Assalammualaikum w.b.t...
Rasanya lama sudah pakcik meninggalkan blog pakcik ni. Kejam sungguh peribadi pakcik. Aduyai. Ok sebelum pakcik mulakan pengomelan (ok pengomelan dan bukan pencomelan) kali ini setelah sekian lamanya tidak menjenguk blog, Alhamdulillah pakcik ditawarkan untuk berkhidmat di Sarawak.
SARAWAK????????? naik bot, masuk hutan, keluar hutan, catu makanan, nak balik susah, orang tak mesra, silap sikit boleh gaduh...RUBBISH!!! Kalau pakcik biarkan pemikiran macam ni maka sia-sia pakcik menghabiskan 5 tahun setengah di IPG. Lebih baik pakcik hidup dengan sekadar menghabiskan elaun dan berlalalalalalala. kan kan kan
Nak dijadikan cerita jodoh pakcik untuk ke Sarawak bermula pada pertengahan tahun 2007 dimana pakcik ditawarkan untuk belajar di UPM Kampus Rajang (kalau tak silap). Pada masa tersebut pakcik menolak tawaran tersebut walaupun ia merupakan pilihan pertama pakcik dalam borang permohonan kemasukan ke universiti. Pakcik menolak kerana pakcik tak nak bebankan mak pakcik. Almaklumlah pakcik hanya orang kebanyakan.
Tahun demi tahun berlalu dan Alhamdulillah jodoh pakcik ke Sarawak ada kali ini. So adakah pakcik nak sempitkan pemikiran dengan memikirkan perkara yang negatif ? Tidak. Kalau pakcik berbuat demikian maka pakcik telah membunuh lebih dari separuh jiwa pakcik.
Satu kata-kata perangsang pakcik, yang pakcik sendiri pon terangsang untuk lebih positif ialah
"apakah kita rasa setiap yang Allah hadirkan dalam perjalanan hidup kita itu hanya sia-sia? Bukan Allah yang salah, kita yang salah. Setiap apa yang Allah hadirkan dalam perjalanan hidup kita pasti ada hikmah disebaliknya. Jadikan Allah sebagai sumber kekuatan kita. Jadikan setiap pekerjaan kita kerana Allah. Ia lebih manis daripada memiliki Buggati Veron dan mempunyai istana yang tersergam indah"
"adapt to survive not survive to adapt"
Sebenarnya pakcik mengharapkan pengomelan pakcik ini dinukilkan dalam perjalanan menaiki kapal terbang ke Sarawak. Tu yang tajuknya jadi Between Two WINGS. Namun disebabkan laptop pakcik ni berusia hampir 6 tahun dengan baterinya dah rosak, wayar bersalotape. Maka pakcik nukilkan pengomelan pakcik ini lebih awal di kampung halaman pakcik, Johor.
Akhir kata dari pakcik. Pakcik mohon ampun maaf andai ada salah silap, termakan, terpakai, tercuri dan segalanya. Jadikan diri kita penuh dengan sifat positif dan jangan bagi ruang peluang kepada sifat negatif bertapak dalam jiwa kita. Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan pengakhiran yang baik buat kita semua. جزاك اللهُ. خيراً
No comments:
Post a Comment