, tak pe la da habis sekolah dah pon. (dalam hati)

Mak: Eh kenapa tercegat kat kaki lima tu, dah jom balik.

Kakak: Ye mak, saja temengelamun tengok hujan turun ni.

Motosikal Honda C70 yang agak uzur ini pon mula dihidupkan, sekali pandang mungkin ini kenderaan rasmi keluarga ini agaknya. Pakcik agak terkesan dengan apa yang pakcik lihat pada hari itu, sebenarnya dialog di atas adalah imaginasi pakcik je. Tapi kisah kasut pelajar tersebut membuatkan pakcik agak terkesan.

Masa tu pakcik baru sahaja sampai di bank dan seperti biasa bila nak pecahkan akaun, pakcik akan mula beroperasi. Belum sempat pakcik buka helmet dan matikan enjin motor, tetiba pakcik terpandang dua beranak ini dan secara tidak sengaja mata pakcik terus terpandang kasut yang dipakai pelajar ini.

Bagi pakcik kasut yang dipakainya terlalu uzur dan jika pelajar tersebut berlari dengan pantas akan menyebabkan segala isi kasut tersebut terburai. Serius tidak dapat digambarkan.


Ni kasut pakcik tak de lah uzur mana, tapi kasut pelajar tersebut sukar pakcik nak gambarkan...

Ya ini adalah salah satu situasi yang berlaku dan mungkin kita akan ketemui suatu hari nanti. Moga apa yang dilalui keluarga tersebut memberikan kekuatan dalaman bagi si anak tersebut.

Pakcik agak terkilan kerana kini pakcik hanya menulis mengenai kisah kasut lusuh pelajar tersebut namun pada masa tersebut pakcik tak dapat berbuat sesuatu. Maafkan pakcik.

Akhir kata dari pakcik bagi kita yang agak mampu ini, sekiranya anda berada dalam suatu keadaan yang memerlukan anda membantu insan lain. Jangan takut untuk jatuh miskin atau sebaliknya, hulurkan seberapa yang anda mampu. Kerana jika anda ikhlas maka insyaAllah, Dia akan menghadirkan sesuatu dari mana anda tidak jangkakan.

Sekian sahaja dari pakcik. As salam.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: